Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
LULU HYPERMARKET SETIA CITY MALL TERBESAR DI MALAYSIA DIBUKA| Pasti anda tahu yang KP selalu membeli-belah di LuLu Hypermarket. Kalau sebelum ini mempunyai cawangan di Capsquare KL dan juga di 1 Shamelin. Buat anda yang tinggal di area Shah Alam mahupun Setia Alam ini berita baik.
LuLu Hypermarket Setia City Mall
LuLu kini dibuka di Setia City Mall, Setia Alam Selangor. Bersebelahan dengan pusat membeli-belah Setia City Mall. Ini merupakan cawangan yang ketiga dan terbesar di buka di Malaysia. Mempunyai keluasan kira-kira 150,000 kaki persegi dan 3 tingkat yang bakal memberi kepuasaan untuk memilih dan membeli terutama produk kegunaan harian.
Dah kalau nak membeli mesti risau cukup parking ke tak? Jangan risau kerana tempat letak kenderaan lebih daripada 400 tapak sama ada yang terbuka atau tempat letak kenderaan pelbagai tingkat. Terletak di kawasan kejiranan yang berdekatan dengan pelbagai kemudahan seperti pengangkutan awam, kedai makan dan parkir kereta yang luas.
Promosi Pembukaan
Sempena pembukaan untuk LuLu Setia City Mall, pelbagai tawaran harga hebat bermula dari 31 March 2021 sehingga 4 April 2021
Apa yang menarik bersempena dengan pembukaan Lulu Hypermarket yang ke-3 ini, pelbagai tawaran harga hebat bermula dari 31 March 2021 sehingga 4 April 2021. Tawaran pembukaan memang berbaloi dan berpatutan . Ada yang terletak di laluan utama dari pintu masuk Lulu Hypermarket. Mudah dan senang. Yang penting susunan ruang niaga yang besar, bersih dan teratur serta selesa kepada pengunjung.
Apa kata KP kongsikan antara promosi promosi yang harga di setiap tingkat. Iye kengkawan di sini LuLu Setia City Mall mempunyai 3 tingkat
Level 1 – Barangan Makanan Basah & Kering , Keperluan Diri, Dining Area
Di tingkat bawah ini menempatkan pelbagai barangan makanan kering, basah, toileteries, dan macam-macam lagi.
Harga yang ditawarkan sempena pembukaan LuLu Hypermarket ni memang berbaloi. Tengok la harga Maggi 2 minit ni sepekt RM1.88 sahaja.
Untuk anak-anak KitKat antaranya yang menjadi pilihan.
Bahagian bakery pula ada pelbagai jenis pilihan roti. Tinggal nak pilih dan bayar saja.
Untuk bahagian pastri, roti croissant (fresh from oven), pandan muffin 99 sen, pelbagai jenis Bun 99 setiap satu, butter cake RM1.50, French Loaf 99 sen dan Pandan Chiffon RM2.99.
Area Hot Food . Di sini pelbagai jenis hidangan panas yang di masak boleh di beli . Antara yang menjadi rebutan adalah Chicken Briyani. Letak saja habis, Letak saja habis. Kena cepat sambar ye.
Selain itu kebab shwarma pun menjadi pilihan. Mana tak Nasi Ayam Briyani RM3.75 per 250kg, Set Chicken Shawarma dan air tin Coke RM2.99,
Area pilihan KP kalau ke LuLu Hypermarket. Salad buatan sendiri. Pilih apa yang suka dan bayar.
Rugi kalau tak cuba antara juice ‘handmade’.. Pilihan KP lemon mint memang fresh dan kena minum masa sejuk
Bahagian Barangan Basah
Mak- mak atau yang suka memasak pastinya suka area nie. Boleh jadi rambang mata sebab banyak sangat pilihan. Indian Buffalo Cube Frozen RM17.99 sekilo
Ikan siakap RM10.99 sekilo, ikan bawal emas RM19.99 sekilo dan Telur segar saiz C RM5.99 sahaja.
Kalau datang ke sini sebelum 4.4.2021, jangan lupa untuk dapatkan ayam. Harga sekilo adalah RM3.99 sahaja.
Buah-buahan dan Sayur-sayuran pun ada. Sayuran cantik tersusun dan nampak segar juga buah-buahan. . Terdapat pelbagai pilihan kegemaran anak-anak seperti nuggets, hotdog dan pelbagai lagi.
Nak cari kurma pun ada di sini. Siapa ada kurma berkualiti tinggi yang diimport khas dari Arab.
Bahagian kering.
Merangkumi pelbagai segmen seperti barang keperluan diri, barang kering, dan sebagainya
Pastikan datang ke sini siap bawa ‘extra’ duit ye . Ada juga seperti pingan mangkuk, periuk belanga, sabun basuh baju, pelembut baju, barangan toileteries
Level 2 – Barangan Pakaian Lelaki, Wanita, Kanak-kanak. Kasut dan Beg Tangan
Lulu Fashion Store untuk wanita, lelaki, kanak-kanak, kasut, bag, barangan bayi.
Dengan tawaran harga pakaian yang mengikut trend rekaan fesyen terkini. Promosi demi promosi ada di sini dan pasti rambang mata,.
Ada diskaun 25%, 30%, 50% memang rambang mata dibuatnya.
Kasut dan beg tangan masih ditawarkan diskaun dari 25%
LuLu Celebrate
Kalau Capsquare KL ada disini puna ada juga. LuLu Celebrate antara yang di cari terutama untuk mereka yang gemarkan kain saree. Pelbagai pilihan warna, corak dan design terkini serta pelbagai material fabrik untuk saree.
Nak mencari saree, churidar jangan lupa singgah di bahagian Lulu Celebration. Promosi kali ini untuk Saree Cj SMS harga tawaran sehingga 4.4.2021 adalah RM99 sahaja daripada harga asal RM169.
Memang sangat cantik yer kain saree ni boleh la buat baju kurung guna kain saree pula.
Diskaun yang berbaloi sempena promosi pembukaan LuLu sehingga 4 April 2021.
Level 3 – Barangan Elektrik & Elektronik
Nak cari barangan alatulis permainan kanak-kanak, luggage & sport dan peralatan elektrik dan elektronik kena naik ke tingkat 3.
Beg Marvel yang popular ini cuma Rm 139 . Bukan dapat satu tapi dapat 3 barangan dengan harga ini.
Mainan untuk si comel pun ada. Area Hot Wheels nie memang ‘HOT’ sebab ada tawaran beli 2 percuma 1
Mencari TV siri android TV, boleh dapatkan di Lulu Hypermarket Setia Alam. Untuk Sony 65″ 4K RM2999 (harga asal RM4299). Untuk jenama Haier 65″ Ultra HD RM2400 (harga asal RM3999).
Begitu juga Sharp Microwave Oven 20L RM189 dan Mistral Electric Oven 45L RM229.
Ramai juga yang memborong pengisar Phillips yang ditawarkan pada harga RM69 daripada harga asal RM131.
Cadar- cadar yang kain lembut dan kartun pun ada offer. Yang best ada kartun .
Pastinya menjadi pilihan KP buat anak-anak
Customer service terletak di laluan utama dari pintu masuk Lulu Hypermarket.
Memandang bulan Ramadan bakal tiba kurang dari 1 minggu, promosi tawaran Ahlan Ramadan sedang berlangsung di semua cawangan LuLu. Jangan lepaskan peluang untuk harga promosi pembukaan LuLu Setia City Mall. Tahniah LuLu Hypermarket Team!!! Maklumat lanjut layari
Website | Facebook | Instagram
Pingback: LULU COUPON CRAZE HINGGA 30 SEPTEMBER 2021 BEST LAH!