MERAIKAN WARISAN KULINARI ITALI DI B.I.G PUBLIKA

Keceriaan suasana, aroma yang memikat dan keaslian rasa Itali kini boleh dinikmati di majlis pelancaran ‘Make It Authentically, Make It Italian’. Sebuah acara kolaborasi antara The Food Purveyor {TFP], Kedutaan Itali Kuala Lumpur dan Agensi Perdagangan Itali [ITA]. 

WARISAN KULINARI ITALI

Acara ini berlangsung di Ben’s Independent Grocer [B.I.G], Publika pada 10 June 2025. Di mana pencinta makanan dijemput untuk merasai sendiri kehebatan sajian Itali melalui pelbagai acara. Dirasmikan oleh Dr. Angela Donvito- Pesuruhjaya Perdagangan bagi Agensi Perdagangan Itali. Disertai dengan Encik Ivan Tan- Pengarah Eksekutif Kumpulan The Food Purveyor. Antaranya

  • Demonstrasi masakan yang menarik
  • Pemberian sampel produk makanan 
  • Pameran barangan premium ‘Made in Italy’

Para tetamu dapat merasai pengalaman menikmati kulinari asli Itali. Menyaksikan demonstrasi masakanoleh cef terkemuka Itali, Stefon Criber menyediakan pasta dengan kepakarannya di dalam bekas keju trasidional berbentuk roda. 

PELBAGAI SAMPEL ITALI

Pengunjung turut disajikan dengan pelbagai sampel hidangan Itali yang ikonik termasuklah pasta buatan sendiri, salad segar yang rangup dan Tiramisu klasik, kopi illy. Serta gelato Fabbri juga diberi secara percuma sebagai pelengkap kembara gastronomi yang diperbuat daripada bahan-bahan ‘Made in Italy’ yang enak, berkualiti tinggi dan autentik. 

WARISAN KULINARI 

‘Warisan dan produk berkualiti dari Itali yang luar biasa ini adalah kebanggan seluruh Itali. Pergumpulan kita di sini menggambarkan komitmen kami untuk meningkatkan pengetahuan tentang produk makanan Itali yang asli dan kualiti yang tiada tandingan. Saya berharap semua orang dapat mengambil pekuang ini untuk merasai sendiri pengalaman menikmati kulinari tradisi Itali,’

– kata Dr. Angela Donvito Pesuruhjaya Perdagangan, Agensi Perdagangan Itali.

KOLABORASI KALI INI

‘Berkerjasama dengan Agensi Perdagangan Itali membolehkan kami memberi pelanggan kami lebih daripada sekadar produk sahaja. Kami berkongsi cerita, budaya dan pengalaman yang bermakna. Di The Food Purveyor, falsafah kami dalah makanan merupakan tali penghubung penting kepada warisan, tradisi dan komuniti. 

Melalui kolaborasi ini, kami berasa teruja untuk berkongsi budaya sajian Itali dengan pelanggan-pelanggan kami di samping memberikan mereka produk premium yang amat menitik beratkan kualiti serta kelazatan rasanya. 

Kerjasama istimewa antara The Food Purveyor dan Agensi Perdagangan Itali ini bertujuan untuk mempromosikan warisan berharga dan hasil kulinari yang cemerlang menggunakan produk asli Itali di Malaysia. Bergandingan, mereka memupuk penghargaan terhadap rasa yang autentik, mengekalkan tradisi dan berkongsi kisah untuk memberi makna sebenar ‘Made In Italy’.

Pelbagai pilihan eksklusif produk asli Itali kini boleh didapati di Village Grocer, Ben’s Independent Grocert, The Food Merchant dan BSC Fine Foods untuk memberikan keaslian rasa Itali terus ke rumah anda. 

Website Village Grocer | Website BIG | Website BSC

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge