Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
MAHA 2016 yang telah berlangsung baru-baru ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Di dalam berita telah disahkan di mana seramai 3.7 juta pengunjung telah direkodkan menghadiri MAHA 2016 dan masing-masing berpuas hati kali ini. Buat KP ini adalah pencapaian yang terbaik dan berharap dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun depan.
Pengalaman KP pertama kali ke MAHA 2016 sempat dirakam dan diblog , klik link ini untuk cerita penuh
MAHA 2016 Rugi Siapa tak datang sini
Video ” Hang Pi MAHA”
Kumpulan Khalifah telah diberi penghormatan untuk menyanyikan lagu “Hang Pi MAHA” dimana secara tidak langsung mengajak para pengunjung untuk datang sambil memberitahu apa yang ada disini. Dari video ini sahaja, pasti anda dapat menjangkakan betapa meriahnya ekspo ini. Ketinggalan untuk menonton ini KP kongsikan
Macam mana dengan video tu, bestkan… kalau dengar sarikata atau lirik yang dinyanyikan sebenarnya Khalifah band telah menceritakan setiap laman pameran yang ada di ekspo.
MAHA 2016 telah berjaya mencapai sasaran yang telah di letakkan seawal pelancaran dimana target pengunjung adalah 3 juta. Melebihi seramai 0.7 juta pengunjung secara tidak langsung menunjukkan bahawa pihak penganjur berjaya dalam menganjurkan ekspo seperti ini di MAEPS Serdang.
Suasana didalam video ini pada mereka yang mengunjungi FOOD EMPIRE. Ini adalah antar satu tarikan dimana lebih dari 150++ hidangan dari pelbagai jenis makanan mahupun minuman dari setiap negeri ada dijual disini. Memerlukan mental dimana anda bakal rambang mata apabila disini. Seharian sepastinya tidak cukup untuk mencuba hidangan yang memang sedapa dan berpatutan harganya
Masih tak boleh go on lagi dengan FOOD EMPIRE, lihat sahaja betapa ramainya para pengunjung yang keluar masuk. Video ini diambil menggunakan drone menampakkan lagi betapa ekspo ini berjaya menambat hati tidak kira usia , tua mahupun muda untuk berkunjung disini.
Pemandangan di waktu malam sewaktu ekspo MAHA 2016 diadakan . Cantik dengan lampu yang berwarna-warni menceriakan lagi tapak ekspo. KP bukan cakap cakap kosong tau, tak percaya cuba tengok video ini
Apa pun KP ucapkan syabas buat semua tenaga kerja yang telah bertungkus lumus selama ini untuk memastikan yang ianya sempurna buat para pengunjung. Mungkin di tahun yang akan datang MAHA 2016 boleh mempelbagaikan lagi produk, pilihan dan laman yang ada agar ianya berterusan, menjadi terkenal diantarabangsa
#MAHA2016
Ramaianya yang datang sampai 3.7 juta. saya pun masa datang memang bersesak dengan parkingnya tak cukup