LULU GROCER TOPPEN KINI DIBUKA, MEMANG BEST!

LULU GROCER TOPPEN KINI DIBUKA, MEMANG BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kalau anda pembaca setia KP pastinya anda tahu antara shopping mall kegemaran KP.

LuLu Hypermarket adalah diantaranya dimana semua ada dibawah satu bumbung. Tidak perlu lagi ke tempat lain untuk membeli keperluan diri mahupun di rumah

LULU GROCER TOPPEN

Kalau sebelum ini cuma tahu yang LuLu hanya ada di Lembah Klang bukan? Kini LuLu Group melangkah setapak yang memang jauh iaitu di Selatan. Warga Selatan terutama sekali orang Johor ini berita untuk anda!

Cawangan yang ke-enam telah dibuka di Toppen Shopping Centre Johor Bahru baru-baru ini. Pembukaan cawangan tersebut dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Datuk Bandar Majlis Perbandaran Johor Bahru

Turut sama hadir adalah Pengarah LuLu Group Malaysia & Indonesia, Nishad PA, dan Pengarah LuLu Malaysia, Asif MA. Serta beberapa orang kenamaan dan pihak pengurusan tertinggi syarikat.

LOKASI STRATEGIK

Dikatakan cawangan baru ini berada di dalam pusat membeli belah Toppen Shopping Centre, Johor Bahru. Senang saja nak ke sini boleh melalui lebuhraya dan jalan utama. Nak naik ‘public transport’ pun boleh.

Cawangan ini juga bercirikan konsep peruncitan moden dan berteknologi tinggi bagi memastikan pelanggan dapat menikmati pengalaman beli-belah yang lancar.

Selain warga Singapura yang diketahui umum gemar berkunjung ke Johor Bahru untuk membeli-belah. 

“Seperti yang telah dijanjikan sejak pembukaan cawangan pertama di Malaysia, kami akan terus komited untuk mengembangkan rangkaian LuLu di segenap pelusuk negara.

Tidak lama lagi, lebih banyak cawangan LuLu akan dibuka termasuklah di Mayang Mall Kuala Terengganu dan Larkin Junction Johor Bahru. Dijangka akan dibuka pada suku pertama dan kedua tahun 2023.”

Menurut Yusuff Ali MA, Pengerusi & Pengarah Urusan LuLu Group

APA YANG BEST?

Berkeluasan 27,500 kaki persegi, cawangan ini dijangka bakal menerima kunjungan sejumlah 800,000 pelanggan khususnya dari Johor Bahru dan kawasan sekitarnya.

Susun atur yang kemas senang untuk mencari barangan atau keperluan yang diperlukan. Yang penting semuanya HALAL

PELBAGAI PROMOSI MENARIK SEMPENA PEMBUKAAN

Pelbagai promosi menarik sempena pembukaan buat para pengguna, potongan harga runtuh dam juga diskaun hebat.

Tidak kira untuk barangan runcit mahupun segar. Jika anda 100 yang bertuah bakal mendapat hadiah percuma dengan sebarang pembelian. Barangan yang dapat pun best-best tau!

Antaranya

Sayur-sayuran

Ikan, ayam juga daging

READY TO EAT [RTE]

Makanan yang dah siap di masak pun ada dijual di sini. Boleh terus menikmati hidangan tanpa perlu risau kerana ada tempat untuk makan juga.

KEMPEN BELI BARANGAN MALAYSIA 2022

Masih lagi meneruskan penglibatannya dalam Kempen Beli Barangan Malaysia anjuran KPDNHEP. Inisiatif ini disokong melalui semua cawangan LuLu termasuklah cawangan baru LuLu Grocer Toppen Shopping Centre.

Kempen ini bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran terhadap kualiti produk keluaran tempatan. Sekaligus membantu perusahaan kecil dan sederhana PKS untuk terus berkembang maju, terutamanya bagi PKS yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Kempen Beli Barangan Malaysia 2022 ini terdahulunya telah dilancarkan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna bersama-sama wakil daripada LuLu Group. 

SOKONGAN PADA PENIAGA KELUARAN PKS

Lulu Hypermarket Malaysia sentiasa menyokong perusahaan kecil dan sederhana PKS serta komited dalam memberi peluang untuk sewaan ruang niaga di kesemua cawangannya.

LuLu Group turut mengeksport barangan keluaran PKS ke negara-negara Timur Tengah. Sehingga kini, lebih 300 PKS berdaftar di bawah LuLu Malaysia.

Dengan mengeksport barangan keluaran PKS Malaysia kepada LuLu Hypermarket seluruh dunia. LuLu Group membuka jalan kepada produk PKS untuk dikenali dengan lebih meluas dan berpeluang untuk ke pasaran global.

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge