Bulan Mei yang lepas, PRISM+ Malaysia telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu Luna Smart Air Conditioner System dan PRISM+ Aura Smart Air Purifier.

PRISM+ AURA SMART AIR PURIFIER

Produk ini adalah antara yang terbaru dilancarkan pada bulan Mei. Produk PRISM+ Aura Smart Air Purifierini adalah penapis udara yang direka khas dan mempunyai ciri-ciri terkini. Ianya dikatakan memainkan peranan penting bagi mempermudahkan harian pengguna.

Boleh dikendalikan melalui secara manual mahupun menerusi telefon pintar dimana dapat memberikan keselesaan dan paling penting menjimatkan masa. Direka untuk memberikan yang terbaik dalam teknologi penapisan udara.

SPEFIKASI AURA SMART AIR PURIFIER

REKABENTUK

Sesuai untuk bilik berkeluasan sehingga 182 kaki persegi. Dilengkapi dengan teknologi terkini memberikan perlindungan udara yang optimum dan sesuai untuk diubah alih ke tempatan yang diinginkan oleh kerana kecil dan ringan.

PRISM+ Aura direka dengan sempurna untuk menghapuskan zarah bawaan udara berbahaya dalam ruang tamu seperti bilik tidur dan bilik belajar dengan bijak.

ADA KUCING DI RUMAH?

Ini mungkin dapat membantu jika mempunyai haiwan peliharaan seperti kucing ataupun anjing didalam rumah. Mana taknya PRISM+ AURA menggunakan penapis udara AURA yng dilengkapi dengan penapis HEPA H13 dan Sensor infrared.

Dengan adanya ini, ia dapat membantu untuk menapis segala habuk, debu halus terutama bulu kucing. Ini antara ciri-ciri luar biasa untuk membantu mengatasi masalah yang sering dikaitkan dengan pemeliharaan kucing

DC BRUSHLESS MOTOR

Dengan teknologi terbaru iaitu DC Brushless Motor, tidak perlu risau kerana ia beroperasi tanpa sebarang bunyi bermaksud hari-hari tidak akan diganggu dengan sebarang bunyi. Apabila pulang dari kerja mahupun dalam kepenatan, pastinya ingin berehat tanpa ada gangguan.

CIRI-CIRI

-Dilengkapi dengan penapis HEPA H13
-Mempunyai keupayaan anti-bakteria dan anti-bau
-Memastikan udara yang keluar dari PRISM+ AURA adalah bersih dan segar
-Pelarasan automatik untuk mengesan juga menyesuaikan kualitu udara secara langsung.

PRISM+ CONNECT

Antara ciri-ciri pintar ialah boleh diakses melalui aplikasi PRISM+ Connect. Apa yang menarik

-Membantu untuk mengakses PRISM+ AURA hanya dengan menggunakan aplikasi
-Dapat membantu memantau kualiti udara dengan aplikasi
-Melihat data sewaktu penggunaan dilokasi yang diletakkan
-Memudahkan kawalan penapis udara dengan seminimum yang boleh

PENAPIS HEPA H13

-Penapis gred perubatan
-Menapis partikel halus dan alergen
-Mempunyai 3 lapisan pertanan – memastikan udara memenuhi standard yang disetkan

Muka smiley yang dipaparkan mempunyai maksud dimana menunjukkan kualiti udara sekeliling sama ada terbaik atau tidak baik. Ianya adalah maklumat ‘real-time’ dan boleh dapatkan maklumat lanjut melalui aplikasi

Antara yang disyorkan penapis udara pintar PRISM+ AURA dilengkapi dengan prestasi tinggi dan ciri-ciri termaju. Mempunyai pelarasan automatik, dan boleh dikawal melalui aplikasi untuk memastikan udara kekal bersih dan segar.

HARGA PRISM+ AURA SMART AIR PURIFIER

Aura Smart Air Purifier boleh dimiliki dengan harga serendah RM379 (Alphine White) dan RM399 (Space Grey).

Website |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge