Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Gembira rasa hati bila dapat parcel dari TC Boy. Pastinya hujung minggu nanti aktiviti main masak-masak dengan anak-anak sambil menggunakan produk TC Boy yang baru dapat. Masa bawa balik parcel hari itu, anak-anak tanya nak masak apa? Jadi, KP beri mereka pilihan untuk menentukan menu masakan tapi dengan syarat kena gunakan produk TC Boy. Pening juga memikirkan menu yang WAJIB ada tuna. Oh ya, anda mesti tertanya apakah produk yang KP dapat. KP dapat Solid Tuna in Virgin Olive Oil,Solid Tuna in Spring Water,Fried Mackerel In Chilli Sauce,Tuna with Chilli Padi dan Tuna Sandwich Delite
Sedikit informasi tentang produk TC Boy
Pada yang tidak tahu produk TC Boy adalah produk dari Malaysia. Pengeluaran dan di pasaran sejak dari 1991 dan jenama ini agak terkenal di luar negara seperti Egypt, Asia Barat dan tidak lupa negara Asia seperti Thailand, Brunei, dan Malaysia. Setiap keluaran dari TC Boy dipastikan yang terbaik dan tanpa sebarang perisa MSG, di mana ianya sesuai untuk mana-mana golongan usia, bangsa mahupun kaum. Jangan risau dan khuatir kerana produk TC Boy adalah HALAL dan mendapat pengiktirafan daripada pihak JAKIM.
Misi TC Boy adalah untuk memasarkan produk yang berkhasiat, berkualiti dan praktikal untuk semua isi rumah.
TC Boy Tuna & Salmon :
– Tuna Chunky Flakes in Vegetable Oil
– Red Salmon Salad
– Tuna Sandwich Delite
– Tuna Real Mayonnaise
– Tuna Mayonnaise Spread Style
– Solid Tuna in Spring Water
– Tuna with Chilli Padi
– Solid Tuna in Vegetable Oil
– Solid Tuna in Sunflower Oil
– Solid Tuna in Brine
– Solid Tuna in Virgin Olive Oil
TC Boy Sardines & Mackerel :
– Fried Mackerel In Chilli Sauce 155g
– Mackerel in Tomato Sauce 425g
– Sardines in Tomato Sauce 155g & 425 g
Kebaikan produk TC Boy:-
- Omega 3 – kaya DHA dan EPA yang membantu meningkatkan kolestrol yang baik (HDL) dan boleh mengurangkan kolestrol tidak baik (LDL)
- Protein – keperluan nutrien yang diperlukan oleh tubuh manusia untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu
- Kalsium – sangat memainkan peranan yang utama iaitu pembesaran tulang, pembekuan darah, mengurangkan kontraksi otot dan melancarkan saraf
- Rendah lemak – boleh membantu mengurangkan penyakit seperti penyakit jantung dan obesiti
Antara menu yang di pilih, di masak dengan bantuan anak-anak
Menu Roti Tuna Bersalut Telur – dari Irfan
- Bahan yang diperlukan roti, telur sebiji, TC Boy Sandwich Delite dan beberapa keping cheese
- TC boy di buka, roti (jika tidak suka hujungnya bolehlah di potong)
- Letakkan isi TC Boy Sandwich Delite ke atas roti. Pastikan ianya rata
- Letakkan kepingan cheese di atas isi TC Boy Sandwich Delite tadi
- Kapitkan dengan roti di atas roti yang tersedia seperti di atas tadi. Potong 4 roti itu
- Telur tadi di pecahkan, letak sedikit serbuk lada hitam, lada putih dan garam secukup rasa. kacaukan ia hingga sebati. Celupkan roti yang telah dipotong ke dalam telur yang di kacau dan masak dalam 2-3 minit ( kekuningan)
- Toskan minyak dahuku sebelum di hidangkan
- Inilah hidangan yang lengkap dan disediakan oleh anakku Irfan. Semuanya buat sendiri kecuali bila menggoreng di bantu olehku.
Menu Tuna Ball rekaan dari Qurratul
- Bahan-bahan yang di perlukan, TC Boy Tuna, sebiji telur, tepung gandum , lada hitam dan lada putih
- Isi TC Boy Tuna di keluarkan, pastikan tiada ketulan besar ikan tuna
- Telur dipecahkan dan digaul sebati
- Letakkan dalam 1 1/2 sudu besar tepung gandum
- Semuanya digaul sebati, dan jangan lupa tambah lada hitam dan lada putih juga garam secukup rasa.
- kemudian, buat bulat-bulat dan gorengkan hingga kekuningan
- Inilah hidangan yang disiapkan oleh anak puteri Qurratul. Maaf tak jadi bulat-bulat sebab inilah hasil sendiri dari Qurratul. Di buat menggunakan sudu sahaja.
Menu Kari Lemak Sardin dari hubby
- Bahan-bahan ; mackerel goreng dalam sos cili TC Boy , santan dari Ayam Brand, ubi kentang
- Ubi kentang di buang kulitnya dan isi ikan mackerel tadi dikeluarkan. Isi satu sudu besar air di dalam isi ikan mackerel tadi
- Selepas tumis bawang dan cili giling untuk menambahkan rasa , masukkan santan ke dalam periuk dan juga kentang ( kentang mengambil masa untuk lembut ye)
- Apabila santan mulai mendidih masukkan isi mackerel tadi dan timbukkan santan agar tidak pecah lemak. Kalau agak pekat bolehlah tambahkan sedikit air ye
- Masakkan di atas api sederhana dalam 10-15 minit dan hidangkan . Oh ya sebelum itu jangan lupa check sama ada kentang dah lembut ke tidak ye. Sedap di makan bersama nasi panas mahupun di cicah bersama roti untuk sarapan pagi atau minum petang
- Nota kaki: jangan tambahkan gula, nak pedas lagi tambah lebih cili giling. Hubby kata isi mackerel ni dah digoreng dengan sos cili so nak KICK kena tambah banyak cili giling baru pedas terasa ye.
OK lah, ini sahaja resipi yang sempat KP kongsikan bersama anda semua dengan menggunakan produk TC Boy. Secara jujur, banyak lagi resipi yang boleh di buat dengan menggunakan produk ini baik dari menu sarapan pagi, minum petang mahupun makan tengahari. Banyak juga kebaikan dan khasiat dalam TC Boy Tuna seperti yang KP kongsikan tadi di awal entri ini. Kalau nak cepat, buka Tuna Real Mayonnaise TC Boy dan letakkan di roti dan siap boleh di makan begitu sahaja. Terima kasih buat TC Boy kerana memberi peluang untuk KP kongsikan menu pilihan anak-anak menggunakan produk mereka. Jom sambung makan ..
inginkan maklumat lanjut, layari
#kitepunye #kitepunyedotcom #TCBoy #TCBoyTuna