#RIBENABONDINGPLEDGE RIBENA: CIPTA KENANGAN BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Jenama Ribena bukanlah baru dalam industri minuman. Kini, mengorak langkah ke hadapan dengan kempen terbaru.
#RIBENABONDINGPLEDGE
Ini adalah kempen Kebaikan Sepanjang Masa [Timeless Goodness, Timeless Bonds Campaign] terbaru dari Ribena.
Ianya menggalakkan rakyat Malaysia agar meluangkan masa lebih banyak untuk mencipta kenangan bersama mereka yang tersayang.
Dalam kehidupan ini pasti akan melalui detik indah mahupun sukar. Ada yang mengenai hubungan antara keluarga atau saat bergurau senda bersama teman.
Ada diantara saat yang dilalui memberi ketenangan seperti sedang menikmati kelazatan dan kesedapan Ribena.
Namun, dalam kesibukan kita setiap hari, saat-saat istimewa ini selalu kita abaikan.
TUJUAN KEMPEN #RIBENABONDINGPLEDGE
Tujuan kempen ini dilancarkan untuk mengingatkan agar sentiasa meraikan detik-detik indah bersama tidak kira sesibuk mana pun.
Dengan kelazatan rasa Ribena dan kebaikan semula jadinya menjadi pemangkin sempurna untuk sama-sama menyertai kempen ini.
SASARAN KEMPEN INI
Sasaran kempen ini adalah untuk meraikan hubungan dan detik bermakna bersama tersayang, melalui peraduan #RibenaBondingPledge.
Bertujuan untuk memberi ganjaran kepada rakyat Malaysia iaitu kredit dari GrabPay dan tiket wayang eksklusif di salah sebuah panggung wayang tercanggih negara – GSC Aurum.
PENTINGKAN HUBUNGAN ERAT
Ribena berharap dapat menggalakkan lebih ramai orang akan sentiasa aktif mencipta detik istimewa ketika meluangkan masa bersama satu sama lain.
Sama ada bersama teman rapat, atau ahli keluarga, masa berharga yang diluangkan bersama kadang kala hanya dilalui sambil lewa sahaja dalam kehidupan seharian kita.
Sebagai satu jenama yang mengutamakan masa bersama yang tersayang, Ribena amat mementingkan jalinan hubungan yang erat melalui acara yang akan dianjurkan.
Kami mahu menjadikan kempen ini sebagai peluang berharga untuk membantu rakyat Malaysia menyemarakkan lagi hubungan sesama mereka”
-kata Lam Hui Min, Ketua Bahagian Pemasaran, Minuman di Suntory Beverage and Food Malaysia Sdn Bhd.
CARA-CARA SERTAI
Kempen #RibenaBondingPledge bermula pada 6 Oktober 2022 sehingga 5 November 2022 di mana 12 pemenang akan dipilih setiap minggu sehingga kempen berakhir.
- pergi ke laman Instagram Ribena
- kongsikan pengumuman mengenai peraduan di laman Instagram Story anda
- masukkan kapsyen tentang bagaimana anda berazam untuk mencipta detik-detik bermakna dengan orang tersayang
- tag 3 rakan anda dan @ribenamy
BONUS: masukkan gambar terbaik anda ketika meluangkan masa bersama untuk merebut hadiah utama!
HADIAH YANG BAKAL DIMENANGI
Pada akhir setiap minggu, 3 pemenang akan memenangi hadiah utama: dua (2) tiket GSC Aurum Theatre (The Gardens Mall), setiap seorang.
Manakala, 9 pemenang bertuah akan membawa pulang kredit GrabPay bernilai RM100.
Influencer kegemaran anda, Naddy Sushi dan Zahirah Macwilson juga akan turut menyertai keseronokan bersama kesayangan mereka!
PERCUMA PRODUK RIBENA UNTUK 2,000 PESERTA AWAL
Bukan itu saja! 2,000 peserta pertama yang berkongsi ikrar mereka dengan tag yang berkenaan, Jangan lupa hashtag menarik juga akan menerima produk Ribena bernilai RM30 dengan PERCUMA.
Pameran istimewa- Bonding Moments Ribena, di mana terdapat koleksi foto dan kisah-kisah hubungan unik yang dikongsikan oleh rakyat Malaysia setiap hari.
Pledge wall secara langsung, di mana rakyat Malaysia dialu-alukan untuk singgah dan mengambil bahagian dengan meluahkan ikrar mereka.
INGIN TURUT SERTA DI PLEDGE WALL?
- Hanya perlu datang bersama yang tersayang dan bawa ikrar untuk dipamerkan
- Peserta juga digalakkan untuk mengambil gambar di pledge wall
- Paparkan di saluran sosial mereka dengan menggunakan hashtag #RibenaBondingPledge h
Pameran ini disediakan untuk semua yang berkunjung ke GSC Starling mulai sekarang sehingga 12 Oktober 2022.
Dengan kelazatan rasa yang menyegarkan serta vitamin C yang mencukupi untuk memenuhi 100% keperluan harian anda.
Ribena sebaiknya diminum sejuk – dan rasanya akan lebih enak bila dikongsi ketika meluangkan masa berharga bersama yang tersayang.