MERDEKA MEAT FIESTA 2022 ME’NATE STEAK, THE BEST!|

MERDEKA MEAT FIESTA 2022 ME’NATE STEAK, THE BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ini bukan kali pertama makan di Me’nate Steak. Terdahulu semasa Ramadan sempat lagi berbuka di salah satu cawangan di Shah Alam.

Lokasi terbaru yang pertama di dalam shopping mall adalah di The Curve. Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Sempena Merdeka yang bakal tiba satu fiesta dianjurkan antara Tourism Malaysia dan Me’nate Steak Hub

MERDEKA MEAT FIESTA 2022

Hidangan bertemakan Merdeka boleh didapati di semua cawangan Me’nate Steak Hub di seluruh negara hingga 16 September.

Menu yang dipamerkan membawa semangat patriotism dengan memperkenalkan hidangan tempatan seperti

  • Malaysia Daging Bakar
  • Merdeka Fried Quail
  • Lamb Jalur Gemilang
  • Kopi Tarik
  • Teh Tarik
  • Bandung Bunga Raya
  • Soda Kebangsaan

Telah dilancarkan oleh YBrs. Encik Iskandar Mirza Mohd Yusof- Pengarah Kanan- Domestik & Acara Tourism Malaysia dengan kehadiran VIP yang lain.

Ianya adalah usaha untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia.  Menyemarakkan semangat patriotik kepada negara sempena Hari Kemerdekaan yang bakal tiba.  

“Sungguh teruja melihat jenama tempatan seperti Me’nate membawa budaya tempatan kite dengan bangga dan secara kreatif. Menggabungkan hidangan tempatdan dalam menu sempena Merdeka.

Saya berpendapat ini merupakan cara terbaik untuk menzahirkan semangat patriotic seseorang.

Terima kasih kepada kerana melaksanakan inisiatif ini sebagai peneraju industri terkemuka dalam memberi insipirasi kepada rakyat Malaysia.

-kata Encik Iskandar Mirza Mohd Yusof

KEKALKAN TRADISI TEMPATAN

“Di Me’nate, kami amat berbangga dapat mengekalkan tradisi tempatan. Walaupun merupakan restoran stik barat, tetapi kami berpegang dan berbalik pada adat resam dan asal usul.

Makanan memainkan peranan dalam menghubungkan masyarakat daripada budaya, latar belakang dan etnik yang berbeza.

Dengan adanya Kempen Merdeka Meat Fiesta 2022, kami berharap dapat menjadi penghubung dalam menggalakan perpaduan.

Selain itu juga kepelbagaian budaya dan kebersamaan sepanjang Merdeka ini.

-kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Me’nate Steak Hub, Encik Syed Ashraf bin Syed Ali.

BONUS DISKAUN SEMPENA MERDEKA

Sebagai bonus tambahan kepada Merdeka Meat Fiesta 2022, Me’nate menawarkan diskaun 20 peratus untuk semua hidangan daging dari sekarang hingga 31 Ogos 2022.

Harga berpatutan dan pastinya memberi peluang untuk meraikan Merdeka bersama rakan dan keluarga.

Website| Instagram |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge