Restoran Kapitan Menjadi Pilihan Selepas Ronda Dengan Rapid Penang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Restoran Kapitan Menjadi Pilihan Selepas Ronda Dengan Rapid Penang |Sebelum KP ke Penang, ada KP menanyakan kepada rakan-rakan di mana lokasi kedai makanan yang sedap untuk di makan sewaktu berada di Penang. Ada yang mensyorkan Nasi Kandar Beratur ada juga yang mencadangkan Restoran Kapitan. Memandangkan KP dan rakan-rakan tiada kenderaan persendirian sewaktu di sini , jadi kami mengambil langkah untuk ke pekan Georgetown dengan menaiki Rapid Penang.

1

Gentar tak gentar, KP dan rakan dengan semangat tinggi ingin menerokainya bersama-sama. Dengan memegang kata pepatah “Jangan malu bertanya kalau tidak sesat jalan”, hanya dengan Rapid Penang sahaja kami bergerak ke lokasi yang ingin kami pergi. Dari Olive Tree Hotel cuma RM 2.00 sahaja seorang sehala. Oleh kerana Rapid Penang ialah bas henti-henti jadi banyaklah hentian yang berhenti sebelum sampai ke destinasi kami. Perjalanan mengambil masa dalam 45 min- 1 jam untuk sampai ke KOMTAR.

4

Dari KOMTAR, KP dan rakan-rakan lain berjalan kaki berpandukan WAZE untuk ke Restoran Kapitan menikmati makanan tengahari. Berpeluh juga berjalan dari KOMTAR ke sini , sempat juga merakam bangunan-bangunan lama sewaktu ke sana.

2

Wajah kami berada dalam Rapid Penang

Ok, Inilah Restoran Kapitan yang bakal kami nikmati makan tengahari. Katanya di sini menu yang menarik ialah Kari Kepala Ikan namun bila sampai tak terorder menu yang satu itu.

13

Kalau nak cari Restoran Kapitan pastikan cari Masjid berwarna hijau yang berdepan dengan Restoran Kapitan. Pastinya tidak akan sesat 12

Makanan yang telah diorder untuk alas perut adalah

Chicken Chop Milani Chicken dan Roti Naan

Milani adalah kuah yang dimakan bersama roti naan. Ianya seperti kuah masak lemak jika sekali pandang walaupun hakikatnya ialah cheese yang telah di masak dengan “pure cheese”. Ayam yang di hidangkan sekali merupakan ayam chicken chop .
3 4 Roti Naan Cheese dengan Ayam Tandoori 

Sama seperti di Kuala Lumpur , roti naan cheese bersama kuah kari , kuah pudina dan semestinya lagi sedap bila di makan dengan ayam tandoori 6 Briyani Ayam La Coppera

Yang menjadi kelainan di sini ialah nasi briyani di hidangkan di dalam mangkuk, bersama ayam Tandoori dan juga sos nya. Ada 2 cara untuk makan sama ada makan terus di dalam mangkuk atau telangkupkan di pinggan yang di sediakan
15 9 Briyani Chicken Chop dengan sos Milani

Sama macam Chicken Chop Milani Chicken and Roti Naan cuma kali ini ditukarkan dengan nasi briyani. Milani seperti kuah masak lemak jika sekali pandang walaupun hakikatnya ialah cheese yang telah di masak dengan “pure cheese”. Selain kuah milani ada juga di hidangkan kuah pudina dan semestinya ada ayam juga – ayam chicken chop 14

Masing-masing dengan wajah kelaparan sebab gambar diambil sebelum makan. Inilah rakan-rakan KP yang sama-sama menerokai pekan Georgetown dengan menaiki Rapid Penang. Sepanjang perjalanan ada saja yang ingin di bualkan , di ceritakan mahupun “gossip time”. Makan dah selesai jadi ke mana pula lepas ini, jangan lupa tau baca entri Penang yang lain

Terima kasih buat Penang Tourism dan juga Air Asia kerana memberi peluang kepada KP untuk turut sama rakan-rakan blogger yang lain ke Penang untuk #AABCPenangTakeOver.

#kitepunye #kitepunyedotcom #airasia #penang #mypenang #AABCPenangTakeOver

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge