PENGASAS MUNAWWAREEN SEDEKAH TELEKUNG UNDANG AIR MATA?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

PENGASAS MUNAWWAREEN SEDEKAH TELEKUNG UNDANG AIR MATA? | Pernah ingat tak sebelum ini KP pernah berkongsi tentang produk Munawwareen? Tapi baru-baru ini ada viral tentang pengasas iaitu Puan Aliza Abu Bakar.

MUNAWWAREEN

Produk jenama Munawwareen bukan baru dalam industri fesyen. Terutama fesyen untuk muslimah. Selesa dan semestinya menepati piawaian sebagai seorang muslimah.

SEDEKAH TUDUNG

Baru-baru ini, Puan Aliza turun padang untuk berjumpa dengan seorang gadis Orang Asli yang bernama Azura Anjau. Sewaktu berjumpa di sana, sempat lagi sedekahkan tudung buat adik ini. Tetapi berlaku insiden yang tidak di sangka disebaliknya

UNDANG AIR MATA

Sewaktu adik Azura menerima telekung dari pengasas Munawwareen, kelihatan air mata kegembiraan di wajahnya. Bukan tidak mempunyai telekung. Tetapi terharu kerna telekung yang sedia ada sangat lusuh. Pastinya telekung yang diterima ini menjadi kenangan.

Sejujurnya, airmata syukur adik Azura yang sebak mengalirkan titis air mata buat hati tersentuh. Perkongsian di Twitter ini mendapat perhatian dari semua.

PERKONGSIAN TWITTER

IMPIKAN TELEKUNG BARU โ€“ ADIK AZURA

Saya tanya kenapa menangis? Apa yang membuatkan dia menangis? Kongsi Adik Azura dimana biasanya sumbangan merupakan duit atau barang keperluan tetapi kali ini lain. Terima sumbangan berupakan telekung eksklusif daripada Munawwareen.

Kebetulan memang sudah lama Adik Azura impikan telekung baru untuk menggantikan yang sedia ada kini lusuh. Inginkan yang selesa, cantik dan sedikit mewah tapi masih belum ada rezeki untuk membeli.

Alhamdulilah, saya amat bersyukur sangat kerna diberi peluang untuk bersedekah padanya. Agar adik Azura senantiasa gembira setiap kali memakai telekung Munawwareen ketika menunaikan solat.

KENAPA PERKAMPUNGAN ORANG ASLI?

Pasti ada menyanyakan kenapa perkampungan Orang Asli? Kenapa bukan di perkampungan yang biasa?

Kenapa perkampungan Orang Asli? Ini kerana kawasan penempatan komuniti ini jarang menjadi โ€œhot spottedโ€ atau mendapat perhatian untuk program infaq di bulan Ramadan.

โ€œBiasanya progam infaq ini melibatkan anak-anak yatim, ibu tunggal, rumah orang tua-tua, fakir miskin, OKU dan anak-anak tahfizโ€.

-katanya

Selain telekung, Puan Aliza juga turut menyumbangkan barangan keperluan dapur. Antaranya beras, susu, mihun, minyak masak dan air mineral kepada 40 keluarga yang menetap di perkampungan itu dalam kujungannya. untuk info lanjut tentang produk boleh layari

Website |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge