NYUM NYUM FESTIVAL DI THE CURVE, BEST KE?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Jika anda kelapangan hujung minggu ini apa kata jom ramai-ramai ke The Curve, Mutiara Damansara
NYUM NYUM FESTIVAL
Bermula dari 13 Oktober hingga 16 Oktober 2022 dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Buat anda yang suka makan ini antara lokasi yang perlu di singgah. –
Selama 4 hari ini pelbagai hidangan dan juadah untuk semua peringkat usia ada. Nak makanan berat, ringan mahupun pencuci mulut pun ada.
PILIHAN GERAI YANG ADA
Lokasi di Centre Court jadi semuanya ada disini. Antara yang ada seperti
AKTIVITI YANG ADA
Eat, Scan & Win – Tiada minimum pembelian. Asalkan anda membeli apa apa saja di Nyum Nyum Festival, jangan lupa ambil kupon untuk melayakkan anda cabutan bertuah.
Spin & Win – Perlu daftar terlebih dahulu sebelum melayakkan diri anda cabutan bertuah. Dengan kupon yang anda dapat tadi boleh ‘join’ cabutan bertuah. Ada cabutan harian dan cabutan utama
Banyak voucher menarik ditawarkan. Setiap 1 kupon membolehkan 1 putaran. Lagi banyak kupon lagi banyak peluang untuk putar.
CABUTAN HADIAH UTAMA
Jangan lupa bawa kembali kupon anda dimana Cabutan Hadiah Utama bakal berlangsung pada 16 Oktober 2022 – Hari Ahad jam 5 petang. Perlu ada sekurang-kurangnya 5 kupon untuk turut serta.
Hadiah yang bakal dimenangi seperti voucher penginapan di Royale Chulan Kuala Lumpur, Damansara , Cherating atau Pulau Pinang.
Demonstrasi Masakan – Oleh Chef Akbar dari Me’nate Steak Hub 15 & 16 Okt 2022 3 petang.
TEMPAT NAK MAKAN ADA?
Jangan risau semua ada. Ada beberapa meja untuk menikmati hidangan di sini sambil melayan buskers membuat persembahan.
Sambil jalan-jalan cuci mata atau window shopping bolehlah singgah di Centre Court, The Curve Mutiara Damansara ye. Pasti puas hati sebab sambil belanja boleh join cabutan bertuah harian yang memang akan pulang dengan hadiah.