AEON STAR REWARDS BERSAMA TUPPERWARE REKAAN DISNEY KE 100, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Peminat Disney angkat tangan? Pastikan anda tidak lepaskan promosi ini!
KOLABORASI AEON BERSAMA TUPPERWARE
AEON secara rasminya memperkenalkan kolaborasi pertama tahun ini bersama Tupperware untuk program ganjaran pembelian Star Rewards.
Program ini terbuka untuk semua pelanggan AEON dan penebusan ganjaran telah berjalan sehingga bulan jun tahun ini atau sehingga stok habis.
Penebusan boleh dibuat di semua AEON, AEON BiG dan MaxValu Prime.
TUPPERWARE REKAAN DISNEY KE 100
Tupperware menampilkan rekaan berkaitan sambutan ulang tahun ke 100 The Walt Disney Company dengan karakter Disney yang popular.
Antaranya Mickey Mouse, Donald Duck, Winnie The Pooh, Snow White, Mulan dan karaketer Pixar seperti Finding Nemo, Toy Story dan lain-lain lagi.
AEON STAR REWARDS
“Kami berasa amat gembira dan teruja untuk memulakan 2023 ini dengan memberi kegembiraan dan senyuman di wajah pelanggan kemi. Melalui produk terbaharu Tupperware yang bertemakan Disney untuk program Star Rewards kami.”
“Di AEON, kami sentiasa ingin bekerjasama dengan rakan kongsi yang hebat yang dapat turut sama membantu misi kami untuk berkongsi keceriaan di samping melindungi alam sekitar.
Tupperware merupakan salah sebuah syarikat antarabangsa yang tersohor dan mempunyai reputasi yang baik dengan penghasilan produk-produk mesra alam.”,
-Menurut Low Ngai Yuen, AEON’s Ketua Pegawai Pemasaran dan Perdagangan AEON.
Dengan mengumpul barangan Tupperware bertemakan Disney dari AEON sedikit sebanyak dapat membantu dalam mengurangkan pembaziran. Gunakan ia sewaktu berkunjung je pasar raya AEON.
AEON STAR REWARDS DISNEY100 TUPPERWARE
Kesemua produk ini boleh ditebus oleh ahli AEON. Kalau bukan ahli AEON pun boleh juga hanya ikuti cara ini
-AEON Member – 2 setem akan diberikan untuk setiap pembelian RM 30 dalam satu resit. Jika pembelian melalui AEON Member Plus Visa Card / AEON Credit Card / AEON wallet dapat 3 setem
-Bukan AEON Member – 1 setem akan diberikan untuk setiap pembelian RM 30 dalam satu resit
TEBUSAN
Untuk tebusan produk pula, AEON Member perlu mengumpulkan 20 setem dan bukan AEON Member pula 40 setem
POP UP DISNEY 100 TAHUN
AEON membuka “Disney100-themed retail pop-up” yang menampilkan jenama tempatan seperti Forest, Giomax, Pustaka Sri Dunia dan banyak lagi.
Hanya di Concourse AEON Mall Shah Alam bermula 7 Januari sehingga 5 Februari 2023.
Reka bentuk serba baharu produk pelbagai seperti pakaian dan kasut, mainan, makanan sihat dan kecantikan, hiasan rumah, alat tulis dan banyak lagi .
Yang berinspirasikan Disney100 daripada Disney, Pixar, Marvel dan Star Wars juga boleh didapati di pop-up ini.