LAZADASTYLE Applikasi Untuk Anda Yang Meminati Fesyen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

LAZADASTYLE Applikasi Untuk Anda Yang Meminati Fesyen |Mengikuti trend dan perkembangan dalam zaman social media ini, Lazada mengambil langkah besar dengan memperkenalkan applikasi terbaru iaitu LAZADASTYLE. Lazada merupakan salah satu online platform untuk membeli belah terutama fesyen yang menjadi hit dan trending setiap bulan di kalangan generasi millenial di Malaysia.

Kempen tahunan iaitu Riang Ria Raya bakal berlangsung dari 1 hingga 4 June 2018 dimana memperkenalkan LAZADASTYLE sebagai sebuah applikasi mudah alih menawarkan pembeli membeli- belah dengan cara baru . Rangkaian Lazada yang terdiri daripada 65 juta SKU, termasuklah pakaian, aksesori fesyen, kasut, jam tangan, dan beg.

“Populasi wanita millennial di Malaysia meningkat dengan amat pantas sekali, sekaligus menjadikan mereka pembeli-belah dengan kuasa beli yang tertinggi di platform kami. Sehubungan itu, mereka menjana kuasa beli serta corak pembelian yang baharu dari segi pakaian dan kosmetik. Oleh itu, LAZADASTYLE merupakan cara kami untuk mencipta cara peruncitan yang unik serta memberikan mereka akses langsung kepada trend terkini, tidak kira jenama global yang terulung mahupun jenama tempatan unik.

LAZADASTYLE 2.jpg

Seiring dengan Aidilfitri yang bakal menjelang, Lazada Malaysia telah menggandakan penawaran jenama fesyen tempatan, termasuklah Doublewoot, Major Drop dan Twenty3. Bagi memastikan pengguna dapat membeli produk fesyen dengan cara yang interaktif lagi menyeronokkan, kami akan memperkenalkan model peruncitan multi-skrin di dalam mahupun luar talian.”

-Christophe Lejeune, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia

LAZADASTYLE yang dilancarkan hari ini merangkumi TIGA inisiatif bagi peruncitan fesyen.

Antaranya:

• Program TV Realiti Fesyen LazAdaStyle
-Rancangan ini merupakan program TV realiti fesyen pertama di Malaysia melalui gandingan dengan Media Prima Television Networks, dan disiarkan pada setiap Ahad, jam 3 petang di TV3.

Rancangan ini menghimpunkan lapan pereka fesyen untuk mencipta gaya rekaan unik dengan bahan-bahan fesyen yang dibeli dari Lazada. Setiap minggu, mereka akan menyahut cabaran untuk mencipta gaya tersendiri berdasarkan tema dan masa yang ditetapkan.

Pemenang berpeluang memenangi hadiah lumayan sehingga RM100,000, manakala para penonton pula berpeluang memenangi pelbagai baucer melalui promosi multi-skrin semasa siaran program ini. Penonton yang berminat mendapatkan gaya yang direka oleh peserta-peserta cabaran ini boleh berbuat demikian di penghujung rancangan melalui aplikasi mudah alih atau laman sesawang Lazada.

LAZADASTYLE 4.jpg

Rancangan ini akan memaparkan fesyen terkini dari Lazada Malaysia, memberikan tip-tip fesyen serta memaparkan personaliti-personaliti ternama dalam industri fesyen di Malaysia, seperti pereka fesyen, Rizman Ruzaini, pengasas majalah fesyen dalam talian WWorld, Wirda Adnan, jurugambar terkenal, Bustamam Mokhtar, pereka stail selebriti, Min Luna, serta selebriti-selebriti tanah air terkenal seperti Yasmin Hani, Shahrin Razali, Siti Sara, dan Sherry Alhadad sebagai panel juri dan mentor.

• Saluran beli-belah LAZADASTYLE

-Saluran beli-belah ini boleh diakses dengan aplikasi mudah alih serta laman sesawang Lazada, sekaligus menyediakan cara beli-belah baharu kepada penggemar fesyen. Saluran LAZADASTYLE memaparkan gaya tersendiri, rekaan tempatan serta cara interaktif untuk membantu pengguna mencari kombinasi produk yang paling sesuai.

• Kedai Pop-up LAZADASTYLE

-Kedai-kedai Pop-up ini boleh dijumpai di Lembah Klang semasa tempoh Ramadhan dan Aidilfitri. Pelanggan akan berpeluang untuk mencari, merasa serta mencuba produk-produk fesyen kegemaran mereka sebelum membuat pembelian dengan pengimbas kod QR dalam aplikasi mudah alih Lazada.

LAZADASTYLE 3.jpg

Selain itu, orang ramai juga berpeluang menikmati promosi-promosi berikut yang berlangsung dari 1 hingga 4 Jun sepanjang kempen Riang Ria Raya:

• Diskaun sehingga 90% dari Asus, Hewlett Packard, Senheng, Samsung, Xiaomi, Panasonic, Carlo Rino, Urban Decay, dan Watsons, serta lebih 600 baucer untuk dimenangi.
• Lebih daripada 600 tawaran istimewa serta tawaran gabungan dari jenama-jenama seperti Poney, Siti Khadijah, Levi’s, dan Drypers.
• Menyertai acara istimewa ‘Shake-Shake Duit Raya’ untuk peluang memenangi pelbagai baucer beli-belah Lazada.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Riang Ria Raya Lazada Malaysia, sila layari

Website Lazada: https://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge