Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pemenang Versus 1001 Rasa Baba’s Musim Ke 2 Milik Siapa? |Majlis untuk pemenang Versus 1001 Rasa Baba’s Musim Ke 2 telah berlangsung dengan penuh meriah dan gemilang di Empire Hotel Subang . Turut hadir pada majlis ini adalah barisan 17 orang mentor yang menjadi pengajar kepada peserta juga dihiburkan dengan artis tempatan seperti Elvira dan Hazama.
Satu jenama yang selalu memimpin dalam melakukan perkara dengan cara mereka yang tersendiri iaitu BABA’s. Dari pengeluaran pertama 14 tahun yang lalu,BABA’s selalu memberi tumpuan kepada apa yang dikehendaki oleh para penggunanya. Apakah rahsia cookshow BABA’s mencatat jutaan penonton setiap kali ditayangkan.
“We don’t want to bore our fans with the same. Food is exciting and there are many ways to serve it up – creatively. Why do the same? No one would like to eat in the same place, eating the same food every day….cookshows are no different! Yet many stick to that same formula, interchanging sets and older host for younger ones – but at its core, it’s all the same.”
“This has always been our principle. Listen to our fans and then develop something that meets that need but in a way never been done. And our fans know this. If our shows are hits, it’s simply cause our fans know what they want. They make the hits – we merely facilitate the storyline!”
-Claudian Navin Stanislaus, Head of Advertising & Promotions of BABA’S
Pemenang VERSUS 1001 RASA BABA’S musim ke 2, Khadijah Mohd Noor Kamal yang menang pada pusingan akhir berjaya menerima wang tunai RM10,000 bersama-sama dengan ketuhar gelombang mikro dari Fargo. Manakala Budiman Bistari membawa pulang hadiah tempat kedua wang tunai bernilai RM3,000. Dua lagi finalis lain Nazura Zainal Abidin dan Muhammad Izwan Ramli juga menang hadiah masing-masing menerima wang tunai RM500.
Kejutan telah dibuat dimana rakan kongsi syarikat BABA’S iaitu AirAsia memberikan kejutan untuk finalis musim ke 2. AirAsia telah memberikan2 tiket untuk 4 Hari 3 Malam buat para pemenang ke Melbourne, Hong Kong dan Jakarta kepada Khadijah, Budiman, Nazura dan Izwan