NANDO’S VUSA XXHOT MEMANG EXTRA HOT PEDAS, AWESOME!

NANDO’S VUSA XXHOT MEMANG EXTRA HOT PEDAS, AWESOME! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Nando’s Malaysia melancarkan perisa edisi terhad serba baharu yang paling pedas dan menyengat dalam menunya.

VUSA XXHOT

Ucapkan Hello kepada Vusa XXHot yang berada pada tahap tertinggi kepedasan PERi-ometer Nando’s yang anda kenal dan gemari sebelum ini.

Ya, ia lagi pedas daripada Extra Hot dan ya, ia membawakan satu pengalaman rasa yang baharu!

Pada Mei 2022, Nando’s Malaysia memperkenalkan perisa paling menyengatnya – Vusa XXhot. Ia kaya dengan rasa, pedas dan pastinya mencabar kepada mereka yang berani mencuba!

MAKSUD VUSA DALAM BAHASA ZULU

Dalam bahasa Zulu, Vusa membawa maksud “keseronokan dan api.” Oleh itu,
penggemar-penggemar Nando’s tentunya dapat merasai pengalaman kedua-duanya
apabila mencuba menu terbaharu ini.


Vusa XXHot diperbuat menggunakan resipi tradisional yang memaparkan kombinasi cili
padi Afrika, lemon dan bawang putih. (Bahan ringkas, kami jamin. Tiada magma yang
ditambah untuk rasa hebat!).

Anda dapat merasai kepedasan dan keenakan serta semangat keberanian rakyat Afrika dalam setiap gigitan!

KEHEBATAN VUSA XXHOT

“Kami amat berbangga dan gembira melihat rakyat Malaysia menggemari rasa enak
ayam Nando’s.

Sama ada ia pilihan Lemon & Herb, Extra Hot atau yang di antaranya, pasti terdapat sajian enak yang boleh dinikmati segenap usia di restoran Nando’s.

Kali ini, kami berhasrat untuk menaikkan lagi kehebatan rasa menerusi Vusa XXHot yang
juga perisa paling pedas dan menyengat. Kami tahu bahawa rakyat Malaysia amat
menggemari hidangan yang pedas serta enak.

Oleh itu kami percaya perisa edisi terhad ini akan memberikan kekayaan rasa kepada pelanggan kami. Apa yang boleh saya sampaikan – Bersedia untuk merasai kehebatan rasa Vusa XXHot ini!,”

-kata Chai Hui Fung, Ketua Pegawai Komersial Nando’s Malaysia.

CABARAN BARU

Mulai sekarang hingga 4 September 2022, buat mereka yang berani dan ingin mengalami cabaran baharu boleh menikmati perisa Vusa XXHot bersama segenap hidangan Nando’s kegemaran anda.


Sejak tahun 1998, rakyat Malaysia menggemari Nando’s kerana hidangan ayam PERi-
PERi yang enak dan menyengat.

Di samping keselesaan dan suasana penuh warna- warni. Meriangkan diinspirasikan kepelbagai budaya Afrika Selatan yang juga negara asal Nando’s.

HARGA

Jangan lepaskan peluang untuk menguji tahap kepedasanya! Rasai Vusa XXHot Meal,
yang memaparkan ¼ ayam, dua hidangan sampingan dan satu minuman bottomless
pada hanya RM27.90.

Sebagai tambahan sajian itu, anda akan juga dapat menikmati Frozen Yogurt Bottomless pada harga RM2.90!

(Hanya disediakan di restoran-restoran Nando’s terpilih). Yogurt itu tentunya cara paling enak untuk melegakan kehangatan yang dirasai.

Website |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge