LARRIE BAWA KECERIAAN BUAT SMK SUNGAI CHOH, AWESOME!

Siapa saja yang tidak kenal dengan jenama LARRIE? Kali ini, berbesar hati berganding bahu bersama SMK Sungai Choh, Rawang

LARRIE BERGANDING BAHU

Untuk kali ini bagi projek pengindahan semula dan keceriaan dua blok SMK Sungai Choh berwajah baharu. Memperluas inisiatif komunitinya, LARRIE turut menaja tiga buah mural termasuk di laluan pejalan kaki utama, 

LALUAN H.I.P [HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME] LARRIE

Laluan ini di bawah seliaan panita Bahasa Inggeris SMK Sungai Choh.

Sebagai sebuah syarikat kasut terkenal, inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini selaras dengan matlamat LARRIE Corporation Sdn Bhd untuk bersama-sama Kementerian Pendidikan Malaysia memberi keceriaan dan menarik minat pelajar ke sekolah.

INGIN MENJADI PRIHATIN

Tajaan yang diberikan pada hari ini adalah sebahagian daripada teras kami sebagai jenama tempatan yang ingin menjadi prihatin terhadap keperluan komuniti khususnya di negeri mana kami beroperasi.

Selain membolehkan kami bersama-sama meluangkan masa dengan masyarakat setempat, kami juga ingin mencipta lebih banyak saat-saat indah. Ini termasuk saat-saat indah bersama orang ramai yang pelbagai termasuk pelajar-pelajar sekolah.

Ini adalah masa untuk kami menampilkan penghargaan kepada mereka seiring dengan sasaran kami untuk menghargai antara satu sama lain..

-kata Lenson Chong, Pengarah Pemasaran LARRIE Corporation Sdn Bhd.

SUMBANGAN RM68,000

Disempurnakan oleh Mohd Suhaimi Bin Abdullah, Pengetua SMK Choh dimana menyaksikan LARRIE Corporation telah menyumbang sebanyak RM68,000 bagi menampung kos projek Keceriaan Blok SMK Sungai Choh.

LUKISAM MURAL PELBAGAI MESEJ

Menurut Lenson, mereka gembira dapat melihat senyuman yang terukir pada warga SMK Sungai Choh setelah dua blok bangunan sekolah itu kini berwajah baharu termasuk dihiasi dengan lukisan mural pelbagai mesej.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada SMK Sungai Choh kerna sudi menerima sumbangan dari pihak LARRIE bagi berkongsi kegembiraan kepada pelajar-pelajar sekolah ini. Kami berharap sumbangan ini akan membawa keceriaan kepada mereka dan menanam sikap hadir ke sekolah.

-sambung Lenson

INISIATIF

Terbaru, ini adalah sebahagian daripada aktiviti kemasyarakatan syarikat yang diusahakan sepanjang tahun. Bertujuan mewujudkan impak positif dalam komuniti-komuniti ia beroperasi, LARRIE Corporation menyasarkan untuk menjalankan lebih banyak aktiviti kemasyarakatan pada masa akan datang.

Pihak sekolah amat menghargai sumbangan yang dilaksanakan oleh LARRIE Corporation Sdn. Bhd dimana ianya adalah satu penambahbaikan dan perubahan yang cukup penting buat semua. Besar harapan saya agar Keceriaan yang disambungkan ini dapat dihargai oleh semua warga SMK Sungai Choh

-kata Mohd Suhaimi Bin Abdullah, Pengetua, SMK Sungai Choh.

Mewakili Persatuan Ibu Bapa Dan Guru [PIBG} SMK Sungai Choho, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kerna sudi menaja sekolah ini. Saya percaya perumahan ini pasti akan menyuntik semangat pelajar untuk ke sekolah sekaligus meluaskan lagi konsep Kementerian Pendidikan Malaysa – Anak Yang Baik Lagi Cerdik ABC

-kongsi En Azli Bin Abd Razak, Yang Dipertua PIBG SMK Sungai Choh

Selain memberi wajah baharu kepada sekolah ini, mesej yang disampaikan menerusi mural yang disumbangkan oleh LARRIE Corporation. Turut menekankan amalan gaya hidup sihat, kepentingan ilmu serta menarik minat murid untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge