#MILOSIAPSEDIAJUARA – MULAKAN HARI DENGAN SARAPAN BERKHASIAT, BEST!

#MILOSIAPSEDIAJUARA – MULAKAN HARI DENGAN SARAPAN BERKHASIAT, BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Membesar dengan MILO bukan baru dikalangan kita semua.

Selama lebih 70 tahun, MILO® telah berkongsi kebaikannya dengan rakyat Malaysia dan menjadi jenama isi rumah yang dihargai ramai.

#MILOSIAPSEDIAJUARA

MILO® kekal berusaha untuk membekalkan tenaga yang berpanjangan kepada rakyat Malaysia dengan ‘semangat juara’ . Mengukuhkan mesej kepentingan bersarapan pagi.

Raihlah tahun baharu dengan menikmati kebaikan MILO setiap hari untuk tenaga berpanjangan.

SARAPAN BERKHASIAT

Sarapan adalah sajian harian yang paling penting. Kajian MyBreakfast menunjukkan bahawa kira-kira 1 daripada 4 kanak-kanak yang bersekolah di Malaysia tidak bersarapan pagi.

“Kajian terbaru menunjukkan bahawa kira-kira 1/4 daripada tenaga simpanan badan kita akan digunakan selepas tidur semalaman.

Oleh itu bagi mengisi semula tenaga mereka, ia amat penting untuk bersarapan pagi yang berkhasiat dan seimbang bagi memulihkan kecergasan mereka,”

-kongsi Wong Mei Ching , Pengurus Nutrisi Korporat Kumpulan Nestlé Malaysia

CABARAN SEDIAKAN SARAPAN SIHAT?

Penyediaan sarapan yang sihat, seimbang dan berkhasiat  mungkin mencabar bagi segelintir ibu bapa, terutamanya mereka yang bekerja sepenuh masa.

Namun, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab dan penyayang, mereka akan selalu mengutamakan dan memberikan yang terbaik kepada anak-anak dalam segala aspek.

SECAWAN MILO®

Secawan MILO® yang panas merupakan pilihan sempurna untuk pagi anak anda. Kebaikan semula jadi dalam secawan MILO® .

Dirumus dengan formula khas untuk memenuhi keperluan nutrisi harian dan membekalkan tenaga berpanjangan untuk mereka kekal focus and aktif di sekolah. 

MILO® mengandungi kebaikan semula jadi daripada bahan-bahan terpilih termasuk Barli Malt, Susu dan Koko dengan gabungan unik vitamin dan mineral.

Memberikan anak anda tenaga berpanjangan pada waktu pagi dan satu permulaan hari yang tepat.

MILO® dianugerahkan dengan Logo Pilihan Lebih Sihat (HCL) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

KONGSI SHUIB SEPAHTU

“Setiap pagi, walau sesibuk mana pun, saya akan menyediakan sekurang-kurangnya secawan MILO® yang panas buat anak-anak.

Supaya mereka memulakan hari dengan tenaga yang diperlukan untuk kekal aktif dan fokus di sekolah sebelum waktu rehat, “

ujar artis tempatan, Shuib Sepahtu yang merupakan bapa tunggal kepada 4 anak.

LAIN PULA BUAT MEI YAN -JURUHEBAH RADIO

Juruhebah radio, Gan Mei Yan turut menyatakan bahawa beliau akan cuba sedaya upaya untuk menyediakan sarapan yang berkhasiat kepada anaknya.

Setiap pagi seperti yang dilakukan oleh ibu bapanya ketika di bangku sekolah dahulu.

“Dulu, ibu bapa saya sentiasa menyediakan secawan MILO® yang hangat pada waktu pagi sebelum saya ke sekolah.

Secawan MILO® yang diberikan ibu saya sangat penting untuk saya kekal bertenaga di sekolah. Itulah sebabnya apabila saya menjadi ibu sekarang.

Kini giliran saya pula untuk menyediakan MILO® untuk anak saya” tambahnya.

MULAKAN HARI ANDA DENGAN KEBAIKAN MILO®

Mulakan tahun ini  dengan menjuarai hari anda bersama kebaikan MILO® untuk memberi tenaga yang berkekalan dan meraih pencapaian yang lebih tinggi! 

Dengan secawan MILO® setiap pagi, setiap juara sudah bersedia untuk menjalani dan menjuarai hari kalian! Untuk melangkah lebih jauh segalanya tahun ini, #MILOSiapSediaJuara!

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge