OK GROUP LANTIK FATTAH AMIN DUTA MINUMAN TENAGA ORANG KAMPUNG!

OK Group Lantik Fattah Amin Perkukuh Penjenamaan Minuman Tenaga

OK GROUP

Orang Kampung Group (OK Group) sebuah jenama tempatan yang telah kukuh membina kepercayaan pengguna sejak 1975 mengumumkan pelantikan selebriti popular, Fattah Amin, sebagai Duta Produk Minuman Tenaga Orang Kampung.

FATTAH AMIN

Pelantikan ini melambangkan komitmen syarikat untuk memperkukuh lagi kedudukan jenama dalam pasaran domestik dan serantau, serta menjangkau segmen pengguna moden yang mengutamakan tenaga, kecergasan dan kesihatan.

Pelantikan Fattah Amin sebagai duta rasmi merupakan sebahagian daripada pelan strategik jangka panjang syarikat.

“Dengan imejnya yang bersih, berdisiplin dan aktif, Fattah mencerminkan nilai yang dibawa oleh jenama Orang Kampung. Kami percaya kehadiran Fattah dapat menarik kuasa pembeli wanita kerana golongan ini antara yang suka berbelanja.

“Dalam masa sama, kami yakin Fattah mampu membawa jenama OK ke peringkat yang lebih tinggi selepas 25 tahun penubuhan syarikat ini,”

-kongsi Pengarah Urusan Kumpulan Orang Kampung (OK Group), Datuk Habibul Ajmi Datuk Haji Manggar.

VARIAN EKSKLUSIF

Sempena kerjasama ini, OK Group turut melancarkan KF Limited Edition, satu varian eksklusif dengan pembungkusan baharu dan reka bentuk istimewa yang hanya boleh didapati di lokasi terpilih seperti PETRONAS Mesra, Mydin dan platform e-dagang utama.

Tambah Habibul, OK Group yaki minuman tenaga Orang Kampung akan terus kekal relevan, dipercayai, dan menjadi pilihan utama bukan sahaja rakyat Malaysia. Tetapi juga pengguna global yang mencari produk tenaga yang selamat, berkesan dan berasaskan herba semula jadi.

JENAMA YANG DIKENALI

Mengulas pelantikannya sebagai duta minuman tenaga OK, Fattah meluahkan rasa teruja dapat berganding dengan jenama yang sudah lama dikenali ramai.

“Sejak kecil, ibu bapa saya memang pengguna setia produk Orang Kampung. Saya tak pernah terfikir suatu hari nanti saya sendiri akan jadi sebahagian daripada jenama ini. Produk ini memang sesuai dengan rutin saya sebagai pelakon yang kadang-kadang bekerja dalam tempoh panjang.

“Lagipun, bahan yang digunakan semuanya semula jadi, jadi saya sendiri yakin untuk mencuba,”

-kata Fattah Amin

MINUMAN TENAGA ORANG KAMPUNG

Bermula sebagai sebuah syarikat herba di Melaka yang menghasilkan produk berasaskan ramuan tempatan seperti Tongkat Ali dan Kacip Fatimah, OK Group telah melalui pelbagai fasa transformasi.

Daripada penghasilan ubat tradisional, kini OK Group dikenali luas melalui jenama minuman tenaga Orang Kampung, yang tampil dengan gabungan formulasi herba warisan dan pembungkusan moden.

Produk-produk ini diformulasikan mengikut piawaian kilang bertaraf MESTI, disahkan HALAL oleh JAKIM, serta mematuhi standard kualiti tinggi yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia.

KACIP FATIMAH

Sehingga kini, OK Group menawarkan tiga varian utama minuman tenaga yang mendapat sambutan menggalakkan di seluruh negara. KF (Kacip Fatimah) dikhususkan untuk wanita yang ingin mengekalkan kesegaran dan tenaga secara semula jadi.

LONGJACK

Longjack, pula merupakan pilihan umum untuk lelaki dan wanita, berasaskan gabungan Tongkat Ali dan Guarana untuk membantu meningkatkan stamina dan daya fokus.

LONGJACK X

Manakala Longjack X, varian terbaharu dalam rangkaian ini, dicipta khas untuk mereka yang menjalani gaya hidup aktif dan memerlukan prestasi tenaga yang lebih intensif.

Seiring kejayaan dalam negara, produk minuman tenaga Orang Kampung kini juga telah menembusi pasaran antarabangsa, khususnya di Singapura dan Brunei, di mana permintaan terhadap produk berasaskan herba semula jadi semakin meningkat.

Melihat kepada sambutan positif ini, OK Group kini merancang untuk melangkah ke pasaran Eropah, dengan fokus awal kepada komuniti Asia Tenggara di sana dan pengguna yang menghargai alternatif minuman tenaga yang lebih berasaskan semula jadi. Beberapa perbincangan sedang dijalankan dengan rakan dagang luar negara serta rangkaian pengedaran khas untuk tujuan ini.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge