25 YEARS LAH AHMAD LIVE IN CONCERT, BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pasti ramai yang menantikan konsert dari artis ini.
25 YEARS LAH AHMAD LIVE IN CONCERT
Pejam celik rupanya dah 25 tahun Lah Ahmad menceburi dalam bidang industri seni muzik tanah air. Ini adalah sebuah konsert yang diidamkan oleh-nya
Sebelum ini pernah juga mengadakan showcase yang pertama pada tahun 2018. Sambutan dari para peminat memang menggalakkan.
Untuk kali ini juga, bukan satu malam ya tetapi ditambahkan jadi dua malam kerana ramai yang tidak sempat membelinya sebelum ini- dimana berlangsung di PJ Pac, Petaling Jaya.
BERAPA BUAH LAGU?
Berkesempatan untuk turut hadir pada malam kedua, sebanyak 20 buah lagu didendangkan baik lagu lama mahupun lagu baru. Lagu sing-a-long dan juga lagu yang pernah popular kan dirinya tidak ketinggalan.
TRIBUTE BUAT ARWAH SITI SARAH & ARWAH ADIBAH NOOR
Segmen tribute kali ini bukan saja Lah Ahmad menitiskan air mata tetapi juga para peminat yang turut terkesan. Penghormatan buat rakan seperjuangan – Arwah Siti Sarah Raissuddin dan juga Arwah Adibah Noor.
Sewaktu menyanyikan lagu ‘Di Pintu Syurga’ kelihatan Lah, terhenti seketika tidak dapat menahan kesedihan apabila mengenangkan kedua-duanya.
SITI SARAH
Buat Sarah, ini antara rakan seperjuangan yang sama-sama berjuang dalam industri seni. Sempat lagi berkongsi tentang keistimewaan lagu ‘Ayu’ buat arwah Sarah.
Mana taknya lagu ini adalah lagu yang digunakan sewaktu Shuib menguratnya dulu.
ADIBAH NOOR
Kak Dib adalah panggilan yang biasa saya gunakan bila berjumpa dengan Arwah Adibah Noor. Nak cerita apa, kongsi apa , semuanya boleh lah kalau dengan Kak Dib.
Beliau adalah diantara insan yang senantiasa gembira, mengambil berat tentang saya dan secara jujur- antara insan yang saya sayang.
KUMPULAN INTEAM
Sokongan dari kumpulan Inteam memang tidak akan dilupakan dimana kini bukan lagi sahabat dunia akhirat tetapi lebih kepada keluarga.
Pernah menghantar demo lagu kerohanian untuk mereka, akhirnya saya sendiri yang menyanyikannya. Mereka sokong saya dan biayai dua album buat saya.
Lagu Kasih Kekasih malam ini diberi nafas baru khas buat Inteam dan ianya lebih istimewa kai ini dimana mengembalikan kenangan antara kami.
ARTIS JEMPUTAN
Selain dari Inteam, yang turut hadir juga seperti BHearts, Shazzy dan tidak lupa Aina Abdul yang menyanyikan lagu Tunggu Kamu. Walaupun 2jam berlalu tetapi terasa macam sekejap saja.
Moga konsert yang berskala besar bakal diadakan dari Lah Ahmad di masa akan datang. Tahniah untuk 25 Years Lah Ahmad Live in Concert!