KYUT SKIN PRODUK PENJAGAAN KULIT TERBARU, AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
KYUT SKIN
Jenama penjagaan kulit milik Fabulove Sisters Empire.
Meraikan kemunculannya ke dalam industri kecantikan dengan sebuah majlis pelancaran produk keluarannya.
Berlangsung seiring dengan pembukaan rasmi ruang pameran eksklusif Kyut Skin di sini.
SHOWROOM WISMA NINI COMEL
Sebelum nie sempat singgah di showroom sulung Wisma Nini Comel yang terletak di Ampang.
Boleh dapatkan semua produk kecantikan Kyut Skin disini. Kalau tak tahu yang mana satu sesuai, jangan risau ada yang akan membantu.
TEMA ENCHANTED
Kena sungguh tema yang dipilih, Enchanted. Seluruh kawasan Wisma Nini Comel dihiasi mengikut tema, siap ada terowong untuk anda lalui sambil mengenali produknya.
KYUT JOURNEY
SIAPA YANG HADIR
Bukan setakat pakar kecantikan tapi juga ‘influencer’, selebriti dan juga tetamu istimewa memeriahkan majlis.
Menjadi satu lagi sejarah kelahiran sebuah jenama bumiputera dalam industri penjagaan kecantikan tempatan.
Diadakan di ruang pameran – ‘showroom’ terbaru milik syarikat ini. Turut serta memberikan pengalaman eksklusif bagi tetamu mencuba dan menyaksikan rangkaian Kyut Skin.
PENYELESAIAN MUDAH UNTUK SEMUA
Diwujudkan dengan komitmen untuk menyediakan penyelesaian yang mudah bagi keperluan penjagaan kulit harian.
Ini termasuklah dengan mengintegrasikan kemajuan teknologi ke dalam produk keluaran mereka.
Di Kyut Skin, kami komited untuk menghasilkan produk yang inovatif dan berkualiti tinggi.
Penuh dengan manfaat yang akan memberikan impak positif kepada kulit anda,
-kongsi Ketua Pegawai Eksekutif Fabulove Sisters Empire, Nur Fathini Khalilah
PRODUK TERBARU
Yang ada di pasaran sebelum ini adalah Stik Pelindung Matahari dan Oil Face Cleansing Sheet. Yang terbaru dilancarkan adalah Glowy Face Mist dan Moist Moisturiser.
STIK PELINDUNG MATAHARI
OIL FACE CLEANING SHEET
Antara produk yang dilancarkan seiring dengan perasmian showroom Wisma Nini Comel
GLOWY FACE MIST
MOIST MOISTURIZER
KOLABORASI BERSAMA PAKAR
Memberikan penekanan penuh terhadap formulasi produk yang di hasilkan.
Melalui kolaborasi bersama pasukan ahli kimia yang berdedikasi dan pakar-pakar terlatih.
Memastikan produk mereka memenuhi piawaian kualiti dan keberkesanan yang tinggi
-kata Ketua Pegawai Operasi Fabulove Sisters Empire, Nur Fathin Zulaika
PELBAGAI ANUGERAH DIMENANGI
Sejak penubuhannya pelbagai pengiktirafan dan anugerah telah dimenangi.
Dalam bulan pertamanya, jenama ini menerima Anugerah Keunggulan Perniagaan Bumiputera.
Diikuti dengan Anugerah Penjagaan Kulit Terbaik 2023 oleh Beauty Insider untuk stick pelindung matahari mereka.
Jenama ini juga meraih penghargaan Inovasi Penjagaan Kulit Terbaik di Malaysia Best Business Awards 2023.
TESTIMONI PELANGGAN
Kejayaan-kejayaan ini, bersama dengan testimoni pelanggan yang positif.
Sebagai produk yang mampu membawa penyelesaian kepada masalah penjagaan kulit.
Terutama sekali mudah digunakan, berkesan, dan efektif dalam cuaca panas dan lembap.
HARGA PRODUK
Produk-produk Kyut Skin boleh didapati dengan harga berpatutan bermula RM15 hingga RM79.90, merangkumi empat jenis produk yang berbeza.
Pelancaran Kyut Skin telah yang memperkasa pengguna untuk merangkul kecantikan unik mereka.
Sempena pelancaran dan kemunculannya dalam industri penjagaan kulit di negara ini, Kyut skin juga menawarkan peluang untuk orang ramai menyertai keluarga Kyut Skin dan memulakan kerjaya keusahawanan dengan memperkenalkan program permulaan (program penjual semula) jenama itu.