Halal Ke Makanan Di Dalam Penerbangan VietJet Air ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Halal Ke Makanan Di Dalam Penerbangan VietJet Air ?|Halal ke tidak makanan di dalam kapal terbang? Terutama sekali kalau anda menaiki penerbangan bukan dari Malaysia?. Ragu-ragukah anda apabila memesan makanan sewaktu di dalam penerbangan antarabangsa terutamanya? Perkara yang selalu bermain diminda adakah ianya halal ke tidak? Ingin KP kongsikan tentang penerbangan antarabangsa VietJet Air dimana ianya menyajikan pilihan makanan halal buat para penumpangHalal Ke Makanan Di Dalam Penerbangan VietJet Air ?

 

Sedikit informasi tentang VietJet Air

VietJet dikenali dengan penerbangan antarabangsa yang memberikan perkhidmatan yang menyenangkan dan mendapat pujian dari para pelancong yang menaikinya. Ini kerana VietJet Air memahami , cuba memenuhi kehendak dan pendapat terutama sekali dalam menyediakan pilihan makanan jua minuman terutama sekali bagi pelancong Muslim dalam penerbangan antarabangsa. VietJet Air dikatakan menjadi antara pilihan syarikat penerbangan di rantau ini .

Halal Ke Makanan Di Dalam Penerbangan VietJet Air ?

Selain itu juga penerbangan ini suka melakukan kejutan buat para penumpang mereka seperti menghias pesawat dengan penuh bunga ros, penampilan istimewa dari selebriti dan juga anda mungkin membawa pulang hadiah percuma seperti penerbangan cuma sempena hari perayaan (Krismas) dan lain lagi. Ini memberi kelainan buat syarikat penerbangan ini dimana menggabungkan keseronokan dan kespontanan sewaktu dalam perjalanan diudara..

Menu Halal di VietJet Air

Halal Ke Makanan Di Dalam Penerbangan VietJet Air ?

VietJet berusaha untuk menyediakan pilihan makanan yang Halal dari berberapa juadah yang dihidangkan . Lebih daripada 20 juadah pilihan seperti makanan panas, makanan ringan jua mi segera yang boleh dipilih. Sehingga hari ini , menu kegemaran tempatan yang selalu menjadi pilihan para pelancong Muslim terutamanya ialah Nasi Lemak. Bukan sahaja Halal tetapi VietJet Air memastikan makanan yang dihidangkan berkalori rendah dan juga vegetarian

 

Laluan VietJet Air

Halal Ke Makanan Di Dalam Penerbangan VietJet Air ?

Laluan VietJet dari Kuala Lumpur (KLIA) ke Ho Chi Minh City telah dilancarkan pada awal tahun lalu telah mendapat sambutan dari para pelancong. Ini telah melakar satu pencapaian baru didalam perjalanan udara. Ia juga dapat mengasingkan diri daripada penerbangan tambang murah antarabangsa yang lain dengan memenuhi kehendak pasaran pelancongan yang terdiri daripada pelancong Muslim. Memang jika ditanya pada KP , KP belum kesempatan lagi menaiki dan merasai penerbangan VietJet Air ini. Insyallah jika di beri kesempatan semestinya ingin mencuba

Pada yang inginkan maklumat terbaru atau promosi tentang penerbangan VietJet , layari

Website VietJet Air

Facebook VietJet Air

Email VietJet Air : vietjet@kul.reliancetravel.com.

Contact Number VietJet: (+603) 2730 9887

Jika ingin ke Ho Chi Minh City, mungkin anda boleh mencuba penerbangan ini . Pastinya ianya memberikan keseronokan dan kenangan manis untuk anda. Tidak salah mencuba sesuatu yang baru bukan ? So, Selamat bercuti semua.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge