KLINIK N’MIRA, APA KELAINANNYA?

Pelancaran KLINIK N’MIRA Status Dari N’Mira Beauty Medispa Ke Taraf Klinik Estetik Dan Kecantikkan

Bermula dengan perkhidmatan spa dari rumah ke rumah pada tahun 2018, kini mampu tersenyum kerna berjaya membuka sebuah klinik estetik hak miliknya.

KLINIK N’MIRA

Dibuka sepenuhnya pada 1 Jun 2024 berlokasi di The Prime Dataran Puchong. ini menjadi bukti dedikasi, ketabahan jua semangat berpasukan pengasasnya, N’Mira Natasha.

Kalau dulu dikenali sebagai N’mira Beauty Medispa kini mengorak langkah baru dengan mengembangkan kepada klinik kecantikan.

PENGASAS

Nyak Amira Natasha Nyak Zurimin, sebagai pengasas klinik ini sempat berkongsi dimana ini menjadi saksi usaha gigih yang selama ini diusahakan.

Wajib memiliki seorang doktor pakar estetik bertugas maka Dr Fadhzillah Ashraf turut dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Klinik N’mira. Komiten kami adalah mengutamakan kecantikan dan kepuasan pelanggan bagi membantu lebih berkembang maju

MOTO ATAU SLOGAN

Berpandukan moto beliau iaitu “Kecantikan Anda Keutamaan Kami,” N’Mira berazam untuk mempertahankan legasi ini dengan memastikan semua orang berasa dialu-alukan dan selesa melangkah ke dunia estetika.

N’Mira memupuk suasana amanah dan pemahaman, di mana pelanggan seolah-olah diberi kuasa untuk menerima perjalanan kecantikan mereka tanpa rasa takut atau ragu-ragu. Melalui penjagaan peribadi yang terbaik, N’Mira kini berusaha untuk mencipta sebuah persekitaran di mana setiap orang berasa dihargai, dihormati dan selesa.

CABARAN

Transformasi Klinik N’mira daripada perkhidmatan berasaskan rumah kepada klinik yang berkembang maju turut berdepan cabarannya.

Namun dengan melalui semua kepayahan itu, dedikasi pasukan yang kuat membuatkan semangat yang tidak pernah goyah.  Selepas menunggu permohanan selama setahun untuk memastikan yang segala kriteria mahupun keperluan yang dipinta disiapkan akhirnya mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan [KKM}.

HARAPAN

Selain itu, kami berharap kehadiran mereka dipasaran dapat membantu memberi keyakinan terutama dalam penampilan dengan kecantikan dalaman mahupun luaran.

Berusaha meningkatkan keyakinan orang ramai dengan kelengkapan rawatan dari segi perubatan dan rawatan, doktor estetika yang pakar. Serta peralatan dan teknik yang optimum untuk kecantikan. 

Bakal meneruskan kesetiaan kepada pelanggannya dengan memberikan kepuasan melalui perkhidmatan yang terbaik dengan harga yang mampu milik.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge