Menginap di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur Semua Pun Ada!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Menginap di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur Semua Pun Ada!| Pernah terfikir nak cuba menginap di hotel dalam Kuala Lumpur. Nak cuba rasai pemandangan Kuala Lumpur di waktu malam dan pada yang sama dapat berhibur. Kali ini menginap di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur.

Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur.

Hotel ini adalah hotel 5 bintang dan berdekatan dengan pusat membeli-belah dan paling legend dengan PWTC melalui jambatan penjalan kaki.

Hotel ini dijuga dikatakan antara hotel yang menjadi pilihan para pelancong sewaktu bercuti kerana kemudahan yang ada terutama sekali pengangkutan awam.

Dari koridor yang luas dan bersih, menepati apa yang KP inginkan tapi bagaimana dengan bilik yang bakal menginap malam ini? Jom usha nak

Dari gambar ini pasti dah boleh teka yang bilik KP katil macam mana bukan ? Lain sedikit dimana KP menginap di Deluxe Room Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur.

Perkara pertama selepas masuk bilik adalah Hotel Directory. Ini penting untuk mendapatkan maklumat tentang tempat yang bakal di jelajah atau ronda nanti.

Masuk pintu sahaja ada cermin besar dari atas ke bawah. Ini untuk anda yang suka OOTD mesti sukakan sebab anda boleh ambil seluas mana untuk bergambar. Lebih kurang 4 cermin besar dan mengadap bilik air jua pintu masuk/keluar

Antara chaneel yang ada ditawarkan sewaktu menginap di sini. LCD TV bukan sesuatu yang baru di mana-mana hotel .

Yang membezakan adalah rancangan yang ditawarkan. Ada yang menawarkan ‘basic’ rancangan TV sahaja

Memandangkan penginapan kali ini lebih pada berkerja dari bercuti. Ini diantara keperluan yang perlu ada untuk membuat segala kerja. Meja yang luas, siap dengan lampu meja jika tidak mahu mengganggu rakan atau ahli keluarga yang menginap sekali. WIFI kuat sei hingga KP tak sedar KP siap sampai jam berapa

Dah siap kerja KP lepaskan penat di sofa bermain game di handphone dan mencari berita terbaru di sosial media platform.

Cozy tak cozy tapi boleh terlelap juga tau sebab aircond sejuk.

Kebetulan masa KP check in, hujan lebat dengan kilat petir sabung-menyabung. Itu tidak mematahkan semangat KP untuk tidak enjoy dengan percutian singkat ini. Haa. kenapa 2 katil sebab kali ini KP bawa sefamily datang .

So Irfan request untuk kali ini ‘boy tidur dengan boy’ dan ‘girl tidur dengan girl’. Ikutkan sahajalah.

Pemandangan yang diambil selepas hujan lebat. Tinggikan tempat kami bermalam kali ini

Irfan yang sibuk ambil gambar ini untuk tunjukkan yang itu KLCC dan itu Menara KL. Dekat rupanya kedua-dua bangunan pencakar langit ini.
Tidak lengkap jika tiada kemudahan membuat air panas. Teh , nescafe , air mineral biasa adalah ‘complimentary’.

Wajib ada didalam semua bilik. Tak ada seperti tak lengkap hidup bila bawa baju dalam beg habis renyuk atau kedut. Dengan adanya sterika senang sikit dan bolehlah lagi melawa. Tak perlu segan dengan baju kedut ahahahh. Tshirt pun gatal nak gosok kalau boleh

Kena siap cepat weii , nak pergi dinner dan kemudian tengok movie. Dah duduk kat hotel nak layan movie pulak ke? Yes, layan movie di TGV Sunway Putra Shopping mall.

Alah, bersebelahan dengan hotel yang kite menginap sekarang nie, jadi tak perlu nak drive cuma jalan kaki sahaja.

Kalau bercuti memang akan bawa beg toiletries andai kata hotel tak sediakan. di sini siap dengan berus gigi, shower cap, sanitary bag. Kan best kalau ada sewing kit dan comb sebagai tambahan ..

Dalam bilik mandi tersusun rapi bath gel, shampoo dan conditioner untuk anda

Suka nao dengan corak lantai dalam bilik air ini. Sejuk mata memandang dan lagi sejuk bila mandi .. Oppss..!!

Jadinya cerita sampai sini dulu nanti kite kongsi lagi apa yang kite buat sewaktu menginap di sini. singgahlah kat entri yang sebelum ini ya.

Untuk sebarang reservation atau maklumat lanjut

03 4040 9888|Email |Website |Facebook

Entri ini adalah throwback percutian kami sehari sebelum ayah mertua pergi menghadap Allah SWT. Lama menanti masa yang sesuai untuk berkongsi percutian kami. Harap maaf diatas kelewatan ye.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge