Miliki Hari Yang Barakah Dengan MILO®

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

MILO® ingin menggalakkan rakyat Malaysia untuk beramal bersama-sama melalui kempen Miliki Hari Yang Barakah Dengan MILO® supaya dapat bantu memberikan sarapan pagi yang berkhasiat kepada mereka yang kurang berkemampuan pada bulan Ramadan yang mulia ini.

Miliki Hari Yang Barakah Dengan MILO®

 

“Pada ketika ini, kami sedang bekerjasama dengan 15 rumah dan persatuan yang mempunyai ahli kanak-kanak dan tanggungan yang amat memerlukan bantuan, dan kami ingin membantu lebih ramai lagi. Bulan Ramadhan merupakan masa untuk muhasabah diri dan beramal. Kempen kami menyeru kepada rakyat Malaysia untuk menyumbang kepada golongan yang kurang berkemampuan akibat keadaan yang di luar kawalan mereka,”kata Philomena Tan, Pengurus Eksekutif MILO® Unit Perniagaan di Nestle (Malaysia) Berhad.

Miliki Hari Yang Barakah Dengan MILO®

Di antara 6 Jun hingga 5 Julai 2016, MILO® akan berkerjasama dengan TESCO dan Lazada supaya rakyat Malaysia boleh sama-sama membantu mereka yang kurang berkemampuan melalui kempen ini. Bagi setiap 100 mata yang terkumpul daripada pembelian produk MILO®, satu Bakul Sarapan Nestlé akan didermakan kepada rumah- rumah dan persatuan kebajikan.

Bakul Sarapan Nestlé

Setiap Bakul Sarapan Nestlé direka untuk memberikan bekalan sarapan pagi yang berkhasiat untuk seorang penerima selama sebulan. Bakul ini termasuk paket serbuk MILO®, Susu Tepung Nestlé Everyday®, paket Nestum®, paket Bijirin Sarapan MILO®, dan MILO® UHT.

“Kami ingin menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyertai kempen Miliki Hari Yang Barakah Dengan MILO® pada bulan Ramadhan ini. Setiap pembelian akan membantu dan menyokong persatuan-persatuan dan rumah-rumah kebajikan ini dengan membekalkan sarapan pagi yang berkhasiat agar setiap penerima turut mendapat nutrisi dan mempunyai tenaga yang mencukupi untuk Memiliki Hari Yang Barakah mereka” sambungnya lagi.

Miliki Hari Yang Barakah Dengan MILO®

 

Penerima Kempen Miliki Hari Yang Barakah Dengan MILO®

Di antara penerima-penerima kempen Miliki Hari Yang Barakah Dengan MILO® adalah Children’s Home of Hope (NCSM), Pertubuhan Kebajikan Waja Home, Pusat Jagaan Kanak- Kanak Down Syndrome & Hyper Active, Pertubuhan Kebajikan Yesuvin Mahligai (YM) Selangor, Persatuan Kanak–Kanak Cacat Klang Selangor, Pusat Jagaan Budaya Harapan, Pusat Jagaan Mesra Limpahan Kasih, Puchong, Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor;Wilayah Persekutuan, Pure Life Society, Dignity for Children, Persatuan Rakyat Miskin Malaysia, Persatuan Orang Yang Amat Cacat Akal, Selangor & Wilayah Persekutuan, Persatuan Rakyat Miskin Malaysia.Miliki Hari Yang Barakah Dengan MILO®

“Amalan memberi dan membantu mereka yang kurang berkemampuan adalah sifat murni yang telah berakar umbi dalam budaya dan kepercayaan kami semasa bulan Ramadhan. Sebarang derma, tidak kira banyak atau sedikit, apabila diberi dari hati akan diberkati. Kami amat bersyukur dan gembira melihat permulaan kempen ini. Kami ingin terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan mereka serta MILO® kerana memainkan peranan penting dalam menjayakan kempen ini,” Simon Santhanasami wakil dari Persatuan Kanak–Kanak Cacat Klang Selangor berkongsi.Miliki Hari Yang Barakah Dengan MILO®

“Pengambilan MILO® pada waktu sahur bukan sahaja mudah, tetapi juga melengkapkan hidangan dengan membekalkan khasiat yang mencukupi. Ia mudah untuk diminum pada waktu awal pagi, mengenyangkan dan membantu memberikan tenaga untuk memulakan hari ketika berpuasa”  jelas Cher Siew Wei, Pengurus Pemakanan Korporat, Nestlé (Malaysia) Berhad. Miliki Hari Yang Barakah Dengan MILO®

Masih ramai tidak sedar bahawa kita kehilangan 80% daripada tenaga simpanan kita selepas berjam-jam tidur. Badan kita perlu menggantikan kembali tenaga yang hilang dengan pemakanan yang seimbang pada waktu pagi supaya kita mempunyai tenaga yang mencukupi untuk mencapai prestasi fizikal dan mental, lebih-lebih lagi di bulan puasa. Sejak lima tahun yang lepas, MILO® telah memperjuangkan kepentingan sarapan pagi supaya kita memahami bahawa khasiat yang mencukupi dan berkekalan adalah keperluan penting, terutama pada bulan mulia Ramadhan. Kami menggalakkan rakyat Malaysia menyertai kami dalam membantu mereka yang kurang berkemampuan dan kami juga berharap mereka amalkan sahur setiap hari,” kata Tan.

Pada team Nestle syabas diatas permulaan kempen Miliki Hari Yang Barakah Dengan MILO®. Moga segalanya berjalan dengan lancar dan suksess. Inginkan maklumat lanjut layari

Website Milo

#kitepunye #kitepunyedotcom #milo #milikihariyangabarakahdenganmilo

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge