Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
UNIVERSAL MUSIC MALAYSIA LANTIK KIM LIM PENGARAH URUSAN | Universal Music Malaysia (UMM), sebuah anak syarikat Universal Music Group (UMG) peneraju dunia dalam hiburan berasaskan muzik. Hari ini mengumumkan bahawa Kim Lim telah dinaikkan pangkat Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, berkuatkuasa serta-merta.
UNIVERSAL MUSIC MALAYSIA
Bukan baru di industri hiburan dan diantara syarikat label yang mempunyai ramai artis berpotensi. Pastinya dengan perlantikan ini dapat membantu dalam usaha syarikat untuk meningkatkan perkembangan artis domestik dan pertumbuhan label di rantau ini.
Perlantikan tersebut adalah antara beberapa perekrutan strategik syarikat untuk memperluas dan memperkasa pasukan pengurusan kanan.
KIM LIAN
Sebagai anggota teras pasukan eksekutif serantau UMG, Kim akan memantau operasi UMG di seluruh Malaysia. Beliau akan melapor kepada Calvin Wong, Ketua Pegawai Eksekutif, Universal Music Southeast Asia & Timbalan Presiden Kanan, Asia.
Setelah menyertai UMM pada tahun 2014 dari agensi periklanan RedRedRed Malaysia, Kim telah memegang pelbagai jawatan penting dalam syarikat tersebut. Terbaru beliau telah berkhidmat sebagai Pengarah Kanan Perniagaan Baru dan Pengurusan Artis & Ketua Pemasaran dan Jualan untuk Malaysia.
UMM SYARIKAT HIBURAN MUZIK DOMESTIK TERKEMUKA?
Melalui jawatan tersebut, Kim telah memimpin UMM merentasi perkongsian, pengurusan bakat, acara siaran langsung. Selain itu inisiatif perniagaan baru yang inovatif meletakkan UMM sebagai syarikat hiburan muzik domestik terkemuka di Malaysia.
Dalam beberapa tahun ini, UMM telah mengetuai dalam kempen iklan jenama terkenal melibatkan artis UMM dan syarikat utama (domestik dan global). Antaranya: “The Singing Pizza” dengan Pizza Hut; Hyundai; Tune Talk; Petron; dan Samsung.
CELEBRITY 360
Pada tahun 2019, Kim telah menerajui pelancaran Celebrity 360. Sebuah syarikat pengurusan artis terkemuka di industri yang menguruskan kerjaya beberapa bakat paling popular dan berpengaruh di Malaysia . Tidak fokus dalam dunia muzik, filem / TV, hiburan malah gaya hidup
Antaranya ; Anis Nabilah , Alvin Chong, Fattah Amin, Fazura, Diana Danielle, Syazuwan dan Jaja Iliyes antara lain. Celebrity 360 adalah agensi pertama seumpamanya di rantau ini dan mengendali semua elemen untuk pelanggannya.
Termasuk perkongsian jenama, acara langsung dan produksi TV & filem. Sebelum menyertai UMG, Kim sebelum ini memegang jawatan di Asia-Pacific Videolabs, Warner Music Malaysia dan Golden Dynamics Enterprise Ltd.
Pelantikan Kepimpinan Strategik untuk Membantu Mempercepat Pembangunan Artis Domestik & Pertumbuhan Label
Di samping itu, Universal Music Malaysia juga telah mengumumkan satu siri pelantikan kepimpinan utama, serta merta, termasuk:
- Hermond Cheng dilantik sebagai Pengarah A&R & Pemasaran dan Ketua Def Jam Recordings Malaysia (Director of A&R and Marketing and Head of Def Jam Recordings Malaysia);
- Ivan Koh dilantik sebagai Pengarah Strategi Komersial & Digital (Director of Commercial & Digital Strategy); dan
- Patrina Wong dilantik sebagai Pengarah Kewangan dan Operasi (Finance and Operations Director).
Veteran dalam industri dan amat dihormati, Hermond sebelum ini pernah memegang jawatan penting di EMI, Warner Music. Kini menyertai UMM dari Sony Music di mana dia memegang jawatan Pengurus Besar, Sony Music Malaysia.
Ivan bergabung dengan UMM setelah 14 tahun di Warner Music Group. Di mana dia adalah Pengarah Akaun Digital & Pembangunan Perniagaan sebelum ini.
Patrina Wong memulakan kariernya dalam bidang audit dan mempunyai pengalaman luas dalam hal berkaitan perniagaan dan kewangan serantau dan dalam negara sebelum menyertai UMG.
YAKIN DENGAN KEMAMPUAN KIM
“Saya yakin dengan kemampuan Kim, inovasi perniagaan dan kepemimpinan strategik telah membolehkannya menaiki tangga ke jawatan tertinggi di UMM. Setelah menjadi Eksekutif Pemasaran yang berjaya di bahagian label, Kim telah mencapai hasil yang luar biasa dalam mengubah jumlah pendapatan syarikat.
Di samping menerajui pelancaran Celebrity 360 yang inovatif dan berjaya di Malaysia. Saya yakin bahawa dengan pasukan Kim, Hermond, Ivan dan Patrina, UMM akan terus membuka peluang kepada bakat muzik anak Malaysia di seluruh dunia, sambil mencapai tahap kejayaan baru di dalam negara. “
-kata Calvin Wong selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Universal Music Southeast Asia & Timbalan Presiden Kanan, Asia.
“Saya amat teruja untuk memimpin satu pasukan yang hebat di Malaysia, bersama kumpulan baru pengurusan senior yang luar biasa ini, Hermond, Ivan dan Patrina. Kami akan melihat cara baru untuk memperluaskan pengalaman dan memikirkan secara mendalam tentang peluang baru yang boleh diteroka.
Kami akan terus memberi tumpuan kepada A&R domestik, mencari dan mengembangkan bakat terbaik yang ditawarkan oleh negara dan rantau ini. Berdasarkan kejayaan luar biasa Def Jam Malaysia, Celebrity 360 dan inisiatif komersil kami yang lain.
Kami akan berinovasi dan mengukir jalan baru untuk memastikan budaya muzik Malaysia yang lebih rancak dapat diakses oleh rakan kongsi, platform. Yang paling penting peminat muzik di seluruh rantau berbanding sebelumnya .”
-kata Kim Lim.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, UMM telah mencapai kejayaan dengan artis antaranya, DOLLA, Alvin Chong, Kmy Kmo & Luca Sickta, Nabila Razali dan Shalma Eliana. Pada tahun 2019, UMM melancarkan Def Jam Malaysia, yang sejak itu telah menandatangani dan memperkenalkan beberapa bakat hip-hop domestik Malaysia.
Antara artis yang dianugerahkan platinum berganda, Yonnyboii. Melalui kejayaan dengan Salahku yang telah mendapat lebih daripada 20 juta tontonan di YouTube, juga album sulung yang dijadualkan pada akhir tahun 2021.
Di samping itu, UMM melancarkan label baru RedRecords dengan kerjasama AirAsia, yang didedikasikan untuk mengembangkan dan memperkenalkan muzik pop-Asia terbaik untuk pendengar di seluruh dunia.
Tahun ini, Universal Music Malaysia akan memberi tumpuan pada bakat tempatan dengan pelancaran beberapa label dan inisiatif baru. Ianya dalam usaha menjadikan UMM sebagai label utama untuk mengasah dan mengembangkan bakat dan budaya muzik di Malaysia. Jua ke rantau Asia Tenggara dan global – pada masa kini dan di masa hadapan.
Untuk info lanjut layari