KONSERT TUJUH VIBRATO GITAR BAKAL GEGAR ZEPP KL, BEST KE?

KONSERT TUJUH VIBRATO GITAR BAKAL GEGAR ZEPP KL, BEST KE?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Genre muzik ‘rock n roll’ yang berasal dari Amerika Syarikat melanda senario muzik dunia sejak lewat 1940an dan awal 1950an.

Memberikan definisi baru kepada persembahan muzik secara kugiran (kumpulan gitar rancak). Rentak bertenaga, melodi dan lirik yang mudah dihayati serta peranan gitar elektrik menjadi rencah utama.

GITAR ELEKTRIK MAIN PERANAN

Dalam sebuah kugiran bergenre ‘rock n roll’, gitar elektrik memainkan peranan utama. Situasi itu membawa kepada perwatakan hero gitar yang sering menjadi tumpuan dalam sebuah kugiran.

Bunyian dari gitar menjadi signifikan kepada muzik sesebuah kugiran.

Maka dari itu, peranan bunyi dari permainan seorang gitaris itu sangat penting dalam menghasilkan muzik yang berkualiti dan diterima pendengar.

KONSERT TUJUH VIBRATO GITAR

TUJUH VIBRATO GITAR akan dipersembahkan di Zepp Kuala Lumpur pada 3 November 2023.

Ia akan menampilkan 7 orang gitaris iaitu Jo Branko, Kidd Search, Man Keedal, Shah Slam, Jemboo Def Gab C, Muzza dan Anis Kalisa.

KONSERT TUJUH VIBRATO GITAR

Mereka akan diiringi oleh para pemuzik profesional sebagai ‘house band’ iaitu Rozaimie (bass), Adi Yamin (keyboards) dan Ainoll (drums).

Manakala para penyanyi latar profesional bagi mewarnai vokal adalah Izzat dan Baby.

TEKNIK VIBRATO

Gitar sebagai alat muzik bertali amat bergantung kepada kepakaran permainan sang gitaris. Salah satu teknik yang ketara adalah vibrato.

Teknik vibrato masing masing menghasilkan bunyi yang berlainan dengan tona dan ekspresi pelbagai. Itu yang membezakan seorang gitaris dengan gitaris yang lain.

Maka, meraikan sang gitaris dan teknik vibratonya dari hati ke jari dan langsung ke tali adalah sesuatu yang menarik untuk diperdengarkan.

7 GITARIS HEBAT

Buah fikiran untuk menganjurkan sebuah konsert yang menampilkan 7 orang gitaris hebat dalam industri muzik Malaysia adalah unik dan pertama kali akan dipersembahkan.

7 orang gitaris ini diundang berdasarkan keupayaan dan pengaruh mereka dalam genre muzik dan era mereka tersendiri.

KENAPA TUJUH – 7

Kenapa 7? Sudah pasti 7 adalah nombor keramat dan ia melambangkan Do Re Mi Fa Sol La Ti.

1. JO BRANKO

Gitaris kidal ini punya jenama tersendiri, iaitu dirinya. Lebih 35 tahun dalam industri muzik rock arus perdana, kehadiran Jo Branko dalam konsert ini tidak dapat disangkal lagi.

Pernah bersama kumpulan Scandals, Wings, Prime Domestic dan kini Barbarik. Kehebatan beliau di pentas bersama ‘The Black Beauty’ sentiasa dinantikan oleh para peminat.

KONSERT TUJUH VIBRATO GITAR

Jo turut dikenali sebagai penyanyi, pelakon, komposer, penulis lirik, pengarah muzik, penerbit konsert dan penerbit album.

Menghasilkan lebih 20 buah album rock serta memenangi beberapa anugerah dalam industri muzik Malaysia.

Lahir dari keluarga pemuzik, Kid atau Hamzah Taib adalah salah seorang gitaris terkemuka dalam arena muzik rock. Popular bersama kumpulan Gersang sebelum menyertai kumpulan Search pada 1989.

Beliau banyak menghasilkan solo gitar yang ‘melekat’ dan malar segar terutama ‘masterpiece’ beliau untuk lagu ‘Isabella’.

KONSERT TUJUH VIBRATO GITAR

Kid juga banyak menghasilkan kerja gitar untuk rakaman album artis tempatan sejak 1990an sebagai pemuzik undangan.

Kemunculan beliau kali ini pasti memberikan impak besar dengan sentuhan klasiknya.

3. MAN KEEDAL

Apalagi yang hendak dinyatakan tentang Man Keedal, seorang instrumentalis gitar. Aktif sejak 1979 dan kehadiran beliau memberikan definasi pemain gitar kidal.

Bersama kumpulan Search pada 1985 dan kemudian Lefthanded tahun berikutnya.

KONSERT TUJUH VIBRATO GITAR

Seorang gitaris dan penerbit album yang pernah mencipta beberapa kejayaan dalam industri muzik Malaysia. Beliau dianggap sebagai ‘maestro’ gitar dalam arena muzik rock.

Setelah lebih 40 tahun dalam industri muzik, beliau masih aktif bersama kumpulan Search dan Lefthanded serta memenuhi undangan untuk rakaman dan persembahan pentas.

4. SHAH SLAM

Mula dikenali di arus perdana muzik bersama kumpulan Exist dengan album sulung berjudul ‘Exist’ pada tahun 1991 ketika berusia 17 tahun.

Shah menubuhkan kumpulan Slam pada 1993 bersama beberapa rakan pemuzik setelah tidak bersama Exist. Bersama Slam, beliau merakamkan 6 album dari tahun 1994 hingga 2007.

KONSERT TUJUH VIBRATO GITAR

Kumpulan Slam pernah memenangi Anugerah Vokal Terbaik untuk album ‘Kembali Merindu’ dan Anugerah

Kembara di Anugerah Industri Muzik Malaysia 1997. Shah kini popular sebagai gitaris undangan untuk rakaman album dan penerbitan program tv serta persembahan ‘live’.

5. JEMBOO DEF GAB C

Gitaris yang punya ‘attitude’ tersendiri dalam muziknya. Bersama kumpulan Def Gab C, lahir album sulung ‘Citarasa’ pada 1997 dan 6 lagi album sehingga tahun 2006.

Album ‘Remifasolatido’ (2001) yang diterbitkan oleh Jo Branko telah memenangi Album Rock Terbaik di Anugerah Industri Muzik Malaysia 2002.

KONSERT TUJUH VIBRATO GITAR

Sentuhan gitar Jemboo banyak mempengaruhi muzik Def Gab C yang menonjolkan konsep ‘hard rock’ dengan sentuhan elemen ‘punk’ dan ‘gothic’.

Jemboo juga aktif sebagai komposer dan pemuzik undangan serta pernah menerbitkan beberapa album dan single artis tempatan.

6. MUZZA

Anak kepada pemain gitar kumpulan Heavy Machine yang pernah popular pada dekad 80an ini adalah seorang gitaris muda versatil.

Menerobos dunia muzik di era media sosial menjadikan beliau punya pengikut dan pengaruh yang luas. Menghasilkan album sulung berjudul ‘My Way back Home’ pada 2014.

KONSERT TUJUH VIBRATO GITAR

Tidak dinafikan Muzza adalah seorang komposer, penulis lirik, penyanyi dan pemuzik pelapis generasi baru.

Sebagai pemuzik, Muzza turut bermain keyboard dan drums untuk rakaman albumnya.

7. ANIS KALISA

Gitaris manis tapi garang di atas pentas ini adalah gitaris kumpulan Soul Statue yang ditubuhkan pada 2010. Sejak 2016, Anis turut bersama kumpulan Candy yang pernah popular pada lewat 1990an.

KONSERT TUJUH VIBRATO GITAR

Anis adalah wakil jenama Swee Lee Music Company dan beliau mesra dengan gitar jenama Gibson Les Paul kegemarannya.

Bekas pelajar ASWARA ini mula aktif sejak berumur 17 tahun dan berkebolehan menghasilkan lagu sendiri.

Menyertai Orkestra DBKL sejak 2018 untuk menimba lebih pengalaman dan ilmu muzik secara formal.

ROCK KLASIK DAN KONTEMPORARI

Bakal menampilkan 3 orang penyanyi berkarisma sebagai vokalis utama. Mereka akan mempersembahkan lagu lagu rock klasik dan kontemporari dari himpunan karya hebat berkaitan dengan 7 orang gitaris tersebut.

Konsert ini pasti akan menghidangkan kelainan kepada para pendengar terutamanya para peminat instrumen gitar dan para peminat TUJUH(7) orang gitaris tersebut.

Juga 3 orang vokalis utama yang akan ditampilkan. Ia akan menjadi sebuah persembahan yang padat, dinamik, unik dan memberi kepuasan yang tidak dapat diperolehi dari mana mana persembahan sebelum ini.

KONSERT TUJUH VIBRATO GITAR

PERSEMBAHAN KHAS & PASTI HEBAT

“Bagi pihak penganjur, Big Stage Entertainment Channel, kami rasa terpanggil untuk menyajikan sebuah persembahan hebat khas.

Untuk para peminat muzik rock khususnya gitar, kerana belum ada lagi mana mana persembahan yang mengumpulkan barisan TUJUH(7) orang pemain gitar handalan negara di atas satu pentas.

Nantikan dan rasailah sendiri pengalaman menonton konsert ‘TUJUH VIBRATO GITAR’ di Zepp Kuala Lumpur pada 3 November 2023, jam 8.30 malam.”

HARGA TIKET

Rock Zone (berdiri) : RM 188.00 Normal Seats (bernombor) : RM 278.00

Premium Seats (bernombor): RM 338.00 VIP Box (8 pax/box) : RM 5,000.00

Dibawakan kepada anda oleh Big Stage Entertainment Channel sebagai Penganjur dan Anggerik Event Sdn Bhd sebagai Penganjur Bersama.

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge