BUFET BAZAR RAMADAN-HILTON KL, APA YANG BEST?

BUFET BAZAR RAMADAN – HILTON KL, APA YANG BEST?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ramadan dah hampir tiba, dah riki riki ke tempat nak berbuka puasa dengan orang tersayang.

Ini dikongsikan lokasi untuk berbuka puasa yang insyallah puas hati dan kenyang sampai malam.

BUFET BAZAR RAMADAN

Ini adalah sebahagian daripada kempen ‘Citarasa Serantau’ yang dianjurkan oleh rangkaian hotel Hilton seluruh Malaysia. Diinspirasikan oleh keunikan budaya dan warisan tempatan

Ia juga menonjolkan juadah kegemaran di negara-negara jiran seperti Indonesia dan Thailand.

PELBAGAI JUADAH DISEDIAKAN

Menu-menunya akan ditukar setiap minggu bagi memberi kelainan kepada pelanggan yang datang berbuka puasa di sini.

BUFET BAZAR RAMADAN- HILTON KL

“Hotel kami sangat gembira dapat menawarkan pengalaman makan malam sepanjang bulan Ramadan kepada pelanggan-pelanggan kami.

Konsep Bufet Bazar Ramadan adalah satu konsep yang memang dinanti-nantikan oleh pelanggan kami pada bulan Ramadan kerana pelbagai juadah menarik akan ditawarkan pada mereka.

Di Hilton Kuala Lumpur, kami akan memastikan semua juadah disediakan mengguna bahan-bahan yang segar,berkualiti tinggi dan pastinya sesuai dengan citarasa pelanggan kami.

Jadi kami mengalu-alukan kedatangan semua ke Vasco dan cipta memori Ramadan bersama-sama kami”

-kata Linda Pecoraro, Pengurus Besar Hilton Kuala Lumpur.

ANTARA JUADAH SIGNATURE PREMIUM

Vasco juga menawarkan juadah signature premium yang berbeza dengan hotel sedia ada.

Antara juadah premium itu adalah Laksa Goreng dengan New Zealand Mussel Meat, Udang Harimau Masak Sambal Nenas.

Daging Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Pegaga dan Sauteed Chinese Chili Mud Crab.

Selain itu, Seekh Kebab, Steamed Baked Australian Whole Lamb ‘Kerutuk’ Spiced, Biryani dan Saffron Egg, Lamb Shank Mandi, Tauhu Begedil Sambal Rawit

Nak kelainan cuba Penne Seafood Belado Sauce, Roti John, Burger Meleleh Marble 8, Popia Soft Shell Crab dan Mushroom Mozzarella

Oden Thai Pedas dan banyak lagi juadah yang enak lagi menyelerakan.

PENCUCI MULUT

Pelanggan juga pastinya akan tertarik dengan juadah pencuci mulut yang istimewa seperti Sticky Date Pudding dengan sos Karamel, Serawa Pulut Durian, Durian Goreng.

Bomboloni and Red Velvet Doughnut, Buko, Mini Apam Pokedot, Durian Crepe dan Batik Cheese Indulgent.

Kesemua juadah signature di Vasco ini bukan sahaja diminati ramai malah disediakan dengan cermat untuk menambah pengalaman menikmati hidangan di Vasco.

Sambil makan, pelanggan akan dihiburkan dengan persembahan secara langsung oleh busker yang akan mendendangkan lagu-lagu menarik.

MASKOT COMEL PUN ADA

Selain itu, pelanggan juga akan ditemani oleh dua maskot yang comel, Abam dan Cik Ros yang pastinya menjadi tumpuan kanak-kanak.

HARGA BUFET BAZAR RAMADAN

Tahun ini harga berbuka puasa adalah RM228.00 dewasa dan RM114 kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun. Untuk yang berusia bawah 5 tahun PERCUMA .

Harga istimewa bagi tempahan awal dan juga Buy Two Get One Free pun ada bermula 22 Mac-28 Mac dan 15 April -21 April . Tempahan melalui

Website| Contact : +03 2264 2264 | Email:

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge