MAJLIS WALIMATUL URUS PERDANA -100 PASANGAN, AMAZING!

MAJLIS WALIMATUL URUS PERDANA -100 PASANGAN, MENAKJUBKAN!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kalau meraikan pasangan 1 atau 2 memang dah biasa tetapi kali ini 100 pasangan!

MAJLIS WALIMATUL URUS PERDANA

Diadakan di Dataran Merdeka sempena dengan Karnival MAIWP 2023.

RAI 100 PASANGAN

Seramai 100 pasangan pengantin yang terdiri daripada asnaf fakir miskin dan mualaf diraikan di Walimatul Urus Perdana

Bertemakan ‘ Nostalgia Adat Istiadat Kegemilangan Melayu Islam’ dimana menerima sepersalinan pakaian pengantin berserta perhiasan.

Baca: idea berborak dengan pasangan


Diarak menaiki Hop on Hop Off KL mengelilingi Jalan Raja Laut sehingga ke tapak Karnival di Dataran Merdeka. Dan mereka disandingkan atas pelamin yang disediakan.

Selain itu, mereka juga menerima wang tunai RM 2,000 setaip pasangan. Dalam majlis tersebut, 2 pasangan pengantin dinikahkan oleh Pengarah JAWI – Datuk Mohd Ajib bin Ismail.

Credit gambar : Rosli

PASANGAN PENGANTIN YANG DINIKAHKAN

*MOHD SHAHRUL NIZAM BIN MOHD NAZARI & ZURIANA BINTI ZULKEFLI*

*AHMAD DANISH FAQIH BIN ABDULLAH & ROSASLINAH BINTI DATOR

SKIM BANTUAN PERKAHWINAN

Salah satu skim bantuan zakat daripada 30 skim bantuan yang ditawarkan oleh MAIWP. Diperkenalkam sejak tahun 2006 bertujuan untuk meringankan beban bakal pengantin.

Bantuan yang disalurkan berjumlah antara RM3,000 hingga RM5,000. Untuk tahun 2022, MAIWP telah membantu sebanyak 412 penerima dengan melibatkan perbelanjaan 10.8 juta.

Turut hadir dalam majlis ini, YB Senator Dato’ Setia Dr.Haji Mohd Na’im Mokhtar [Menteri di Jabatan Perdana Menteri- Hal Ehwal Agama].

Selain itu, YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Abu Bakar [Pengerusi MAIWP], YBhg Datuk Hajah Saraya Binti Arbi – Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Seni Budaya.

Juga Encik Mohd Nizam Haji Yahya – Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP

ZAKAT KEPADA ASNAF 2022

MAIWP mengagihkan sebanyak RM855.51 juta dana zakat kepada asnaf yang memerlukan sehingga Disember 2022.

Daripada jumlah tersebut, RM533.61 juga dibelanjakan melalui agihan zakat secara langsung atau tidak langsung menerusi skim bantuan zakat.

RM30.86 juta diagihkan menerusi institusi pendidikan dibawah MAIWP. Untuk info lanjut layari

DIJADIKAN SEBAGAI ACARA TAHUNAN

Penganjuran Majlis Walimatul Urus Perdana anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan  (MAIWP) dijangka diteruskan.

Bakal dijadikan acara tahunan dalam membantu pasangan golongan asnaf serta mualaf bernikah.

Malah acara anjuran bersama MAIWP dan Pertubuhan Kemanusiaan Naurah Care itu secara tidak langsung menjadi tarikan pelbagai pihak.

Termasuk pelancong asing bagi mengetengahkan budaya di negara ini pada masa akan datang.

BAGI NAURAH CARE

Pengerusi Naurah Care, Sheikh Ahmad Fakhruddin Sh. Abd. Rahim berkata, acara seterusnya dijangka berlangsung pada Disember ini.

Bagaimanapun, jumlah untuk sesi seterusnya kami tidak pasti. Bergantung kepada pihak MAIWP nanti.

“Paling penting, acara seperti ini diadakan dengan pelbagai aktiviti lain untuk bersama-sama mengetengahkan budaya masyaraka.

Di samping memberi peluang kepada ramai orang mengenai peranan MAIWP.

Sheikh Ahmad Fakhruddin berkata, pihaknya akan mempelbagaikan acara sampingan dalam penganjuran perkahwinan besar-besaran pada masa akan datang.

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge