SOLIDARITI UNTUK ISKANDAR SPRING, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

SOLIDARITI UNTUK ISKANDAR SPRING

Setelah memikirkan beberapa kaedah bagi membantu masalah yang dihadapi oleh saudara Iskandar. Kami memutuskan untuk menganjurkan program jelajah ke seluruh negara.

Mengadakan persembahan dalam bentuk ‘busking’ bagi mengutip dana untuk membiayai derita yang ditanggung oleh Iskandar yang setahun terlantar,’

-ujar Dato Freddie Fernandez membuka perbualan.

SOLIDARITI UNTUK ISKANDAR SPRING

ISKANDAR PEMAIN GITAR SPRING

Iskandar atau nama sebenarnya Tengku Raden Iskandar Tengku Ismail. Merupakan pemain gitar adalah diantara pengasas dan juga ketua kumpulan Spring.

Kini dalam keadaan lumpuh serta turut menderita pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, kesukaran bertutur dan menjalani dialisis akibat komplikasi buah pinggang.

JELAJAH AMAL

Ameng Spring dan Umarul Iklim telah berhubung dengan Persatuan KARYAWAN Malaysia dengan berkongsi keadaan beliau yang kini hilang daya upaya kerja dan tiada sumber mata pencarian.

SOLIDARITI UNTUK ISKANDAR SPRING

Satu jelajah amal ke seluruh negara di amal memandangkan keperluan biaya beliau agak besar sekitar RM 40,000. Jumlah ini bagi menampung kos perubatan dan perbelanjaan sepanjang tahun.

SOLIDARITI UNTUK ISKANDAR SPRING

Kami mendapati modul persembahan ringkas ini adalah jalan paling ekonomi dari segi modal penganjurannya dan insyallah boleh mencapai matlamatnya.

3 LOKASI UTAMA

Lokasi Santai Seni@ TAR [Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur]. Padang Kota- Pulau Pinang dan Terengganu Drawbridge, Kuala Terengganu.

Bakal diteruskan dibeberapa lokasi lain seperti Ipoh, Kota Bahru dan tarikh lain yang bakal dikongsikan kelak.

SIRI PERTAMA JELAJAH AMAL

Sebagai permulaan, KARYAWAN dan Jabatan Kebudayaan, Kesenian Pelancongan dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah merangka siri pertama jelajah ini.

Lokasi pertama Jalan Tunku Abdul Rahman bersempena dengan program mingguan Santai Seni @TAR [depan KAMDAR] pada tarikh 29 Januari 2023jam 2:30-6:30 petang.

Menampilkan barisan penghibur terkenal dan berprestij. Antaranya Ameng Spring, Umarul Iklim, Syafiq Farhain, Alim Kris, Maman Teachers Pet.

Ada juga Bob Sentuhan, Mus Kemala, Belle Fattah, Iss Arffan, Black Maria, Islah & The People dan Radhi Khalid selaku MC.

MEKANISME KUTIPAN SUMBANGAN

Melalui jualan amal beberapa produk seni, CD agama, tabung potter, QR code dan juga secara dalam talian. Sepanjang persembahan ini diadakan melalui offline atau secara live.

Menerima sumbangan dari Qew Communications Sdn Bhd dan juga Meta Music Xtreme[Label Muzik Maman Teachers Pet].

SOLIDARITI UNTUK ISKANDAR SPRING

Boleh sumbang terus ke tabung melalui butiran berikut Akaun 3108024130 [Public Bank] atas nama akaun Persatuan Karyawan Malaysia.

Contact : 0147176276

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge