Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Mamee Chef Lontong, Tak Perlu Tunggu Raya Nak Makan Lontong |Lemang, ketupat dan Rendang antara menu wajib atau hidangan wajib yang peril ada dipagi Hari Raya. Makanan kegemaran KP di pagi raya WAJIB ada lontong. Lontong bila di makan dengan kuahnya di masak cara tradisional, KP sendiri boleh menikmatinya dalam 2-3 mangkuk.

Kenapa mesti lontong ? Ada cerita di sebaliknya. Ianya bermula di zaman kanak-kanak KP tidak mengemari kari yang mempunyai sayur-sayuran. Kebetulan balik ke rumah atuk di Kuantan, cuma ada nasi impit dan kuah lontong( cukup semangkuk untuk KP). Nak tak nak KP terpaksa makan sebabkan lapar yang sangat. Oleh sebab tidak menggemari kari yang mempunyai sayuran KP makan dengan menguis-guis sayuran itu supaya dapat makan kuahnya sahaja tanpa sayuran( nak makan punya pasal).

Atuk apabila terlihat akan kelakuan KP dengan selamba mengatakan jika habis semangkuk lontong ini, KP dapat duit raya RM 100. Tanpa berlengah apa lagi kerana zaman kanak-kanak RM 100 itu besarkan, jadi nak tak nak KP habiskan juga. Mulai dari hari itu setiap tahun apabila di Hari Raya dan KP terlihat lontong teringat kisah lama. Teringat bagaimana atuk sanggup memasak lontong buat KP dan hidangkan khas buat KP. Rindu arwah Atuk..

9

Jadi tanpa lontong di pagi raya memang tak lengkap pula juadahku. Kebiasaan lontong di hidangkan bersama nasi impit, kuah kacang, mahupun sambal sotong. Jika tidak pandai memasak tidak perlu risau kerana dengan #mameecheflontong  pastinya boleh menikmati juadah lontong bila-bila masa dan paling penting sekali MUDAH DI MASAK – SENANG DAN CEPAT

Kalau di social media #mameechefflontong, antara yang menjadi trending sekarang ini. Buat yang tidak berapa pasti #mameecheflontong  sebenarnya adalah mee segera. #mameecheflontong  adalah hasil tangan oleh chef tersohor Chef Ismail. Chef memberitahu yang ini antara resipi yang terbaik pernah di hasilkan dengan menggunakan mi tarik asli.

1

#mameecheflontong  kali ini memang mempunyai kelainannya. walaupun mee segera tetapi masih lagi terasa kuah tradisional lontong yang di masak pagi raya. KP kalau memasak pastinya KP akan menambah lebih bahan-bahan.
Jom kite tengok macamana KP masak #mameecheflontong
menu : #mameecheflontong versi KP
Bahan-bahan:
2 paket Mamee Chef perisa lontong
1 keping tauhu
4 keping tofu kering
6 biji fishball
2 biji telur

10Mamee Chef – Pastikan pilihan perisa lontong . Jangan risau kerana ianya disertakan dengan cili dan sayuran
9Sedikit informasi buat yang pertama kali memasak #mameecheflontong

Biru- perencah

Kuning- Krimer

Transparent – Cili dan sayuran
4 Tauhu di potong nipis agar mudah di masak5 Kalau makan lontong wajib ada tofu kering, bila kuah yang di masak di serap ke tofu memang terbaik . Potong nipis nipis juga 6 Fishball – untuk mempelbagaikan bahan-bahan 7 2 biji telur- rebuskan telur ini . Untuk di jadikan hiasan dan kemudian makan semestinya8 Cara-cara memasak

Panaskan kuali atau periuk dan masukkan air dalam 1000ml. Masukkan mee yang terdapat dalam paket #mameecheflontong  Pastikan ianya mendidih3 Kemudian masukkan paket biru – perencah , transparent- cili dan sayuran. gaulkan semua hingga sebati. Masukkan paket kuning krimer mengikut suka. Jangan terkejut kerana warnanya akan bertukar dengan serta merta apabila di masukkan krimer4

Bahan-bahan yang lain seperti tauhu, tofu kering, dan fishball di campurkan sekali. Biarkan ia masak lebih kurang 3-5 minit.. 2 Inilah hasilnya selepas semua di masak. Hiaskan telur yang di rebus di atas #mameecheflontong  dan semestinya di hidangkan dan siap untuk di masak. Kalau nak lagi pedas boleh sahaja tambah cili padi mahupun sos cili (mengikut suka) .Anggaran memasak dalam 10 minit. Pantas , cepat dan mudah. Memang terbaik dan boleh di makan bila bila masa sahaja.

1

 Ingin tahu lebih lanjut #mameecheflontong  boleh layari,
Facebook : https://www.facebook.com/mymameechef
KP dah masak dan semestinya ianya sedap. Tidak perlu tunggu hari raya untuk menikmatinya lagi. Boleh di makan bila-bila masa di mana-mana sahaja.

#kitepunye #kitepunyedotcom #mameecheflontong

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge