PEPPER LUNCH PERTAMA DI MALAYSIA DIBUKA, AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pertama kali mendengar restoran ini dan mencuba hidangan di sini.
PEPPER LUNCH MALAYSIA
Ini adalah restoran hidangan stik DIY [Do It Yourself] atau ‘masak sendiri’ yang pertama di buka di Malaysia. Berlokasi di pusat beli-belah Kuala Lumpur East Mall.
KERJASAMA PEPPER LUNCH DAN BOGA GROUP
Kerjasama antara keduanya adalah franchise pertama di Malaysia. Usaha sama ini menjanjikan potensi dimana lebih banyak lagi cawangan akan dibuka menjelang 2023.
RESTORAN PEPPER LUNCH
Ianya adalah restoran ‘stik segera’ Jepun yang mempunyai hampir 500 cawangan diseluruh dunia. Menampilkan konsep baru hidangan berasaskan seperti
- Sizzling Steak
- Pasta
- Curry Rice
- Pepper Rice
HIDANGAN POPULAR
Sirloin Steak, Beef Pepper Rice, Chicken Pepper Rice, Beef Aglio Olio dan Cheesy Omelette Chicken/Beef antara yang menjadi pilihan
LEBIH RAMAI PELANGGAN NIKMATI PEPPER RICE
“Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan Boga Group untuk terus mengembangkan lagi operasi kami di Malaysia.
Kami percaya bahawa pengalaman mereka sebagai francaisi induk di Indonesia akan memberikan manfaat kepada kami. Membimbing kami ke arah yang betul bagi membolehkan lebih ramai lagi pelanggan menikmati Pepper Rice yang digemari ramai.”
-Goh Ching Mun, Pengarah Pepper Lunch Malaysia
RESTORAN PERTAMA DI KANAGAWA
Setelah membuka restoran pertamanya di Ofuna, Kanagawa pada 1994, Pepper Lunch membolehkan pelanggan-pelanggannya menjadi “Master Chef” atau Ketua Cef mereka sendiri.
Restoran itu menyediakan bahan-bahan yang terbaik dan segar untuk dimasak dengan menggunakan teppan (plat besi) panas yang telah dipatenkan.
Di mana pelanggan boleh merasai pengalaman memasak hidangan mengikut cita rasa mereka sendiri.
Bagi mereka yang sukakan kelainan, pelanggan boleh bereksperimen dengan menggunakan sos istimewa yang disediakan bagi mencipta rasa mereka sendiri. Percayalah apabila kami katakan, ianya pasti menyelerakan!
BUKA 20 CAWANGAN DALAM 5 TAHUN
Permintaan ini semakin meningkat, kerana itu membuat keputusan untuk bekerjasama bagi menjadi franchise induk di Malaysia.
“Kami berharap untuk terus bekerjasama agar kami dapat terus membangun dan berkembang di Malaysia.
Matlamat kami ialah untuk membuka 20 cawangan dalam tempoh 5 tahun. Kami percaya bahawa Pepper Lunch Malaysia merupakan rakan kongsi yang ideal bagi merealisasikan rancangan pengembangan kami.”
-Kusnaidi, Pengarah Presiden Boga Group
Nikmati hidangan disini dimana dapat memasak sendiri hidangan anda. Nak well cook, medium mahupun medium well.