PAMERAN LUSH MALAYSIA SHOWCASE 2024 , APA YANG BEST?

Apa yang dinantikan di Pameran Lush Malaysia Showcase yang bakal berlangsung nanti? Jom follow rapat-rapat jika ingin ketahui dengan lebih lanjut.

PAMERAN LUSH MALAYSIA

Dianjurkan oleh Lush Malaysia, pameran sulung yang diadakan di Sunway Pyramid selama empat hari mulai 30 Mei hingga 2 Jun 2024, adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran mengenai hidupan laut yang jarang mendapat perhatian.

TINGKATKAN KESEDARAN TERHADAP TERUMBU KARANG

Maka atas usaha murni Lush, pameran ini diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran orang ramai tentang perubahan iklim dan akibatnya terhadap terumbu karang.

KERJASAMA STRATEGIK DENGAN CORALKU

Lush Malaysia juga mengumumkan kerjasama strategik dengan Coralku, sebuah organisasi penyelidikan terumbu karang bukan berasaskan keuntungan yang terlibat dalam usaha pemulihan dan pemuliharaan.

Kerjasama ini bertepatan dengan misi Lush untuk meningkatkan tahap kesedaran tentang ancaman terhadap terumbu karang di Malaysia dengan membantu projek pemuliharaan terumbu karang di sekitar Pulau Lang Tengah.

CIPTA IMPAK POSITIF UNTUK KOMUNITI

“Acara pameran ini ialah bukti kesungguhan kami untuk mencipta impak positif kepada komuniti dan alam sekitar kita. Kerjasama berterusan dengan Coralku ini memperhebat misi kami untuk mendorong tahap kemajuan kolektif ke arah masa depan yang lestari.

Bersama-sama, kita mengorak langkah dalam pemulihan dan pemuliharaan batu karang, yang penting dalam memelihara kesihatan ekosistem terumbu karang terutama sekali dalam tempoh krisis iklim yang tidak menentu”.

-kongsi Pengarah Lush Malaysia, Dr Harvinder Harchand.

REALISASIKAN LUSH REEF GARDEN

Sejak 2022, Lush menanam 450 fragmen terumbu di lapangan bersama Coralku. Bagi meneruskan kesinambungan usaha pemuliharaan ini, Lush berhasrat untuk menambah jumlah fragmen terumbu karang bagi menyumbang kepada usaha merealisasikan Lush Reef Garden.

Pengunjung yang datang ke pameran ini akan diberi penerangan mengenai pembungkusan mesra alam serta produk-produk yang dihasilkan dengan ihsan dan proses penyumberan Lush yang beretika.

USAHA MASA DEPAN LEBIH LESTARI

Semua elemen ini menyumbang kepada dunia yang lebih damai bagi generasi akan datang. Pameran ini akan tercatat sebagai sejarah penting dalam usaha Lush menuju ke arah masa depan yang lebih lestari dan beretika.

Menampilkan trend dan kejayaan cemerlang terkini, Lush juga menjadi penanda aras kepada model peranan positif dalam aspek kecantikan lestari dan impak kepada komuniti.

PAPAR KESAN BURUK PADA PENCEMARAN TERUMBU KARANG

Memaparkan kesan buruk daripada pencemaran plastik dan pemutihan terumbu karang terhadap aspek kesihatan lautan. Pameran ini sekali gus menekankan usaha pemuliharaan alam yang perlu dilaksanakan segera.

THE LUSH MY APP

Dalam pameran itu juga, Lush Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelancaran aplikasi kecantikannya yang ditunggu-tunggu, iaitu The Lush MY App. Aplikasi ini memfokuskan kepada pemuliharaan dan kelestarian lautan.

Aplikasi Lush MY yang inovatif dibangunkan untuk merevolusikan pengalaman beli-belah produk kecantikan pelanggan menerusi ciri-ciri yang diperibadikan dan bersifat interaktif.

TAWARAN DAN GANJARAN EKSKLUSIF

Memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati tawaran eksklusif dengan mudah, membeli produk kegemaran mereka dan menikmati ganjaran unik. Ia membantu pelanggan untuk mengetahui kempen-kempen yang akan datang, semuanya menerusi sebuah platform yang lancar dan mesra pengguna.

“Kami juga teruja untuk memperkenalkan aplikasi The Lush MY App, inovasi canggih yang memperhebat cara pelanggan berinteraksi dengan jenama kami.

Menggabungkan teknologi inovatif dengan komitmen kami terhadap kelestarian alam, aplikasi ini menawarkan pengalaman membeli-belah yang lancar dan diperibadikan, selaras dengan nilai etika kami,” kata Harvinder.

Pengunjung pameran Lush Malaysia Showcase 2024 berpeluang untuk mengalami dan menonton paparan yang interaktif dan berpengetahuan, di samping bengkel pendidikan yang menonjolkan produk-produk dan nilai Lush.

Pada keseluruhannya, inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran tentang penjagaan alam sekitar dan kepentingan usaha pemuliharaan.

PROGRAM BRING IT BACK

Pada masa sama, Lush menekankan kepentingan untuk bekerjasama dengan pelanggan-pelanggannya dengan segera bagi tujuan ini. Melalui program Bring It Back, pelanggan digalakkan untuk turut serta dalam model ekonomi kitaran, sekali gus mengukuhkan komitmen Lush dalam mengurangkan pembaziran dan memulihara sumber secara lestari.

Lush ialah peneraju global dalam bidang penjagaan kecantikan beretika yang dikenali ramai kerana komitmennya terhadap aspek kelestarian, kreativiti dan inovasi.

Melalui inisiatif seperti pembungkusan yang mesra alam, produk yang dihasilkan dengan penuh ihsan, dan kerjasama strategik, Lush berusaha untuk memberi impak positif kepada alam sekitar dan komuniti di seluruh dunia.

Website Lush

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge