NOSTAGIA RAYA DI SURIA KLCC GAMIT KENANGAN LAMA!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Suria KLCC sekali lagi memgamit kenangan lama dengan dekorasi raya tahun 2023.
NOSTALGIA RAYA
Dekorasi perkampungan nelayan tahun ini dipilih untuk mencetuskan detik kenangan silam pada pengunjung.
Selain dapat menghadirkan rasa syukur dengan kehidupan bersederhana yang dapat dirasai melalui suasana persekitaran di kampung nelayan.
REKA BENTUK RUMAH KAMPUNG
Tradisional menjadi titik tumpuan di laman “Centre Court” di Suria KLCC kali ini. Keunikan pelbagai dekorasi turut mengundang memori indah di suasana kampung yang hadir.
Dengan tata landskap jendela yang gah serta atmosfera kampung yang ditemani dengan kewujudan replika pokok kelapa.
WAYANG KULIT
Aktiviti interaktif “Wayang Kulit” bakal memberikan pengunjung pengalaman langsung dalam mengendalikan wayang kulit disebalik tabir.
Melalui pengalaman yang jarang-jarang dapat diperolehi, pengunjung berpeluang untuk menyingkap pengalaman bercerita melalui seni penceritaan tradisional masyarakat Melayu.
PERMAINAN INTERAKTIF LAIN PUN ADA
Pengunjung juga berkesempatan untuk meluangkan masa melaui aktiviti interaktif lain.
Seperti permainan tradisional kanak-kanak iaitu teng teng, permainan gasing dan juga congkak yang juga boleh didapati di laman “Centre Court”.
Alunan muzik lebaran yang dilayarkan di sekitar perkarangan pusat membeli belah pastinya menyemarakkan lagi suasana sambutan Nostalgia Raya
PERSEMBAHAN SEMPENA RAMADAN & RAYA 2023
Pengunjung yang datang menonton persembahan di laman “Centre Court” dan “Ramlee Mall”. Ingin menari menari bersama-sama pun boleh sewaktu persembahan tarian tradisional di persembahkan sepanjang tempoh kempen perayaan.
PHOTOBOOTH PUN ADA LA!
Sebuah kiosk foto siap disediakan untuk pengunjung mengambil gambar bersama yang tersayang. Bakal menerima cetakan gambar percuma berserta salinan digital bagi mengabadikan detik bermakna semasa membeli-belah di Suria KLCC dengan tema Nostalgia Raya.
REPLIKA PELITA TERBESAR DI LAMAN ESPLANADE KLCC
Replika pelita terbesar di Malaysia yang berukuran setinggi 50 kaki membuat penampilan sekali lagi di laman “Esplanade KLCC”.
Kali ini ianya gah, berjaya menempa nama di dalam Malaysia Book of Records pada tahun 2022 sebagai replika pelita terbesar dan tertinggi di Malaysia.
MENITIKBERATKAN SEMANGAT PERAYAAN UNTUK SEMUA
“Sebagai destinasi utama dan terkemuka untuk membeli-belah di Kuala Lumpur, kempen ini merupakan pendekatan kami untuk membawa tradisi dan norma masyarakat Melayu untuk dipertontonkan.
Ini semua buat pengunjung Suria KLCC yang majmuk dan berbilang bangsa yang bukan sahaja terdiri dalam Malaysia. Malahan dari serantau dunia pada setiap tahun setiba nya bulan Ramadhan dan Syawal.
Melalui langkah yang menitikberatkan semangat perayaan buat para pengunjung ini,. Kami berharap agar musim sambutan Hari Raya kali ini dapat mencerminkan tanda kerukunan terhadap warisan budaya Malaysia yang pelbagai,”
-kata Andrew Brien, Ketua Pegawai Esekutif dan Pengarah Esekutif, Suria KLCC Sdn Bhd.
GANJARAN DAN PENJIMATAN SEMPENA RAYA 2023
Pengalaman membeli-belah di Suria KLCC akan menjadi lebih istimewa dengan ganjaran dan penjimatan yang ditawarkan pada musim Hari Raya kali ini.
Bermula dari 30 Mac sehingga 24 April, pengunjung yang berbelanja RM1,000 melalui dua resit daripada mana-mana kedai terpilih.
Akan menerima Suria KLCC e-baucar (SKLCC e-Vouchers) yang bernilai RM100 serta satu set sampul raya eksklusif dari Suria KLCC.
Tempoh tebusan e-Baucar tersebut akan berlangsung sepanjang tempoh kempen Hari Raya di Suria KLCC
Bagi menyemarakkan lagi suasana perayaan, 100 pembeli utama yang membat pembelian Suria KLCC e-Baucar yang bernilai RM1000 semasa kempen perayaan kali ini akan menerima tambahan e-Baucar yang bernilai RM 100.
Sepanjang bulan Ramadhan, pegawai perkhidmatan pelanggan yang bersedia di kaunter “Concierge” akan memberikan pek buah kurma kepada pengunjung untuk persiapan berbuka puasa.
SURIA RIBBON PIN MASIH BERJALAN
Inisiatif program kesedaran kesihatan mental yang masih berterusan. Akan menyumbangkan hasil penjualan “Suria Ribbon Pin” kepada badan atau pusat pertubuhan bukan kerajaan yang mengendalikan gerak kerja kesihatan mental.
Pin tersebut yang dijual di kaunter “Concierge” bernilai RM10 bagi setiap satu








