ATLAS VENDING PERKENAL MESIN PRODUK SANITARI PERCUMA, AMAZING!

Zaman sekarang masih ada lagi yang kurang bernasib baik dalam memenuhi keperluan harian. Antaranya adalah produk haid untuk wanita dimana kali ini Atlas Vending kehadapan untuk membantu.

ATLAS VENDING

Dalam erti kata lain, mesin layan diri ini dapat meringankan beban kepada kaum wanita yang kurang bernasib baik mendapatkan produk haid secara percuma.

Dengan kerjasama Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail dan Libresse® Malaysia, ATLAS Vending menggunakan teknologi dan kepakarannya untuk menangani kemiskinan haid.

LANGKAH PENTING DALAM MISI

Pengenalan mesin ini merupakan satu langkah penting dalam misi ATLAS Vending bagi mengetengahkan isu tanggungjawab sosial dan berkhidmat untuk masyarakat.

Dengan menangani kemiskinan haid melalui inovasi dan belas kasihan, ATLAS Vending bertujuan untuk membantu para wanita menguruskan kesihatan haid mereka dengan yakin dan bermaruah.

“Kemiskinan haid di Malaysia menggambarkan secara jelas isu akses terhad kepada produk kebersihan wanita yang selamat dan bersih, ditambah pula dengan kekurangan pendidikan tentang kebersihan haid dan kemudahan sanitasi asas.

Ramai yang tidak menyedari kewujudan komuniti di mana wanita dan kanak-kanak perempuan bergelut untuk membeli produk kebersihan dan hanya mampu menggunakan kain buruk atau kertas. Ini yang menyebabkan rasa malu dan bimbang yang membawa kepada ketidakhadiran sekolah semasa tempoh haid.” 

-kongsi Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd bagi pihak ATLAS Vending .

PERKENAL MESIN LAYAN DIRI

Bagi menangani keperluan mendesak ini, ATLAS Vending memperkenalkan mesin layan diri yang mengeluarkan produk kebersihan percuma bagi memastikan akses universal kepada produk kebersihan wanita yang penting.

“Penyelesaian inovatif kami menggunakan sistem kad akses untuk mengeluarkan pek kebersihan haid percuma bagi memelihara privasi dan maruah pengguna.

Melalui penggunaan teknologi dan pemahaman tanggungjawab sosial, kami ingin memudahkan akses terhadap produk kebersihan wanita, terutamanya bagi masyarakat terpinggir.”

-sambung Amy

MEMUDAHKAN AKSES TERHADAP PRODUK KEBERSIHAN WANITA

Penyelesaian ATLAS Vending yang inovatif dan berpandangan jauh ini menggunakan sistem kad akses untuk mengeluarkan pek tuala wanita percuma bagi mengutamakan privasi dan maruah pengguna.

Dengan memanfaatkan kuasa teknologi dan pemahaman tanggungjawab sosial, ATLAS Vending berazam untuk memudahkan akses terhadap produk kebersihan wanita, terutamanya bagi penduduk masyarakat terpinggir.

ANTARA LOKASI HCTM, CHERAS

Bagi memastikan rangkaian yang meluas dan efektif, sebuah lagi mesin akan dipasang di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM) yang dahulunya dikenali sebagai HUKM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia) Cheras di Bandar Tun Razak.

Sebanyak 600 penerima dari Sekolah Menengah Sains Selangor (S.M.S.S), Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Razak (S.M.K.B.T.R) dan HCTM akan menerima kad yang membenarkan mereka untuk menerima satu pek kebersihan haid percuma setiap bulan melalui inisiatif ini.

Dalam ucapannya, Amy merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bandar Tun Razak dan juga Libresse® Malaysia atas sokongan padu dan kerjasama mereka dalam membasmi kemiskinan haid.

TERIMA KASIH LIBRESSE®

“Sebagai salah satu jenama perlindungan wanita terkemuka di Malaysia, Libresse® menyediakan akses mudah dan menyokong wanita dengan produk kebersihan yang memberikan keselamatan & perlindungan terbaik.

Bersama-sama, kami akan mengorak langkah penting ke arah masa depan di mana tiada sesiapa akan dihalang akibat daripada kekurangan produk kebersihan wanita yang selamat dan terjamin.

Kami amat berterima kasih atas kerjasama teguh mereka dan nanti-nantikan kerjasama kami yang seterusnya di masa akan datang dari segi pendidikan dan memperluaskan pembekalan tuala wanita kepada para wanita Malaysia”

KEBENARAN DISEBALIK KEMISKINAN HAID

Untuk lebih memahami situasi kemiskinan haid dan stigma terhadapnya di Malaysia, kita perlu mengambil langkah yang mampu dilaksanakan dengan jelas untuk memperbaiki kehidupan kaum wanita Malaysia dan memastikan tempoh haid tidak menghalang kemajuan mereka.

Kajian menunjukkan bahawa kitaran haid masih belum diterima secara sepenuhnya, ini menimbulkan keperluan untuk memupuk persekitaran yang selamat untuk kanak-kanak perempuan. Membincangkan kesukaran yang mereka hadapi dalam tempoh haid tanpa rasa malu atau takut.

Jika tidak, terdapat risiko bahawa wanita akan rasa teragak-agak untuk mendapatkan bantuan dan sokongan yang diperlukan. Kita perlu ingat bahawa tempoh haid bukan setakat pendarahan semata-mata; ia adalah cara badan kita menyampaikan maklumat tentang sistem pembiakan kita.

SASARAN B40

“Bantuan terhadap demografi sasaran B40 merupakan matlamat utama kami. Kami tidak boleh membiarkan saja mana-mana individu menggunakan alternatif yang tidak bersih seperti sabut kelapa sebagai tuala wanita.

Kami komited untuk tidak melupakan wanita-wanita dan gadis-gadis muda ini. Sudah tiba masanya untuk kita mengubah persepsi terhadap haid supaya wanita muda dapat tahu cara terbaik untuk menjaga diri sendiri semasa tempoh haid.

Platform media sosial seperti TikTok dan YouTube boleh menyediakan pengetahuan dan pendidikan yang mudah diakses, baik bagi perempuan atau lelaki, bagi mempromosikan amalan kesihatan haid yang lebih baik.”

-tegas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail pada pelancaran program perintis di Sekolah Menengah Sains Selangor, Bandar Tun Razak (S.M.S.S).

KEPERLUAN KRITIKAL SEWAKTU KITARAN HAID

Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail menangani isu salah faham dan pantang larang mengenai kesihatan reproduktif, menekankan keperluan kritikal untuk membetulkan persepsi terhadap kitaran haid.

“Kempen seperti ini amat penting dalam dunia digital kita untuk meningkatkan kesedaran dan mendapatkan sokongan.

Saya amat berterima kasih kepada pihak seperti ATLAS Vending dan Libresse® Malaysia atas komitmen mereka yang tidak berbelah bahagi untuk menyokong wanita dan gadis-gadis yang kurang bernasib baik. Sudah tiba masanya untuk dunia swasta dan badan-badan kerajaan mengikut jejak langkah mereka.”

“Haid adalah fitrah bagi seorang wanita, dan pengurusan haid secara sihat harus dapat diakses oleh semua wanita tanpa perlu rasa malu atau dibelenggu stigma.

MEMAHAMI V-ZONE

Sebagai jenama terkemuka dalam bidang kebersihan wanita, kami akan teruskan komitmen kami untuk menyokong wanita yang datang haid.

Cuba memahami V-Zone mereka bagi membina persekitaran di mana wanita tidak dihalang daripada mempelajari tentang V-Zone mereka. Digalakkan untuk menjalani kehidupan ideal mereka tanpa rasa malu dan ragu diri.” 

–kongsi Yapp Pau Ling, Pengarah Komersial Vinda Malaysia Sdn Bhd. Libresse®

#KNOWYOURV

Inisiatif berterusannya dalam mendidik wanita mengenai V-Zone melalui kempen #KnowYourV telah memenangi perhatian pengguna.

Membolehkan mereka membuat keputusan termaklum serta memberikan rasa selamat dan terlindung semasa tempoh haid dengan pad berkualiti mereka.

“Kami faham bahawa penyelesaian ini adalah sebahagian daripada satu usaha jangka panjang. Oleh sebab itu, kami mahu memulakannya sekarang untuk menyokong perubahan bagi menghapuskan stigma yang telah lama berleluasa mengenai kitaran haid di Malaysia.

Melalui perkongsian dan sokongan daripada badan kerajaan dan rakan-rakan korporat, kami berharap dapat memasang lebih banyak mesin Layan Diri ATLAS seperti ini. Dengan produk sanitari percuma di seluruh Malaysia supaya mereka yang menghadapi kesusahan boleh mendapatkannya dengan mudah,” 

-rumus Amy.

Website | Facebook

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge