Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sambil scroll facebook, terusik hati ingin mendengar kembali video ini.Sebelum ini video ini sudah viral di Facebook.
Farizal, seorang anak yang merindui ibu dan ayahnya. Ayahnya meninggal 4 tahun lepas dan ibunya August lepas. Katanya jika dapat memasuki, ingin dia pulang ke Rangkas untuk memperbaiki kuburan ibu dan ayahnya. Ya Allah, dengan usia begini pemikirannya seperti seorang yang matang. Sungguh tabah anak ini, menghadapi liku-liku kehidupan tanpa kedua orang tuanya.
Pesan ibu: Jaga si adik,jika ada yang membuat kacau atau mengganggu jangan sekali melawan bukan kerana takut tetapi Allah pastinya tahu siapa yang betul dan siapa yang salah
KP sendiri mengalir air mata apabila menonton video ini terutama sekali lagu yang ke 2. Lagu Rindu Ibu, hayatilah setiap lirik lagu ini. Sungguh bermakna, syahdu dan amat meningggalkan kesan kerana ianya luahan hati ikhlas dari seorang anak yang merindui ibunya
Lagu di gubah khas untuk ayah dan ibunya. Juri yang mendengar pun kelihatan sedikit terusik dan ada pula yang menangis. Semestinya perjalanan cerita dan nasihat dari ayah dan ibu nya mengamit kembali memorinya. Farizal seorang yang berani dan tabah. Moga adik ini di lindungi ALlah S.W.T selalu.
Moral: Selagi orang tuamu masih hidup, berbaktilah pada mereka kerna bila mereka tiada pasti akan merindui dan masa itu tiada gunanya lagi
Credit video: youtube
#kitepunye #kitepunyedotcom #ibuayah #rindu