MEGA ZIKIR TERAPI 4 PALESTINE: HARMONY FOR HUMANITY – LIVE ISTANA BUDAYA!| Sebelum ini pernah diadakan konsert zikir terapi 4 di Zepp KL pada 16 September 2023.

MEGA ZIKIR TERAPI 4 PALESTINE:

Memahami akan situasi terkini, ramai-ramai bergabung untuk mengadakan konsert berskala besar khas buat saudara seislam di Palestin.

Bakal diadakan di pentas berprestij Panggung Sari, Istana Budaya pada 5 Januari 2024.

MEGA ZIKIR TERAPI 4 PALESTINE:

KONSERT CROWDFUNDING

Mega Zikir Terapi 4 Palestine: Harmony for Humanity – LIVE di ISTANA BUDAYA merupakan satu konsert berkonsepkan crowdfunding .

Dianjurkan oleh Persatuan Cinta Gaza Malaysia yang dipelopori oleh Tuan Nadir Al-Nuri dalam perjuangannya membina semula kawasan di Genting Gaza.

MEGA ZIKIR TERAPI 4 PALESTINE:

Juga turut serta Niyat Group yang berpengalaman besar dalam penganjuran konsert – konsert Islami sebelum ini seperti di Malaysia, Morocco, Mesir dan United Kingdom.

TANGKIS STIGMA MASYARAKAT

*Sebut sahaja konsert, orang selalu kaitkan dengan perkara-perkara yang tidak baik sedangkan jika dilakukan dengan cara yang betul, banyak manfaat yang boleh kita nikmati.

MEGA ZIKIR TERAPI 4 PALESTINE:

Inilah peluang dan masa mereka datang beramai-ramai untuk membeli tiket, menghayati pengisian rohani sambil menderma sebagai tanda solidariti untuk saudara-saudara kita di Palestin,” 

-jelas Dr. Fitri Haris, perunding dan juga pengarah konsert.

MALAM PERSEMBAHAN

Sebanyak 15 trek yang mengandungi 7 buah alunan zikir dan 8 lagu akan dipersembahkan pada malam konsert.

Diketuai oleh kumpulan nasyid yang terkenal dan tular dengan Doa Qunut Nazilah nyanyian Kumpulan Nasyid UNIC.

MEGA ZIKIR TERAPI 4 PALESTINE:

Istimewanya, artis-artis tanah air yang akan muncul di dalam konsert tersebut dibawakan oleh NGO dan syarikat rakaman masing-masing secara percuma bagi menjayakan konsert ini.

PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA

Antara yang terlibat adalah Pertubuhan Peduli Insan Malaysia yang membawakan artis-artis UNIC, Inteam dan Ustazah Farhatul Fairuzah, Syria Care yangmenampilkan Furqan Fawwaz dan ramai lagi.

SEAWAL JAM 10 PAGI

Orang ramai dijemput datang seawal jam 10 pagi kerana ada pelbagai aktiviti dan pengisian yang disediakan.

Antaranya pameran, pertandingan, reruai jualan dan sebagainya sepanjang hari sebelum konsert bermula pada waktu malam.

MEGA ZIKIR TERAPI 4 PALESTINE:

Konsert ini dijangka menerima kehadiran tetamu-tetamu elit, usahawan dan ahli-ahli kenamaan. Rakan-rakan strategik antaranya Starvilion, Syria Care, Zayan, Peduli Insan, Wild Studio dan juga MyTicket Asia.

HARGA TIKET

Sasaran kutipan bagi pembangunan dan tabung kecemasan Palestin bagi konsert ini adalah RM1 Juta ringgit dalam satu konsert.

Jualan tiket bermula pada 6 Disember 2023. Hasil daripada pembelian tiket konsert akan disalurkan 100% sepenuhnya ke Tabung Cinta Gaza Malaysia. Boleh didapatkan menerusi laman web

Website

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge