Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kalau di area Kota Damansara nie ada ke cafe ala hipster untuk menikmati coffee bersama rakan-rakan?? Tempat yang tenang dan free dari kesibukan dan keriuhan bandar?? Dengar- dengar ada cafe baru di Seksyen 8 Kota Damansara. Ala area-area pejabat Dato’ Alif Syukri ( Terlajak Laris tu). Sampai di situ jangan lupa cari cafe Brew & Stone by Pokok Kelapak
Sedikit informasi tentang Brew & Stone
Ianya dimiliki oleh Pokok Kelapak yang telah bertapak di Kota Damansara semenjak bulan Ogos 2016. Cafe ini bagi KP ala hipster dimana ianya adalah tempat untuk bertemu, bersantai bersama rakan-rakan mahupun keluarga. Dari segi hidangan pula ianya mengetengahkan hidangan barat dan ada yang di fusion kan mengikut citarasa Malaysia.
Seperti yang kelihatan, Brew & Stone bukan sahaja menitik beratkan pada coffee tetapi juga pada hidangan grill. Oh yea pasti anda tertanya-tanya tentang “Cars dan Bikes” bukan ?? Ini kerana setiap sudut didalam cafe ini ada sahaja barangan kereta seperti seat kereta, rim kereta dan akesesori kereta yang lain dipamerkan di sini samada sebagai salah satu tempat untuk menikmati hidangan mahupun untuk bergambar. Berlatar-belakangkan konsep begini, sesuatu yang baru dan bakal menjadi tarikan buat mereka yang datang. Tak percaya tapi kena percaya. Meja di sofa ini menggunakan Sport Rim kereta . Comel pula kan .. Itu belum lagi yang ‘spot’ yang menarik ada di dalam cafe
Sewaktu berada di sini KP dijamu dengan pelbagai hidangan minuman dan makanan yang ada disana. Anda boleh pilih yang inginkan sejuk mahupun yang panas. Pilih dari Milkshake, Coffee Range, Fresh Juice and etc
ice dark mocha
cafe mocha with marshmallow
Cappucino
Belakang – Lychee Mojito, Rainforest , Iced Honey Lemon Tea, Lime Mint Mojito
Hadapan – ice hazelnut latte, nutella cappucino dan ice dark mocha
Lime Mint Mojito & Lychee Mojito
Dan ini untuk peminat coffee –
Ice Drip Coffee
So minuman sahaja dah memikat hati belum lagi tengok pada hidangan makanan yang ada. Lagipun pelbagai hidangan barat dihidangkan . Yang sempat KP rasa bersama teman-teman yang lain sewaktu berada di sini;
Chill Tuna Pizza Nampak tak crispy nya doh pizza ini Spicy Creamy Pasta
Udang besaiz XXL dihidangkan bersama pasta carbonara dengan ada sedikit rasa pedas. Di fusionkan mengikut citarasa Malaysia yang inginkan kepedasan dalam makanan . Jangan risau jika anda tidak suka pedas inform sahaja sewaktu order taka nak pedas
Scallop with tomato salsa
Hidangan ini kelihatan mahal tetapi sebenarnya harga mampu milik. Sesuai untuk semua peringkat usia dimana ianya adalah gabungan scallop , tomato cincang dan sos salsa
Chicken Morakanskii
Ayam yang dibakar
Kalau sukakan daging apa kata cuba hidangan ini. Ianya ada 2 set sama ada unuk 4 orang atau 6 orang. Yang menarik hidangan ini kerana ianya set bersama ayam bakar dan kambing bakar. Side dish pula adalah nasi butter dan spaghetti olio. Eh, ada lagi ianya lengkap dengan kentang goreng & mix vegetable .
Spaghetti olio
Lamb shoulder yang di bakar
Spicy creamy soft shell crab
Pasta bersama sos carbonara yang dimasak dihidangkan bersama soft shell crab. Ada sedikit cili untuk mendapatkan kepedasan didalam creamy pasta. Soft shell crab dimasak dengan lembut dan garing yang penting tiada bau
Spicy Meafood Medley Olio