Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Airbus 320 mahupun Boeing 737, anda boleh mencuba sendiri pengalaman memandu penerbangan ini di SimFlightKL dimana ianya berlokasi di SkyPark Teriminal. Walaupun bukan memandu kapal terbang yang sebenar tetapi simulator penerbangan, ianya dapat memberi suatu pengalaman yang baru, unik dan manis buat anda semua.
Sedikit informasi tentang SimFlightKL
Ianya telah diasaskan oleh Kapten Amin Said dimana ianya adalah simulator penerbangan yang dibuka kepada orang awam yang meminati penerbangan dan juga platform untuk juruterbang yang masih dalam latihan mahupun baru. SimFlightKL dibuka kepada orang ramai, peminat penerbangan.
Bagi Kapten Amin ,
“Setting up our business at SkyPark Terminal has been very profitable for us. We are able to draw customers from the many passengers that patronise the airport as their travel hub. This has led to the positive growth of our business. Our hope is that we are able to provide more people with the opportunity to live their dream of flying their own plane, which in itself is a rewarding experience,” said Captain Amin Ali, Founder and Director of SimFlightKL.
SimFlightKL adalah sebahagian daripada tempat membeli-belah, mahupun tempat menjamu selera sementara menunggu penerbangan dimana ianya telah menjadikan kawasan SkyPark Terminal suatu destinasi gaya hidup yang menarik, Selain itu pendekatan yang unik dimana menggabungkan pernerbangan dengan tempat membeli-belah secara tidak langsng mengubah pengalaman lapangan terbang secara keseluruhan .
Mungkin dahulu Subang Airport agak membosankan dimana kebiasaannya lapangan terbang dikaitkan dengan masa menunggu yang lama tidak kira penerbangan ataupun mereka yang pulang. Dengan adanya SkyPark Terminal, ia juga dapat membantu dan memberi keceriaan pada mereka terutama sekali pelancong dan juga mereka yang berkerja atau tinggal disekitar lapangan terbang
Francis Anthony, Senior Vice President of Operations of SkyPark Terminal berkata
“SimFlightKL is an avenue for families and friends to embark on an exciting adventure. At SkyPark Terminal we strive to provide our guests with a truly unique experience. Being a lifestyle destination, the service and retail outlets that call SkyPark Terminal home, are available for the enjoyment of everyone regardless if they are a traveller or visitor,”
Operasi tentang SimFlightKL
SimFlightKL dibuka dari Isnin hingga Ahad mulai jam 9:30pagi hingga 9:00malam. Para pengunjung boleh memilih mana-mana pakej yang ditawarkan serendah RM 55. Sewaktu anda berada disini seperti dalam penerbangan yang sebenar. Terdapat kerusi duduk dalam penerbangan
Business class
Pengalaman SimFlightKL
Secara jujur bagi KP , memandu penerbangan ini bukanlah senang dimana nyawa para penumpang berada di tangan juruterbang. Semuanya perlu cekap, cepat dan pastinya tepat. Berpeluang untuk memandu Airbus 320 tidak dilepaskan peluang ini. Bagi pemahaman KP, perbezaan antara Boeing dan Airbus ialah
Airbus: semuanya dengan butang atau suis dan ada auto pilot.
Boeing : semi butang atau suis, ada auto pilot tapi masih manual .
Ini KP sharekan beberapa syot yang sempat KP rakam sewaktu berada di SimFlightKL. Memandangkan KP memandu simulator penerbangan Airbus 320 kali ini, ini adalah pemandangan dari kokpit.
Penuh dengan suis dan setiap suis mempunyai fungsinya tersendiri
Bacaan perlu di set dari lokasi bakal berlepas dan lokasi bakal sampai . Antara yang wajib di periksa sebelum memulakan penerbangan
Ini adalah route KP untuk hari ini iaitu penerbangan dari KLIA ke SkyPark Terminal , Subang Aiport. Walaupun simulator tapi processnya adalah sama seperti memandu penerbangan yang betul-betul
Pemandangan dari depan mata,
Video yang sempat dirakam sewaktu KP mendarat. Kata Kapten, “smooth landing tapi kenapa ke kanan sangat ..!!” mana taknya dok sibuk rakam runaway .. (betul ke eja nie) Biasa tengok dari kiri atau kanan tingkap kapal terbang tetapi kali ini dari depan mata . Jadi perbezaan yang amat sangat
Kalau Boeing 737 pula, pemandangan dari depan
butang panel atau suis digunakan tapi semuanya separa auto. Masih lagi kena handle sendiri
Untuk mendapatkan pengalaman seperti ini , jangan lupa singgah di
Website SimFlightKL
contact : 03 7847 4287.
Bagi informasi tentang SkyPark Terminal pula,
Website SkyPark Terminal
Facebook SkyPark Terminal
Terima kasih Kapten kerana sudi menemani KP dalam penerbangan kali ini. Suatu pengalaman yang tidak dapat ditukar ganti . Credit pic: BHarian dan google
best giler dapat peluang macam ni..even cuma simulation .
waktuberbuka recently posted…Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2017 Selangor
wahhh.. menarik sangat nie.. dapat bwk simulator pun jadilah
Amin Hakim recently posted…Muat Turun Kalendar Islam 1438 Hijrah