OCEAN HEROES DI TAMAN PERMAINAN LAUT IPC, AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Inginkan kelainan boleh singgah ke Pusat Membeli-Belah di IPC -Damansara.

OCEAN HEROES

Bermula dari 28 Februari hingga 5 Mac 2023, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka untuk berhibur dan bergembira di Pusat Membeli-Belah IPC.

OCEAN HEROES

TAMAN PERMAINAN LAUT

Diperbuat daripada 85,000 keping belon terbiodegradasi dengan mengangkat tema ‘Ocean Heroes’.

Terdiri daripada landskap bawah laut yang disusun indah serta menampilkan lima hidupan marin yang paling terancam seperti:

-Jerung Tukul [Haiwan belon terpanjang pada ukuran 5m panjang]

OCEAN HEROES

-Paus Orca [haiwan belon tertinggi pada ukuran 4m panjang]

OCEAN HEROES

-Penyu Karah

-Dugong

OCEAN HEROES

-Pari Manta Gergasi

BELON QUALATEX 100%

Arca ini menggunakan belon Qualatex 100% terbiodegradasi yang akan dilupuskan dengan cara yang betul pada penghujung pameran ini

Ini untuk memastikan ia tidak akan berakhir di tapak pelupusan sampah mahupun laut. Langkah ini adalah selaras dengan teras perniagaan lestari Pusat itu.

OCEAN HEROES

IPC Shopping Centre menjemput ibu bapa dan anak-anak mereka untuk menyertai pengembaraan cuti sekolah yang penuh bermakna.

Menyeronokkan dan berpendidikan dengan arca belon terbesarnya yang bertemakan ‘Ocean Heroes to the Rescue’.

ARCA BELON TERBESAR DAN PERTAMA DI MALAYSIA

Ia merupakan arca belon lestari terbesar dan pertama di Malaysia.

Mana-mana pengunjung dewasa dan muda boleh menyelami ke dalam pendidikan mengenai spesies marin terancam, pemuliharaan laut, dan kelestarian.

OCEAN HEROES

Bekerjasama dengan 20 artis arca belon terkemuka dunia dari Hong Kong, China, Taiwan, dan Malaysia untuk menghasilkan arca yang menakjubkan ini.

Pasukan itu dipimpin oleh Pakar Belon Malaysia, Joseph Ho, dan Pakar Belon Taiwan, Ho Hun Leong, yang pernah bekerjasama dalam pelbagai acara.

Salah satunya adalah pencapaian terbesar mereka apabila berjaya membawa pulang pingat Emas pada Konvensyen Belon Dunia ke-5 di San Diego, California pada 208.

PENYUMBANG UTAMA PENCEMARAN PLASTIK DI LAUTAN

“Malaysia adalah salah satu daripada penyumbang utama pencemaran plastik di lautan dan ia bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan.

Kita perlu mengambil tindakan segera secara bersama untuk menjaga laut dan kehidupan marin kita dengan lebih baik. Pameran ini berbeza dengan destinasi lain.

Ia adalah cara kami untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemuliharaan lautan kita demi kesejahteraan hidupan marin. Dengan harapan untuk memupuk generasi Ocean Heroes kita yang seterusnya.

OCEAN HEROES

Di IPC, kami berusaha untuk menerapkan inisiatif hijau ke dalam perniagaan kami setiap hari.

Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan kedua-dua pakar belon ini sekali lagi untuk kali ke-5 bagi menghasilkan arca kreatif dan lestari ini.

OCEAN HEROES

Tahukah ini arca belon terbiodegradasi lestari pertama di Malaysia?

Dari pihak kami berharap untuk terus menetapkan penanda aras dan menjadi contoh bagi memberi inspirasi dan menggalakkan lebih ramai orang untuk mengambil berat tentang alam sekitar.”

-Karyn Lim, Pengurus Besar IPC Shopping Centre.

SUDAH 5 TAHUN BEKERJASAMA

“Saya gembira kerana dapat bekerjasama dengan IPC sekali lagi dan ini adalah tahun yang ke-5 kami bekerjasama.

Pandemik telah menjejaskan semua pameran belon besar-besaran, oleh itu saya berasa amat teruja kerana dapat menjadi sebahagian daripada pameran arca belon lestari pertama dan satu-satunya di Malaysia.

OCEAN HEROES

Semoga lebih banyak lagi pusat beli-belah di Malaysia yang akan mengikuti inisiatif ini dan menjadi lebih lestari. Supaya kita dapat mencipta impak yang lebih besar ke atas masyarakat dan planet kita bersama-sama.”

-Joseph Ho,Pakar Belon Malaysia

PELBAGAI AKTIVITI

Sepanjang dua hujung minggu, IPC Shopping Centre akan menganjurkan pelbagai aktiviti pendidikan serta bengkel secara percuma di Atrium, Aras G.

OCEAN HEROES
OCEAN HEROES

Untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah berasaskan kepada siapa cepat dia dapat (keutamaan diberikan kepada ahli Små Club).

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge