Peraduan OSIM Sayangi Ibu Bapa Anda, Siapakah Pemenangnya?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Peraduan OSIM Sayangi Ibu Bapa Anda, Siapakah Pemenangnya? | Berlangsung lebih kurang 3 bulan sejak 18 April dan berakhir pada 1 Julai 2018 bagi Peraduan OSIM Sayangi Ibu Bapa Anda. Dua kategori peraduan diadakan sebagai tanda penghargaan untuk para pelanggan yang berbelanja di OSIM sempena hari ibu bapa. Pemenang disahkan dimana sebelum menamakan pemenang hadiah utama, satu pertandingan di adakan antara top 5. Mereka perlu melengkapkan puzzle yang diberi dengan waktu terpantas. Kemudian yang kedua terpantas akan berentap untuk memenangi sebuah kereta Nissan X-Trail dimana perlu memilih kunci yang dapat membuka pintu Nissan X-Trail.

Photo 3 (5)

OSIM Malaysia menawarkan hadiah sebanyak RM250,000 dalam nilai produk bagi ‘Peraduan Osim Sayangi Ibu Bapa Anda’. Peraduan ini dianjurkan untuk menggalakkan pelanggan meraikan hari ibu bapa yang jatuh pada bulan Mei dan bulan Jun dengan produk OSIM, memandangkan OSIM percaya bahawa produknya memberi manfaat kepada kesihatan semua orang, serta menjadi hadiah terbaik buat ibu bapa.

“Objektif kami adalah untuk meraikan rasa cinta dan sayang kepada ibu bapa, serta menunjukkan penghargaan kepada pelanggan kami dan memberi ganjaran terhadap mereka di atas sokongan berterusan mereka selama ini. Peraduan ini telah mendapat sambutan hebat daripada para pelanggan kami. Pada saya, salah satu acara utama yang ditampilkan daripada peraduan ini, adalah mengenai kisah yang menyentuh perasaan daripada peserta peraduan yang memberitahu kami mengapa ibu bapa mereka layak mendapat kerusi urut OSIM. Terima kasih kerana berkongsi dengan kami kisah dan buah fikiran anda serta menyertai peraduan ini. Terima kasih sekali lagi untuk penyertaan anda semua. Kami akan mengetahui dengan segera siapa yang akan membawa pulang hadiah yang akan disampaikan hari ini di KLCC, “

-Pengurus Besar OSIM, Chia Sook Fun.

Photo 1 (3)

Hadiah- hadiah yang dimenangi oleh mereka adalah

Di bawah Kategori 1 (Kat 1), mana-mana pelanggan yang membeli kerusi urut OSIM berpeluang membawa pulang Hadiah Utama Nissan X-Trail 2.5L CVT Aero Edition bernilai RM 170,362.

Selain Hadiah Utama, para peserta di bawah Kat 1 akan bersaing untuk EMPATjenis hadiah lain:

Hadiah Pertama: Kerusi Urut uNano OSIM x 1 unit
Hadiah Kedua: Pengurut Kaki uStiletto OSIM x 3 unit

Hadiah Ketiga: Pengurut Kepala uCrown 3 OSIM x 5 unit
Hadiah Saguhati: Pengurut belakang uHip OSIM x 10 unit

Manakala bagi Kategori 2 (Kat 2), Hadiah Utama sebuah kerusi urut uDivine Mini OSIM bersedia untuk dimenangi oleh sesiapa sahaja yang berbelanja minimum RM250 dalam satu resit.

Di samping itu, peserta di bawah Kat 2 akan memenangi:

Hadiah Pertama: Pengurut belakang uJolly OSIM x 3 unit
Hadiah ke-2: Pengurut Mata uGalaxy OSIM x 5 units
Hadiah ke-3: Pengurut Kepala uScalp OSIM x 10 unit

Tahniah buat Tan Eng Yong yang memenangi hadiah utama. Bertuahnya badan dapat memandu pulang Nissan X-Trail 2.5 bernilai RM170, 362!



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge