LULU WORLD FOOD FESTIVAL ’22 -SEASON 1 DAH MULA, BESTNYA! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Jika anda dah biasa ikuti entri KP pastinya tahu yang LuLu antara hypermarket yang selalu singgah.

LULU WORLD FOOD FESTIVAL ’22

Dah nama LuLu World Food Festival ’22 pastinya ia berlangsung di semua cawangan Lulu Hypermarket. Antaranya iaitu Lulu Hypermarket Kuala Lumpur (Capsquare), Lulu 1Shamelin Mall, Lulu Setia City Mall, Lulu Grocer Amarin Mall .

Tidak lupa juga buat anda yang membeli atas talian menerusi laman web LuLu sendiri.

MAKANAN PANAS ATAU READY TO EAT

Kalau membeli belah pastinya ruangan ini yang disinggah dulu. Mana taknya pelbagai hidangan disajikan dari makanan ringan, berat mahupun manisan. Ada juga kek, roti dan juga hidangan untuk anak-anak ye.

Memandangkan sedang berlangsungnya World Food Festival, pasti pilihan hidangan bukan setakat tempatan malah ada juga antarabangsa.

Yang penting lebih banyak pilihan, dan diskaun menarik ditawarkan.

NAK SHOPPING BARANGAN DAPUR

Haa, nie masa terbaik sebab bukan setakat makanan atau hidangan yang ada promo. Barangan dapur pun ada diskaun ye. Tidak kira barangan kering mahupun basah semua berbaloi

Nasi briyani bersama ayam Machboos antara hidangan hot seller di Lulu Hypermarket.

BARANGAN BASAH

Yang dikongsikan adalah diantaranya. Kalau ambil semua gambar yang ada promosi 3 hari 3 malam tak habis baca . hahaha

Untuk anda yang tengah diet, brokoli sedang ada promo cuma RM8.99 sekilo. Segar dan semestinya kualiti terbaik

Ada lagi tawaran seperti lobak merah dari RM 2.99 turun ke RM2.39

Sempat ambil gambar ikan ajer. Mana tak busy penuhkan troli dengan barangan yang nak dibeli. Rempah ratus, sayuran, buahan dan bawang juga ada ditawarkan pada harga hebat. 

Bijiran sarapan pasti antara yang wajib ada di rumah bukan. Milo Activ-Go 2Kg harga runcit biasa adalah RM40.70 dan sekarang hanyalah RM29.99

Minyak masak jenama Naturel dari harga asal RM35.30, harga yang ditawarkan sepanjang kempen hanyalah RM30.90. Minyak Trillon harga asal RM29.70, manakala harga promosi RM27.69.

MAKANAN SEJUK

Antara yang wajib singgah bila di cawangan LuLu.

Sekarang lagilah berbaloi membeli sebab ada diskaun diberi.

RM 25 KUPON DISKAUN

Bagi mereka yang berbelanja RM50 ke atas dari pasaraya, boleh dapatkan kupon diskaun RM25. Kupon  ini diberikan pada tempoh yang terhad iaitu dari 22 Febuari sehingga 20 mac 2022.

Kupon RM25 ini boleh digunakan untuk perbelanjaan min RM100 dalam 1 resit dari mana-mana bahagian lain kecuali barangan elektrik, IT dan Telefon Mudah Alih.

Lebih daripada 200 produk diberikan diskaun di semua cawangan Lulu di Malaysia.

BAHAGIAN FESYEN DAN KASUT

Di sini ada juga tawaran menarik. Pelbagai design, warna dan rekaan yang terkini.

Pilih pilih jangan tak pilih . Bukan setakat baju kemeja, t-shirt untuk jejaka tetapi ada juga untuk wanita seperti beg, aksesori, blouse, skirt, seluar dan yang lain.

LULU CELEBRATE

Di LuLu ada seksyen khas iaitu LuLu Celebrate. Lebih kepada fesyen dan pakaian seperti sari, lengga dan punjabi. Kain untuk sari yang belum dibuat pun ada.

Kalau ada dapat voucher RM 25 diskaun boleh juga guna di sini

ALAT TULIS

Sekolah dah nak buka kan? Kalau masih belum lagi mencari alatan persekolahan meh ke sini. Pelbagai tawaran menarik ada dan yang penting boleh dapat voucher dan guna voucher

Jangan lupa untuk terjah mana-mana Lulu Hypermarket dan Lulu Grocer terdapat pelbagai tawaran dan aktiviti menarik menanti korang tau!

Website LuLu|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge