Penyerahan Wakaf Kitab Tafsir Ibnu Kathir kepada Akademi Darul Huffaz

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulilah, penyerahan Wakaf Kitab Tafsir Ibnu Kathir kepada Akademi Darul Huffaz berlangsung dengan sempurnanya dan jayanya pada hujung minggu lepas di Akademi Darul Huffaz, Kajang Selangor.Penyerahan Wakaf Kitab Ibnu Kathir kepada Akademi Darul Huffaz

Melihat kepada perlunya sumber ilmu yang sahih dalam mempelajari Al – Quran & Sunnah, Syarikat IK Dot My Sdn Bhd telah mengambil inisiatif mewujudkan satu program khas iaitu Program Wakaf Kitab Tafsir Ibnu Kathir. Program wakaf yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini melibatkan penyerahan wakaf kepada maahad – maahad tahfiz seluruh Malaysia. Kitab yang dipilih untuk program ini adalah kitab Tafsir Ibnu Kathir, karya Imam Ibnu Kathir (Imam terkenal bermazhab Syafie), yang menjadi bahan rujukan dan kajian utama majoriti umat Islam di seluruh dunia.
Penyerahan Wakaf Kitab Ibnu Kathir kepada Akademi Darul Huffaz
Program khas yang dihadiri lebih 200 orang pelajar Akademi Darul Huffaz bersama – sama para pewakaf dan media menyaksikan penyerahan 20 set kitab yang terdiri daripada 200 jilid Kitab Tafsir Ibnu Kathir . Penyerahan Wakaf Kitab Ibnu Kathir kepada Akademi Darul HuffazAcara dimulai dengan ucapan perasmian Ketua Pegawai Eksekutif IK Dot My, Tn Hj Khoirul Anam dan diteruskan dengan ceramah ringkas Kehebatan Kitab Tafsir Ibnu Kathir. Dalam kenyataan beliau: “ Misi utama Syarikat IK Dot My adalah untuk mengajak seluruh umat Islam kembali kepada Al – Quran dengan membaca, memahami dan mentadabbur isinya dan dalam masa yang sama mewakafkan kitab Tafsir Ibnu Kathir kepada penuntut ilmu supaya dapat dimanfaatkan dalam usaha mereka mempelajari ilmu agama
 Penyerahan Wakaf Kitab Ibnu Kathir kepada Akademi Darul Huffaz
Besarapan Syarikat IK Dot My agar masyarakat Islam kembali kepada budaya Islam yang benar berdasarkan sumber ilmu yang shahih dari Al- Quran dan Sunnah Nabi SAW melalui pembacaan Kitab Tafsir Ibnu KathirPenyerahan Wakaf Kitab Ibnu Kathir kepada Akademi Darul Huffaz
KP berharap KP dapat mendalami isi kandungan Kitab Tafsir Ibnu Kathir agar dapat membantu dalam kehidupan seharian. Moga Program Wakaf Kitab Tafsir Ibnu Kathir ini berjalan dengan lancar dan mencapai impian untuk sama-sama mengajak seluruh umat Islam kembali kepada Al – Quran dengan membaca, memahami pelajaran ilmu agama. bak kata pepatah ” belajarlah sehingga ke negara China… ilmu tidak akan habis dipelajari sepanjang usia kita..”

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge