FILEM ‘SAZALI MEOR COCO’ DITAYANG DI ASIAN CONTENT & FILM MARKET BUSAN, KOREA!| Wow, Menarik nie dimana filem ini antara yang ditayangkan di Busan, Korea.

FILEM SAZALI MEOR COCO

Syarikat penerbitan filem & TV, Aquila Emas Sdn Bhd telah mengadakan tayangan perdana filem sulung terbitannya iaitu SAZALI MEOR COCO bertempat di sebuah pawagam terkemuka di ibukota, malam tadi.

DITAYANG DI BUSAN, KOREA

Menurut Encik Syarizan Md Isa, Pengarah Urusan Aquila Emas Sdn Bhd, filem ‘Sazali Meor Coco’ telah ditayangkan secara rasmi di Asian Content & Film Market (ACFM), Busan Korea.

Pada 7 hingga 10 Oktober 2023 yang lalu bersempena dengan Busan International Film Festival.

“ACFM memberi pendedahan kepada saya kepada trend, permintaan pasaran antarabangsa dan peluang usahasama dengan syarikat penerbitan dan pengedaran filem di luar negara.

Lanjutan daripada itu beberapa siri perbincangan usahasama sedang dilaksanakan hingga hari ini”

-kata Syarizan Md Isa.

FILEM SULUNG ZIZAN NIN

Zizan Nin berpengalaman selama 25 tahun dalam bidang lakonan dan mengarah beberapa telemovie khas.

Seperti A Christmas Hug, Papa Jinak Singa, Api Cinta Ramadan dan Opah Jangan Lupa, untuk siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Akhirnya diberi kepercayaan untuk duduk di kerusi Pengarah filem Sazali Meor Coco.

PERNAH MEMENANGI ANUGERAH

Beliau merupakan pemenang anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Lelaki (Anugerah Skrin 2014) melalui filem ‘Tanda Putera’ . Pelakon Harapan Lelaki (FFM ke-20) melalui filem ‘Cinta Terakhir’.

Beliau yakin dengan bakat-bakat baru serta mempertaruhkan Syazani Zikry,  Shahradhy, Iman Zulkarnain sebagai tunjang utama filem ini.

Menurut Zizan, filem ini memberi kepuasan kepada dirinya sebagai pengarah untuk berkarya.

Disamping dapat mencungkil bakat-bakat baru yang berpotensi sebagai barisan pelakon pelapis di masa hadapan.

MENGENAI INFLUENCER

“Filem ini mudah untuk difahami oleh para penonton dan konflik yang dipaparkan amat relevan dengan situasi masa kini iaitu ditindas disebabkan kurang ilmu dan pengalaman.

Termasuk kemiskinan bandar, penderaan kanak-kanak, orang gelandangan dan pempengaruh (influencer) menjadi popular disebabkan ledakan pengaruh media sosial” 

-kata Zizan Nin.

WATAK SAZALI MEOR COCO

 “Semoga para penonton berpusu menonton filem ini di pawagam kelak . Bakal menghiburkan dan bersahaja” kata Syazani Zikry yang memegang watak Sazali

“Saya teruja kerana filem ini merupakan penampilan sulung saya di layar lebar.” Tambah Shahradhy pula yang memegang watak Meor

“ Selain daripada berlakon sebagai watak Coco, saya juga menyanyi empat buah lagu dalam filem ini.” Menurut Iman Zulkarnain yang memegang watak Coco  

OST FILEM

Dalam majlis ini, tetamu turut diperdengarkan dengan enam buah lagu daripada “Digital Soundtrack Album Tetiber”.

OST “Tiga Raga” yang mendapat sentuhan an award winning komposer terkenal tanahair dan antarabangsa iaitu Zee Avi dan Sharon Paul.

TERIMA KASIH

Majlis ini turut mendapat tajaan JL99 Group, Megat Sharezman & Clean Slate Facial Bar bagi meraikan para tetamu yang hadir.

Aquila Emas Sdn Bhd mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Media Cetak dan Media Elektronik, Blogger, Influencer, Tiktoker, Youtuber.

Dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak untuk mempromosikan ini yang akan menemui penonton di seluruh pawagam pada 16 November 2023.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge