MAMEE CHEF MI GORENG RENDANG LAGENDA, BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Mamee Chef kini menjemput peminat tegar untuk menikmati rasa asli dan lagenda rendang.
MI GORENG RENDANG LAGENDA
Diinspirasikan oleh lagu ikonik Dato’ Sheila ‘Lagenda’. Boleh dinikmati pada bila-bila masa yang diinginkan dalam pek serba baru.
Dibungkus dalam pek yang lebih mudah dan senang untuk kemudahan anda! Memiliki rasa asli dan autentik dimana ianya adalah hidangan ‘mi goreng PERTAMA’ jenama tempatan.
Mi Goreng Rendang Lagenda ini dilengkapi dengan Kruk Kruk [bawang goreng]. Ada juga hirisan cili dalam setiap pek.
CARA UNTUK NIKMATINYA?
Mudah untuk dinikmati dimana-mana dengan cara ini
- Masukkan mi segera ke dalam 400ml air yang mendidih
- Masak selama 3 minit
- Toskan air
- Letakkan mi segera di dalam mangkuk
- Akhir sekali, masukkan serbuk perencah, pes dan ramuan tambahan
- Gaulkan dengan rata
- Dan slurppp nikmatinya
DATO’ SHEILA MAJID SEBAGAI DUTA
“Ratu Jazz Malaysia” dan duta jenama Mamee Chef Dato’ Sheila Majid telah membuat persembahan di seluruh dunia. Baginya rumah adalah tempat dimana beliau boleh menikmati makanan kegemarannya bersama yang tersayang.
RENDANG HIDANGAN KEGEMARAN SAYA
“Rendang semestinya hidangan kegemaran keluarga saya – ibu saya sering membuat hidangan istimewa ini semasa musim perayaan. Kami akan berkumpul bersama ketika kenduri!
Di Malaysia, makanan adalah sesuatu yang dekat di hati kita. Rasa legenda rendang memang digemari oleh semua orang daripada semua lapisan masyarakat.
Dengan Mamee Chef Mi Goreng Rendang Legenda, saya dan keluarga boleh menikmati rendang asli yang kaya dengan aroma. Tanpa perlu menunggu musim perayaan atau majlis istimewa!”
-kongsi Dato’ Sheila.
TERUJA DENGAN R&D DI MAMEE
“Kebanyakan mi goreng segera yang ditawarkan dipasaran hari ini terhad kepada perisa berasaskan kicap atau perisa yang amat pedas.
Dengan adanya keupayaan R&D kami di Mamee, digabungkan dengan pemahaman tentang cita rasa rakyat Malaysia.
Kami bertekad menghasilkan cita rasa tempatan dan rasa asli yang dikenali dan disukai oleh semua warga Malaysia.
MI GORENG SESUAI!
Dengan adunan rempah ratus dan kuah berkrim, rasa Rendang Legenda kami sangat sesuai sebagai ‘mi goreng’.
Sebagai jenama Malaysia yang dibuat untuk warga Malaysia, kami berbangga untuk menyatukan orang ramai melalui pembangunan produk makanan yang menarik secara berterusan!”
-How Yuan Yi, Ketua Pegawai Pemasaran Mamee Double-Decker Sdn. Bhd.
VIDEO MUZIK KENIKMATAN LAGENDA
Dato’ Sheila Majid dan anak perempuannya, penyanyi hip-hop Kayda Aziz, telah menerbitkan sebuah lagu baharu! Anda boleh tonton video muzik rasmi untuk “Kenikmatan Legenda” di YouTube
Mamee Chef Mi Goreng Rendang Legenda (RM6.90/4 pek) kini boleh didapati di pasar raya di seluruh negara. Serta dalam talian melalui Kedai Rasmi Mamee di Lazada dan Shopee.