Siapa Kata Makanan Vegetarian Tak Sedap? Jom Ke Be Lohas Vegetarian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Vegetarian food or cuisine, siapa kata tak sedap?” Buat yang tidak mengetahui, vegetarian food adalah makanan sayur-sayuran. Biasanya penganut Hindhu, Buddha mengamalkan pemakanan vegetarian. Tidak makan seafood, ayam mahupun daging adalah maksud vegetarian. KP pernah merasai makanan vegetarian dan sememangnya ianya baik untuk kesihatan.

Minggu lalu, KP dapat jemputan untuk mencuba makanan healthy vegetarian di Be Lohas. Be Lohas ini adalah salah satu restoran yang mengamalkan makanan vegetarian dan ianya berkhasiat

Sunway Mentari (with Be Lohas Healthy Vegetarian Cuisine)

32A-1, Jalan PJS 8/6, Dataran Mentari, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor.

T 03-5613 6313

Business Hours

Mon- Sun: 12.00pm to 9.30pm
1aBe Lohas adalah anak cawangan BMS Organics. BMS Organics mula beroperasi dengan mempromosikan makanan berkhasiat dan juga vegetarian food pada 1997. Cafe pertama Be Lohas Healthy Cuisine terletak di Bandar Puteri Puchong. LOHAS bermaksud “Lifestyle of Health and Sustainability” bermaksud hidup dalam cara yang sihat dan persekitaran yang bagus,aman dan mesra.
2aDekorasi di dalam restoran ada mini air terjun. Menyebabkan ianya lagi nyaman untuk menikmati hidangan di sini. Kids pun tertarik dengan ikan-ikan yang ada di sini. 6a

3a Antara dekorasi yang menarik. Lampu hiasannya berwarna coklat tidak terlalu terang.

4a
Di Be Lohas Healthy Vegetarian ada di hidangkan pakej makanan seperti Set Makan Tengahari mahupun Set Makan Malam. Sempena Parents Day tidak lama lagi beberapa set hidangan di tawarkan buat pengunjung. “Parents Day” adalah Hari Ibu ( bulan Mei ) dan juga Hari Ayah (bulan Jun).

KP sekeluarga di beri peluang untuk mencuba Set B1 (4 pax) yang berharga RM108, untuk ahli Be Lohas  (RM99.36).5a Sesampainya KP di sini, KP di hidangkan dengan Ginger Tea. Teh O Halia yang panas untuk para tetamu 7a Oh ya, Spirulina juga di hidangkan buat para tetamu. Banyak khasiat tau kalau makan spirulina. Model ini pun makan dan tetiba habis giginya warna hijau.8a Hidangan pertama KP:

Seaweed Veggie Ball Soup
Cendawan, lobak merah , vegetarian fish ball di masak dengan sup seaweed. Pada penggemar seaweed ini adalah salah satu menu berkhasiat yang boleh di cuba. Fish ball agak kenyal sebab fillingnya penuh.

9aLadies Finger With Sesame Oil

Ladies finger a.k.a bendi. Masakan yang lain dari yang lain di mana ia di masak.Bertambah enak dimakan bersama bendi yang di masak seperti berlemak masam-masam manis. Hidangan agak unik tetapi menepati citarasa saya yang gemarkan rasa manis-manis asam.
10a 3 grain rice

Hmm… Nasi yang di hidangkan kali ini berlainan. Ini kali pertama KP rasa kelainannya. Cepat kenyang bila makan nasi ini mungkin kerana serat yang terdapat di dalamnya11a

Mangolian Soy Fish
Ini adalah hidangan soy fish. Masih lagi mengekalkan makanan berkhasiat ianya di goreng  dan di saluti dengan sos. Buat anak-anak KP ini adalah hidangan yang terbaik . Qurratul kata rasanya sedap cam cheesy wedges except yang ini rasa ikan 

12a

Curry Mixed Vegetables
Tiada santan di gunakan sewaktu masak kari ini. Kari ini menarik perhatian KP di mana ianya sedap dan terdapat variasi sayur-sayuran. Bukan itu sahaja , lihatlah ianya penuh dengan sayur-sayuran. Namakan saja seperti: kacang panjang, kentang, kobis, terung bendi dan lain -lain lagi

13a

Mushroom and vegetables
Buah. Menu yang biasa boleh didapati di mana-mana restoran

14a Buah-buahan 

Pencuci mulut di hidangkan. Segar dan terbaik

15a

Carrot Cake – Special untuk Parents Day
Irfan memang menggemari kek ini. Irfan sahaja 3 kali menikmatinya. Seperti carrot cake di luar cuma ianya kurang manis, tetapi masih kaya lagi dengan vitamin. Seperti kata Ayu Rafikahtaburan kacang yang kaya zat besi dan protein yang tinggi serta hirisan lobak-lobak benar-benar membuatkan saya teruja pada setiap gigitan.

16a Beginilah keadaan di meja makan KP .. banyaknya laukkan . 17a Oh ya selepas makan bolehlah shopping makanan berkhasiat di sini . Semuanya organic , healthy dan ada juga vegetarian. 

Di next entri KP akan sharekan apa yang boleh di shopping di sini yea

18a

#kitepunye #kitepunyedotcom #belohas #belohasvegetarian #healthycuisine 

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge