K-BEAUTY FESTA 2024 KINI KEMBALI DENGAN WATSONS MALAYSIA, BEST!

Mana anda peminat produk K-Beauty? Jangan lupa untuk singgah di JioSpace kerna K-Beauty Fiesta 2024 kini kembali.

K-BEAUTY FESTA 2024

Watsons Malaysia kembali menganjurkan K-Beauty Festa yang cukup ditunggu-tunggu dengan tema rasmi, Watsons K-Beauty Festa: Be Seoul Beautiful 2024.

K Beauty Festa | Watsons Malaysia

Festival selama 4 hari ini akan berlangsung daripada 9 hingga 12 Mei bertempat di Jiospace, Petaling Jaya menawarkan lebih daripada 30 jenama terkemuka dari Korea dalam kategori kecantikan, kesihatan dan penjagaan diri.

LEBIH BANYAK PILIHAN

“Tahun 2024 meyakinkan kami bahawa K-Beauty adalah lebih daripada sekadar trend; kategori ini terus memacu industri kecantikan dengan inovasi, kelestarian, dan penawaran pelbagai produk yang menjadi penanda aras industri.

Tahun ini adalah tahun kedua penganjuran festival ini dengan lebih banyak pilihan ekslusif produk kecantikan dan kesihatan Korea buat pelanggan kami. Kami akan terus mencipta pengalaman membeli-belah yang unik buat ahli dan pelanggan, untuk mengekalkan status kami sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan O+O No.1 Malaysia,”

-Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Pengarah Eksklusif Serantau Watsons International.

JENAMA KOREA

Para pengunjung Watsons K-Beauty Festa 2024 boleh memahami dengan lebih mendalam jenama Korea kegemaran mereka sambil menyertai aktiviti di kawasan pameran dengan tawaran sampel percuma dan saguhati.

Pengunjung turut akan menerima baucar e-duit RM 20 ketika mendaftar dengan mempamerkan kod QR. Pelbagai tawaran menarik turut menanti seperti ramah mesra bersama pempengaruh kecantikan, aktiviti gerai yang menyeronokkan.

Serta sudut Korea dengan zon K-Pop, mencuba pakaian tradisi hanbok, penggayaan rambut oleh JennyHouse, dan bengkel sepanjang festival berlangsung. 

“Kami galakkan agar pengunjung festival untuk berinteraksi dan menyertai aktiviti menarik disediakan di pameran K-Festa, dan mengenali dengan lebih lanjut jenama-jenama ekslusif hanya di Watsons Malaysia.”

JUALAN OMO

Bersempena dengan Watsons K-Beauty Festa 2024, jualan OMO akan berlangsung sehingga 13 Mei dengan pelbagai potongan harga daripada lebih 50 jenama.

A advertisement for a beauty brand

Description automatically generated

Ahli Watsons Club juga berpeluang memenangi percutian 5 hari 4 malam ke Seoul, Korea anjuran bersama dengan Organisasi Pelancongan Korea. Sehingga 13 Mei ini, ahli hanya perlu berbelanja RM120 dan keatas di kedai atau atas talian untuk layak.

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge