SAGACLOUD MAHU JADI PELAPOR PERISIAN AWAM DI MALAYSIA, AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah itu SagaCloud? Adakah ianya satu syarikat, perkhidmatan ataupun makanan/minuman?
SAGACLOUD
Sistem pentadbiran kerajaan semakin mampu menyesuaikan diri dengan sistem teknologi. Ini termasuk penyimpanan dan penggunaan data, serta bergantung pada sumber digital untuk maklumat dan perkhidmatan.
Perisian awan ini ditawarkan penggunaannya ke agensi kerajaan persekutuan dan negeri, syarikat-syarikat baik kerajaan. Mahupun swasta, majlis- majlis tempatan serta masjid-masjid dan surau di Malaysia.
Maka dengan pelancaran SagaCloud oleh Leadcom Group of Companies pada 1 Jun 2023, diharapkan dapat memenuhi keperluan negara.
Terutama yang sedang meningkatkan perkhidmatan e-kerajaan kepada rakyat dan merangka rancangan pembangunan ekonomi digital.
-kongsi Datuk Samsul Husin, pengasas platfom solusi dalam talian SagaCloud
TEKNOLOGI PENGKOMPUTERAN AWAN
Bakal berfungsi sebagai salah satu pemboleh utama dalam peralihan ini. Secara tak langsung membantu menyampaikan perkhidmatan kerajaan melalui saluran yang lebih pantas, berkesan, dan kos efektif.
SagaCloud pastinya menjadi pilihan utama memandangkan konsepnya yang MUDAH, MURAH dan MESRA.
Turut hadir dalam majlis pelancaran SagaCloud adalah rakan-rakan strategik Leadcom antaranya Deputy CEO, The Eceo’s Sdn Bhd, Encik Ahmad Nizar, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Starvission Sdn Bhd, Encik Lim Beng Cheang.
Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia, Putrajaya, Datuk Sri Khanafi Husin, Pengasas Open Soft Technologies Sdn Bhd, Encik Mazlan dan Ahli Lembaga Pengarah Leadcom Group of Companies, Encik Kamal.
ADA PAKEJ MENARIK?
Apa yang menarik mengenai SagaCloud ini adalah:
- Pengguna tidak perlu membeli sebarang bentuk perkakasan dan perisian. Hanya perlu melanggan melalui pembayaran bulanan
- Tiada perbelanjaan modal
- Tiada perbelanjaan penyelenggaraan
- Tiada perbelanjaan kemas kini setiap 5 tahun
Malah Sagacloud akan diletakkan di pusat data di Malaysia dengan jaminan SLA 99.9%.
ADA ALA CARTE JUGA
Modul-modul yang ditawarkan pula adalah secara Ala Carte, di mana pelanggan boleh memilih modul yang diperlukan mengikut keperluan mereka.
Juga secara berperingkat melaksanakan modul-modul baharu mengikut kehendak dan masa yang sesuai.
OBJEKTIF SAGACLOUD DITUBUHKAN
Datuk Samsul Husin turut berkongsi objektif penubuhan SagaCloud iaitu:
- Menyediakan pilihan terkini untuk Sistem Kewangan, Perakaunan, Pengurusan dan Akruan.
- Membantu mengurangkan kos operasi bagi agensi dengan mengesyorkan sistem dengan modul yang bersesuaian.
- Membantu dalam menyebarkan amalan terbaik dan perkembangan terkini dalam perakaunan melalui teknologi awan.
- Bertujuan untuk mempromosikan penggunaan Teknologi Awan dalam SAGA
MODEL YANG MENDAPAT PERMINTAAN RAMAI
Beliau juga menekankan bahawa pengkomputeran awan adalah model yang membolehkan capaian rangkaian atas permintaan di mana-mana tempat dengan mudah,.
Kepada sumber-sumber pengkomputeran yang boleh dikonfigurasi seperti rangkaian, pelayan, storan, aplikasi, dan perkhidmatan.
“Penjimatan kos adalah salah satu faedah utama pengkomputeran awan kerana ia menyediakan lebih banyak ruang penyimpanan maklumat.
Perisian dan sistem akan dikemas kini dengan kerap tanpa melibatkan kos penyelenggaraan yang tinggi,”
CLOUD COMPUTING
Buat masa kini banyak syarikat-syarikat besar yang sudah menggunakan Cloud Computing sebagai ruang untuk pekerja-pekerja berkongsi data sewaktu menjalankan tugas.
Tanpa perlu bertemu wajah, namun tetap dapat berinteraksi dengan pihak-pihak yang berkaitan.
“Mereka juga menggunakan Cloud Computing sebagai tempat untuk menyimpan data-data penting. Ia mengurangkan penggunaan kertas, masa, tenaga, dan wang,”
FLEKSIBILITI TAK?
Dari segi fleksibiliti, pengkomputeran awan dapat mengurangkan kebimbangan kerajaan mengenai sumber-sumber yang terhad, seperti pelayan dan perkakasan, serta memperbaharui perisian dan menjaga keselamatan data dengan lebih mudah.
Pengkomputeran awan juga memudahkan proses penambahan dan perubahan perkhidmatan tanpa memerlukan penambahan atau pengalihan fizikal.
” Teknologi awan juga membantu meningkatkan kerjasama antara agensi kerajaan dengan menghapuskan had komunikasi model IT tradisional dan menjadikannya lebih pantas.
Ia memudahkan perhubungan dan komunikasi antara pekerja yang bekerja di lokasi yang berbeza untuk mengakses maklumat, berkolaborasi dengan ahli pasukan, dan kakitangan utama.”
PLATFORM PERISIAN AKAUN
Dengan pelancaran SagaCloud, Malaysia kini mempunyai platform perisian akaun di dalam platform awan yang inovatif dan maju. SagaCloud memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan perkhidmatan rakyat e-kerajaan dan memacu pembangunan ekonomi digital negara.
SagaCloud bukan sahaja menyediakan pilihan terkini dalam sistem kewangan, perakaunan, pengurusan, dan akruan, tetapi juga membantu mengurangkan kos operasi agensi dengan menyediakan modul yang sesuai.
Dalam masa yang sama, ia memperkemaskan penggunaan teknologi awan dan menyebarkan amalan terbaik dalam bidang perakaunan.
MANFAAT PENJIMATAN KOS
Menggunakan teknologi pengkomputeran awan, SagaCloud memberikan manfaat penjimatan kos, fleksibiliti, dan peningkatan kolaborasi di kalangan agensi kerajaan.
Memudahkan peralihan ke era digital dengan menyediakan saluran komunikasi yang lebih cepat, efisien, dan efektif.
Diharapkan SagaCloud akan menjadi pemangkin kepada transformasi digital negara dan memberikan impak positif kepada perkhidmatan awam dan ekonomi digital.
Malaysia akan terus maju dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih baik, efisien, dan berdaya saing kepada rakyat.
SagaCloud merupakan langkah ke hadapan dalam memanfaatkan potensi teknologi awan untuk membangunkan negara. Jadi sudah masanya untuk melangkah ke era baru yang penuh dengan peluang dan inovasi.