PAKEJ UMRAH MUKIM 80 HARI, APA YANG BEST?

PAKEJ UMRAH MUKIM 80 HARI, APA YANG BEST?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Biasa kite dengar untuk umrah mengambil masa 10-14 hari . Tapi kali ini lain dari yang lain!

Persada Global Holidays Sdn Bhd (PGH) telah melancarkan pakej umrah terbaru dan pada masa yang sama majlis menandatangani memorandum kerjasama.

PAKEJ UMRAH MUKIM 80 HARI

Berkonsepkan program pengajian bermodul selama 80 hari. Di jangka bakal membuka ruang kepada rakyat Malaysia bukan sahaja dapat menetap lebih lama di Arab Saudi.

Berpeluang untuk mendalami ilmu aham dibarisi oleh tenaga pengajar yang berpengalaman.

Ia juga turut menyelitkan prohram seperti daurah tafsir, hadis, sirah, program iktikaf ramadan dan lain lagi. Beri nilai tambah dari aspek kerohanian kepada setiap yang mengikutinya.

HARGA PAKEJ UMRAH MUKIM 80 HARI

Bermula serendah RM19.980.00 seorang dimana para jemaah bakal berada di Haramain selama 80 hari. Jemaah berpeluang meraikan serta mengimarahkan Ramadan dan seterusnya menyambut Syawal di sana.

SASARAN

Lebih kepada mereka yang senantiasa mencari peluang untuk mendalami ilmu agama, golongan pesara atau mereka yang mempunyai kelapangan masa.

Juga pada mereka yang mempunyai keinginan untuk mempelajari budaya dan sejarah orang Arab di sana.

Bakal menjelajah di pelbagai tempat-tempat bersejarah seperti Taif, Badar dan juga Al Ula bersama pengiring berpengalaman selain menunaikan umrah bersama.

KESINAMBUNGAN DARI PAKEJ UMRAH IKTIKAF RAMADAN

Pakej ini juga kesinambungan dan penambaikan daripada Pakej Umrah Iktikaf Ramadan sebelum ini. Pada yang tidak tahu Pakej Umrah Iktikaf Ramadan merupakan program umrah tahunan dan mendapat sambutan yang mengalakkan.

Pihak Persada Global Holidays Sdn Bhd turut menyediakan perkhidmatan tambahan seperti pasukan medik dan bantuan perubatan khas. Ini untuk memastikan soal kesihatan dan keselesaan para jemaah terjaga.

Klinik As Salam selaku penasihat perubatan rasmi telah menandatangani memorandum kerjasama bagi musim umrah 1445H (2023/2024).

Selaku syarikat pengendali umrah yang berpengalaman lebih 10 tahun, PGH senantiasa berusaha sebaik mungkin memberikan perkhidmatan terbaik.

Menitikberatkan pengalaman perjalanan umrah dengan pengisian ilmiah bagi para jemaah yang mengikutinya!

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge