Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sale-A-Bration di ST Rosyam Mart Gamat Sejak Jam 7 Pagi |Promo Rosyam Mart!  Pasaraya yang beroperasi hampir 24 jam ini menarik perhatian pengguna apabila hampir kesemua barangan dijual Terbaru, pasaraya ST Rosyam Mart menawarkan harga betul-betul kaw dengan menjual seekor ayam hanya RM0.88 sahaja.

 

Jika dilihat pada harganya semestinya menjadi kegilaan ramai. Jadi apa tunggu lagi jangan lepaskan jualan sale gila-gila di ST Rosyam Mart. Siapa yang tidak kenal dengan aktor popular, Datuk Rosyam Nor yang kini telah pun membuka sebuah pasaraya yang dikenali sebagai ST Rosyam Mart yang terletak di Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Pada hari ini ramai yang telah hadir dari pelbagai lokasi untuk membeli belah barangan dapur tidak kira basah atau kering dengan harga yang terbaik di ST Rosyam Mart yang terletak di Setiawangsa. Di Sidang media santai bersama rakan media di pejabat Rosyam Mart, satu seisi sidang media telah diadakan bersama Datuk Raymond (Sri Ternak Group of Companies) dan juga Datuk Rosyam Nor. Promosi Sale A Bration bermula hari ini sehingga 23 September 2018.

Hari ini boleh dikatakan seakan pelancaran perasmian ST Rosyam Mart, Datuk Rosyam Nor kata di sesi sidang media tadi akan membuka lagi 1 cawangan terbaru dan lagi 3 cawangan masih didalam perancangan. Tahniah kami ucapkan kepada Datuk Rosyam Nor. Kerana hari ni ini dalam sejarah pasaraya paling meriah sekali, ramai juga peminat mengunjungi pasaraya 24 jam ini.

Bukan itu sahaja, rata-rata pelanggan yang hadir sejak jam 7 pagi memberitahu line beratur untuk memasuki pasaraya terlampau panjang. Dalam masa yang sama mereka yang hadir dapat membuat kad ahli ST Rosyam secara percuma tanpa perlu membayar atau membeli barangan sebanyak RM 500 . Hanya isi borang dan salinan IC sahaja. Dengan adanya kad ini barulah para pelanggan dapat membeli barangan yang di tawarkan seperti RM 0.88 / RM 1.88 / RM 2.88 dan sebagainya.

Tanpa seni lakonan, tiadalah ST Rosyam Mart ini. Beliau bermula dari bawah hingga kini, Pelakon yang berjaya, pengacara dan juga perniaga yang berjaya hingga kini.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge