SOOKA TAWAR PEK TERBAHARU DARI RM14.90 SEBULAN, BEST!| Eh murahnya, cuma dari RM14.90 dan banyak pilihan saluran pula tu.
SOOKA
Khidmat penstriman terkemuka Malaysia telah melancarkan pek serba baharunya dengan harga promosi yang menarik, ciri-ciri baharu dan lebih banyak kandungan.
Kini rakyat Malaysia boleh menonton sebahagian kandungan sooka secara PERCUMA, seperti pratonton acara sukan langsung & hiburan, serta saluran terpilih.
APLIKASI PENSTRIMAN
Juga merupakan satu-satunya aplikasi penstriman Malaysia yang menawarkan (the widest range of) saluran sukan (secara langsung)
Jika dibandingkan dengan aplikasi penstriman yang lain, jelas sekali sooka menang dari segi penawaran saluran kandungan sukan.
Yang mana kita sedia maklum saluran ini tidak ditawarkan pada kebanyakan aplikasi penstriman yang ada di Malaysia.
INGIN KANDUNGAN FLEKSIBEL
Namun keterujaannya bermula apabila para pelanggan mendaftar untuk salah satu pakej kandungan fleksibel sooka.
Termasuk pakej 24-Hour, Entertainment, Liga Malaysia + Entertainment, All Sports + Entertainment dan Premium yang bermula dari RM 14.90.
PERCUMA KANDUNGAN SUKAN?
Untuk meraikan pelancaran, kesemua kandungan sukan SECARA LANGSUNG boleh ditonton secara PERCUMA sepanjang 2 dan 3 Disember.
Barisan kandungan sukan SECARA LANGSUNG yang luas termasuk Premier League, Liga Malaysia, Formula 1, NBA, Kejohanan Badminton BWF, Jelajah Tenis ATP, MotoGP, UFC dan banyak lagi.
GABUNGKAN SIARAN LANGSUNG & ON DEMAND
“Memandangkan permintaan bagi penstriman dalam talian yang fleksibel terus meningkat, sooka bertekad untuk menyediakan kandungan yang disesuaikan khusus untuk para penonton.
Menggabungkan siaran secara langsung dan On Demand yang memenuhi kehendak pengguna di semua pasaran sasaran.
-Euan Smith, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro.
Setakat ini terdapat 1.5 juta pengguna berdaftar di sooka, dengan 60% daripada mereka menonton kandungan sooka menerusi telefon mudah alih.
Kami yakin pek dan harga baharu sooka bakal mencatatkan pertumbuhan lebih kukuh bagi perkhidmatan ini pada tahun 2024.”
ALL STARS GEGAR VAGANZA PUN ADA
Para pelanggan boleh menyaksikan Konsert Akhir All Stars Gegar Vaganza (GV10) yang dinanti-nantikan pada 10 Disember dan program pencarian bakat Malaysia menerusi Hero Dewi Remaja 2023.
Satu siri baharu juga akan dilancarkan di sooka, iaitu Syurga Itu Bukan Mudah.
UNTUK KANAK- KANAK ADA TAK?
Rancangan menarik kanak-kanak seperti Didi & Friends, Hello Pinkfong, dan Super Nabil akan menghimpunkan seisi keluarga manakala filem-filem Cina dan Korea.
Rancangan beraneka seperti The Queen’s Ploy dan A Journey to Love dan Night Has Come pasti menarik perhatian penggemar rancangan hiburan Asia.
SOOKA GOT ALL
Pakej-pakej baharu ini memberikan fleksibiliti kepada para pelanggan untuk memilih hiburan yang paling sesuai dengan gaya hidup dan citarasa tontonan masing-masing.
TONTON SERENTAK
Kini kandungan Sukan, Hiburan dan Kanak-kanak semuanya boleh ditonton di sooka dengan keupayaan menikmati rancangan-rancangan ini secara serentak.
Bukan satu tetapi sehingga tiga skrin dan dengan resolusi lebih tinggi – semuanya dengan pengalaman tontonan yang lebih premium.
HARGA PAKEJ
Peminat sukan boleh memilih pakej All Sports + Entertainment untuk menyaksikan semua acara sukan secara SIARAN LANGSUNG RM 34.90. Liga Malaysia + Entertainment pada harga RM28.90 sebulan.
Tonton rancangan kegemaran samaada sukan secara SIARAN LANGSUNG di skrin besar dengan pakej Premium, tanpa iklan pada harga promosi RM49.90 sebulan (asal RM84.90)
Pek Entertainment berpeluang menyaksikan drama-drama tempatan dan Asia, rancangan beraneka dan realiti dengan langganan hanya RM14.90 sebulan (asal RM15.90)
Hiburkan hati secara terus-menerus dengan Pas 24 jam dimana dapat menonton semua kandungan sukan, hiburan dan kanak-kanak pada hari pilihan mereka dengan hanya RM12.90 sehari.